Monday, June 15, 2009

Tak tahu apa yang dihendaknya..

Entahlah... aku pun tak tahu cam ne nak layan ibu ayah aku nie..dah sebaik mungkin anak-anaknya keliling dia...masa sakit ..tapi masih marah2 dan tidak puas hati... mimi dah naik angin semalam bila dia lewat mengambil abah...abah dah menghentak2 marah kenapa lambat..sedangkan anak2nya sibuk dengan tugas..tidak dapat cuti kerana dah banyak cuti menjaga emak kat hospital seblan yang lepas... kenapa dia tak boleh tunggu sekejap.... mengapa abah aku tak mahu menjaga maruah anaknya....kenapa dia masih tak puas hati dengan anak2nya khas aku lahh...aku dah beli berbagai2 keperluan dia untuk dihospital...dia reject ...dia masih menunggu perhatian dari anak2 lelaki yang ntah apa apa...

Mak pulak sentiasa tidak puas hati tang makan...semua yang dimasak semua tak kena...kadang2 kesian senah yang bagitu taat memasak apa yang disukainya ...kadang2 merunggut jugak...

Aku banyak menghabiskan masa hidup ini dengan kerenah mereka...mengapa emak ayah aku tidak pernah bersyukur dengan kehadiran anak2 nya yang cukup menyayanginya...

Semuga ayah aku berubah sikap nya..dan emak sedia berlatih untuk bangun dari baringan nya...
insaallah...

Sunday, June 14, 2009

Dah lama tak update blog niee..

Hari2 mendatang aku penuh dengan berbagai-bagai cerita dan duka.. sahaja... tapi kena hadap dan selesaikan... Sudah 2 bulan ibu ku terlantar sakit..manakala ayah dah seminggu di hospital. Keuzuran mereka itu membuatkan masa ku penuh dengan nya...masa singgang ku tidak ada lagi... Aku berkejar-kejar..curi2 balik tengahari 20km dari tempat kerja untuk salin pampes ibu ku... supaya dia selesa....dan berkejar pulak kehospital menghantar makanan ke ayah dihospital..

Itupun aku sering kena herdik dan dimarahi oleh mereka ini ..kerana mungkin layanan aku tidak memenuhi cita rasanya... Kadang-kadang aku merasa memberontak juga kenapa ibubapa aku tak pernah bersyukur mendapat anak2 mengambil berat terhadap mereka... Namun aku bersabar kerana mereka ini tension kot dengan sakit yang dihadapi... Sekurang-kurang aku masih ada ayah dan ibu... sekurang-kurang aku masih berpeluang oleh Allah menjaga kebajikan nya......Namun ayah dan ibu ku ini mempunyai anak yang mana boleh membanding-bangdingkan yang mana diantara anak mereka yang lebih selesa...

Semalam ayah aku buat hal kat hospital...meminta untuk pulang segera ke hospital..tidak mahu berlama-lama disitu... namun semalam doktor tak ada membenarkan dia keluar segera...

Aku sentiasa berdoa semuag kedua-dua ibubapa aku kembali sihat dan aku sabar melayani mereka yang uzur......

Friday, February 13, 2009

Pesanan CINTA

Kepada yg masih SINGLE...

Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .

Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL... Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI... Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA... Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI... Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI... Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan. Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye.... .

Thursday, February 12, 2009

kasih sayang



Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.

Kadang kala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita disaat kita amat memerlukannya.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari 2 perasaan. Kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

Tiada cinta tanpa pengorbanan dan tiada pengorbanan tanpa cinta.

Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi, bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.
Cinta yang lahir dari pandangan pertama adalah cinta suci. Manakala perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, “cinta suci” atau “cinta sejati”?

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka


Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya.

Ketika sebuah cinta mengungkapkan suatu kejujuran, dia tidak akan berbohong. Tidak akan ada sebuah konspirasi untuk mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki. Tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Tetapi hanya akan mendambakan untuk bisa mendapatkan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang lebih berharga.

Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.

Manusia tidak jatuh ‘ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ‘dari cinta’. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta

Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung : “Memaafkan”.

Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.

Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

“Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?

Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.

Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. “Cinta adalah kasih sayang yang melimpah”. Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.

Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.

Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.

Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.

Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan

Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

Mereka yang cintanya selalu dibalas,kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar.
Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.

Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.
Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati

Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.

Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan.

Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.

Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.

Mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas

Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir

Kamu tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta.

Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.

Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.

Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.

Cinta akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci itu.

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!

Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark

Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka

Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa Mexico

Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris

Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah Jerman

Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk - Pepatah Belanda

Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah Greek

Cinta tidak mempunyai undang-undang

Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi

Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi

Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim

Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.

Perpisahan dalam percintaan yang belum puas, menambahkan eratnya kasih sayang. Itulah sebabnya matahari meninggalkan bumi pada malam hari.

Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncang jiwa.

Monday, February 9, 2009

Merajuk lagi cDia ku




Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?
Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. CemburuYa, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkanSi Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari diaAdakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenarAdalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusanMemang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis”Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnyaHa…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.
Sekiranya anda mempunyai tips-tips tambahan, anda boleh berkongsi dengan kami dalam ruangan Ungkapan Cinta di bawah. Semoga si Dia tersenyum kembali!

Saturday, February 7, 2009

SayangKu, RinduKu, CintaKu...SRC




Sayang. Apa itu sayang? Saya sayang awak, saya sayang itu, saya sayang ini, sayang sayang sayang dan sayang. Sungguh mudah untuk menyatakan kasih sayang kita kepada seseorang. Tetapi betulkah kasih sayang itu ikhlas datang dari hati? Ataupun kata- kata itu hanyalah sekadar kata- kata? Siapa tahu? Sayang sebenarnya bermaksud ingin menjaga seseorang. Sayang itu datangnya dari hati yang sangat merindui. Hati yang mengharapkan kasih seseorang dan juga hati yang sudah tidak dapat mengelakkan rasa ingin menjaga seseorang itu dengan sepenuh hati. Ah! Sungguh indah bila kita disayangi di dunia ini. Terasa seperti kitalah raja, kitalah permaisuri, kitalah yang paling bahagia. Itulah nikmat sebenar apabila disayangi seseorang.
Rindu. Apa pula kaitan antara rindu dengan sayang? Seseungguhnya jika kita menyayangi seseorang itu, timbullah perasaan rindu apabila berjauhan. Tetapi benarkah ini semua? Benarkah kita akan merindui orang yang amat kita sayangi? “Honey, I miss you very much”, “sayang, saya rindukan awak”, sungguh mudah untuk berkata lisan tetapi apa pula kata hati? Adakah hati mengatakan bahawa kita amat merindui seseorang itu? Ataupun hanyalah sekadar lisan? Sanggupkah kita mengeluarkan kata- kata seperti itu walhal kita tidak sedikitpun merindui mereka tetapi hanyalah untuk menjaga hati mereka? Sesungguhnya apabila kita merindui seseorang itu dengan sepenuh hati kita tidak akan senang duduk walau sesaat pun. Hati ini akan sentiasa merindui seseorang. Kasih dan sayang pula semakin menjadi- jadi. Dan itulah hakikat.
Setelah kita menyayangi seseorang dan merindui dia, secara tidak lansung kita akan berada dalam gelora cinta. Apa pula cinta ini? Apa kaitannya dengan sayang dan rindu. Ah! Lagi banyak yang kita ketahui lagi kita menyedari kecetekan ilmu kita. Tetapi cinta adalah sedikit berbeza. Cinta adalah apabila kita menyayangi dan disayangi seseorang. Kita juga akan merindui dan dirindui seseorang. Percayakah anda pada cinta pandang pertama? Saya percaya bahawa adanya cinta pandang pertama. Seperti dalam Islam, kahwin dulu baru bercinta. Walaupun bakal suami tidak pernah melihat wajah si isteri namun apabila si isteri menayangkan wajahnya akan terputiklah rasa sayang, rindu dan seterusnya lahirlah perasaan cinta. Tidak salah kalau kita bercinta kepada seseorang sebelum berkahwin tetapi haruslah menjaga adab dan perbuatan kita.
Seperti dalam surah Al- Israa’ ayat 32:
32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.
Ketahuilah bahawa Allah melarang kita untuk mendekati zina. Kita bukan sahaja tidak boleh melakukan zina tetapi juga tidak boleh mendekati zina. Hal ini kerana apabila kita mendekati zina akan ada yang ketiga yang akan menghasut kita untuk melakukan perbuatan zina. Ketahuilah bahawa yang ketiga itu adalah syaitan laknatullah. Sesungguhnya cinta itu indah. Ia boleh membawa kita ke neraka dan syurga. Kita yang tentukan hala tuju kita. oleh itu perbaikilah sayang kita, rindu kita dan cinta kita terhadap pencipta kita

Friday, February 6, 2009

Ingin Kejayaan?




PENDAHULUAN

Anda mahu mencapai kejayaan? Tahukah anda bahawa ada langkah-langkah tertentu yang, jika anda ikuti, akan membawa anda kepada apa sahaja yang anda kehendaki? Tahukah anda bahawa ada 13 “ciri” (atau sifat) yang dimiliki semua orang yang berjaya dalam lapangan masing-masing? Dan tahukah anda bahawa ada 5 prinsip penting yang perlu diambil perhatian untuk berjaya dalam hidup di dunia ini? Kursus ini akan membincangkan tiga perkara itu: Pertama, tentang langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mencapai kejayaan. Perkara kedua ialah tentang ciri-ciri yang perlu anda miliki (bangunkan dalam diri) untuk berjaya. Perkara ketiga ialah tentang lima prinsip kehidupan yang perlu diberikan perhatian.


DEFINISI KEJAYAAN

Ada banyak definisi “kejayaan” yang telah dirumus orang. Masing-masing dengan tujuan dan penekanan tersendiri. Dalam kursus ini, saya takrifkan “kejayaan” sebagai “pencapaian apa yang dikehendaki”. Ringkasnya: BERJAYA = MENDAPAT APA ANDA MAHU

KAJIAN TENTANG KEJAYAAN

Ilmu mencapai kejayaan telah dikaji orang dengan mendalam dan terperinci, terutamanya di barat. Antara nama-nama "besar" yang telah menghasilkan karya klasik dalam bidang ini ialah Napoleon Hill, Clement Stone, dan Norman Vincent Peale.

PERSONALITI YANG MELAMBANGKAN KEJAYAAN

1. Antara nama-nama yang sering disebut sebagai contoh orang yang berjaya ialah:
(a) Thomas Edison yang mereka bentuk 10,000 mentol elektrik sebelum berjaya, (b) Henry Ford yang memulakan sistem pengilangan kereta (secara 'assembly line') yang menimbulkan ketawa orang tetapi kemudiannya terbukti paling berjaya, dan (c) Colonel Sanders yang menerima 1,007 penolakan terhadap idea "ayam goreng" Kentucky yang dipeloporinya tetapi akhirnya menawan seluruh perniagaan di lapangan itu.

2. Beberapa bulan yang lalu, saya telah memberi ceramah tentang kejayaan kepada sebuah syarikat swasta di Shah Alam, Selangor. Saya tanyakan kepada peserta-peserta: siapakah contoh orang Malaysia yang mereka anggap telah mencapai kejayaan luar biasa (bersifat "fenomena"). Mereka semua menamakan penyanyi Siti Nurhaliza. Saya bersetuju dengan mereka.

BERSEDIALAH UNTUK BERUBAH

Ada satu perkara penting yang perlu anda perhatikan. Jika anda mahu berjaya, anda mesti sedia mengubah beberapa tabiat/kebiasaan anda untuk disesuaikan dengan petua-petua dalam kursus ini. Hal ini hanya ANDA SENDIRI yang dapat lakukan kerana perubahan mesti datang dari diri sendiri. Kalau anda tidak bersedia untuk berbuat begitu, mustahil anda akan mendapat manfaat daripada kursus ini. INGAT: Anda tidak mungkin mendapat hasil yang baru jika melakukan sesuatu dengan cara yang lama! AMARAN! Setelah mengikuti kursus ini, sentiasa berhati-hati dengan apa yang anda kehendaki kerana anda akan memperolehnya!

A: LANGKAH 5A UNTUK BERJAYA

Ada bermacam-macam "formula kejayaan" yang telah dicipta orang. Ada banyak buku yang telah ditulis tentangnya. Dalam kursus ini, saya akan membincangkan formula mudah yang saya bangunkan hasil daripada pembacaan yang lama dan dari pengalaman hidup sendiri setakat ini. Formula ini saya namai formula 5A untuk berjaya. (Bayangkan anda mendapt 5A dalam peperiksaan UPSR. Satu kejayaan cemerlang yang awal dalam hidup). Langkah-langkah kejayaan yang saya cadangkan adalah seperti yang berikut:

L1. Aim L2. Act (+Adjust +Ask) L3. ACHIEVE L4. Acclaim L5. Acclimitise
Dalam BM, formula ini dapat juga dinamai Formula 5S:

L1. Sasar L2. Serang (+Selaras + Soal) L3. SAMPAI L4. Syukur L5. Sesuai
Dalam kursus ini, kita akan gunakan istilah "Formula 5A" atau "Langkah 5A" sahaja. Perhatikan bahawa langkah tambahan "adjust" ("selaras") dan "ask" ("tanya"/"minta") di antara L2 dengan


L3 ditambah untuk mengambil kira keadaan tertentu apabila


L2 tidak dapat membawa anda secara terus ke L3. Hal ini akan dijelaskan di bawah Langkah "Act" ("Serang") nanti. Perhatikan bahawa ACHIEVE (mendapat atau SAMPAI pada kejayaan) berada di tengah-tengah di antara L1&2 dengan L4&5. Maknanya: anda perlu buat dua perkara sebelum mencapai kejayaan dan dua perkara setelah kejayaan diperoleh.

LANGKAH 1: AIM

Langkah ini ialah langkah yang paling penting. Maka saya akan berbincang dengan agak panjang lebar mengenainya.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan "Aim" ?
"Aim" bersinonim dengan membidik "goal" (sasaran atau matlamat). Sebelum anda boleh mencapai sesuatu kejayaan, anda perlu tentukan apa yang anda mahu. Proses ini ialah proses menentukan matlamat, atau gol. (Saya gunakan istilah "gol" dalam kursus ini dengan makna ""matlamat" atau "sasaran". Makna "gol" yang sedemikian telah diterima dalam Kamus Dewan.) Jika gol tidak ditentukan, anda tidak akan mencapainya. Langkah "menentukan gol" ini ialah langkah yang paling penting. Bayangkan orang yang bermain bola. Mesti ada tiang golnya. Kalau tidak ada, tidak mungkin ada jaringan. Masalahnya, terlalu ramai daripada kita yang bermain "bola kehidupan" dengan tidak menentukan tiang golnya. Kita sekadar menyepak bola ke sana ke mari tanpa tujuan yang pasti. Dalam Islam ada konsep "niat". Semua pekerjaan, terutamanya ibadat penyembahan formal, hendaklah dimulai dengan niat. Malah Allah memberi ganjaran berdasarkan niat kita, bukan pencapaian kita. "Niat" ini, secara kasarnya, bersinonim dengan menentukan matlamat. AMARAN DARI PENULIS: Jika anda tidak menentukan ke mana anda hendak pergi, anda tidak akan sampai ke sesuatu destinasi. Kalau pun anda tersampai, anda tidak akan sedar yang anda telah sampai. Kalau pun anda tersedar yang anda telah sampai, anda tidak akan tahu apa yang hendak dibuat (bagaimana hendak memanfaatkan sampainya anda di situ); maka sampainya anda adalah sampai yang sia-sia sahaja. AMARAN: Orang yang tidak menuju ke mana-mana biasanya akan sampai ke situ. (A man going nowhere normally gets there.)

2. Bagaimanakah caranya menentukan gol kita?

INGAT! Menentukan gol bererti menetukan destinasi. Dalam konteks ini, haruslah diingat bahawa: Dari mana anda datang tidak penting. Di mana anda berada tidak penting. Yang penting ialah KE MANA anda mahu pergi. Malangnya, jika anda tanya sesiapa pun, mereka dengan mudah dapat menjawab soalan dari mana mereka datang dan di mana mereka berada. Sayangnya, tidak ramai yang dapat menjawab soalan ke mana mereka mahu pergi.
EMPAT (4) perkara penting dalam menentukan gol adalah seperti yang berikut:

(1) TULIS

Dalam menentukan gol anda, anda MESTI TULIS gol anda itu di atas kertas (dalam buku khas): Minda anda ialah alat yang sentiasa mencari gol untuk dicapai. Tetapi minda memerlukan sasaran yang ditentukan dengan jelas. Matlamat yang tidak dituliskan akan tinggal sebagai angan-angan kosong. Minda anda akan terikat untuk mencapai matlamat itu apabila matlamat itu telah tertulis ke atas kertas. Contoh matlamat (gol) yang boleh ditulis: - mendapat 9A dalam peperiksaan pada bulan November 2003 nanti - menerbitkan 10 buah puisi di media cetak perdana pada tahun 2003 - mendapat kerja di sektor swasta pada bulan Jun 2003 ("Gol" anda perlulah spesifik dan tidak terlalu umum). INGAT (KATA ORANG TUA-TUA): Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (Yang penting ialah "kemahuan"; jalannya pasti akan menjelma kemudian). AMARAN: Anda mesti tuliskan apa yang anda mahu. Dapatkan segera sebuah buku kecil dan tuliskan segera apa-apa yang anda mahu capai. Selagi hal ini tidak dilakukan, minda anda tidak mempunyai iltizam yang cukup untuk mencapainya. Bincangkan gol yang anda tulis itu dengan orang yang rapat dengan anda dan akan menyokong anda. JANGAN bincangkan dengan sesiapa yang akan memperlekehkannya. Bacalah catatan anda itu selalu-selalu, sekurang-kurangnya sekali sehari.

(2) MULA DARI AKHIR

Dalam menentukan gol anda, anda mesti BERMULA DARI AKHIR: Tentukan gol terakhir anda sebelum sebarang langkah diambil untuk mencapainya. INGAT: Apakah yang terjadi kepada Mat Jenin? Dia mati jatuh dari pokok kelapa. Kenapa? Kerana dua sebab: Pertama, Mat Jenin tidak menuliskan apa yang dia mahu. Kedua, Mat Jenin bergerak selangkah demi selangkah dari angan-angan pertama (menjual kelapa). Dia tidak mulakan golnya dengan "berkahwin dengan tuan puteri". Sepatutnya dia "memeluk tuan puteri" semasa dia di banir pokok kelapa lagi, sebelum dia mula memanjat pokok kelapa itu. AMARAN: Gol yang tidak dimulakan dengan LANGKAH PALING AKHIR menjadi angan-angan Mat Jenin (day dreaming). "Contohilah Mat Jeni, bukan Mat Jenin: tentu matlamatrancang carabaru panjatbatang kelapa." (Nasihat dari puisi "Mat Jeni" oleh Irwan Abu Bakar, Dewan Budaya, Disember 97).
INGAT: Apabila saya katakan GOL TERAKHIR, saya maksudkan gol duniawi (tidak mutlak). Sebagai orang yang beragama, gol terakhir kita yang mutlak ialah MATI DAN MASUK SYURGA. Hal ini tidak akan dibincangkan dengan mendalam di sini. Namun gol mutlak itu perlu diingati kerana semua gol lain hendaklah berpaksikan gol mutlak itu. Setelah menuliskan gol terakhir, anda tuliskan langkah-langkah yang akan anda ambil untuk mencapai gol itu. Langkah-langkah ini ialah "peta" yang memandu anda ke arah gol itu. ("Jalan" pada "peta" ini akan anda jejaki untuk sampai ke destinasi.)

(3) MAHU

Dalam menentukan gol anda, anda mesti BENAR-BENAR MAHU apa yang anda hendak capai: Anda mesti menjiwai cita-cita anda. Sikap sambil lewa terhadap cita-cita akan menghalang pencapaiannya. Kebolehan anda tidak penting. Yang penting ialah kemahuan anda. Di sini "kemahuan" bererti "hajat yang sangat mendalam", atau "keinginan yang membara" (intense desire). AMARAN: Yang menentukan DARJAT ialah HAJAT, bukannya BAKAT. Dalam bahasa Inggeris dikatakan bahawa "Attitude, not aptitude, determines altitude".

(4) PERCAYA

Dalam menentukan gol anda, anda mesti PERCAYA akan mencapai apa yang anda kehendaki: Anda akan mencapai kehendak anda hanya jika anda percaya yang anda akan mencapainya. Seperti kata Henry Ford: Jika anda berkata "aku boleh" atau "aku tak boleh", anda sentiasa betul! (Maknanya, jika anda percaya yang anda boleh mencapai gol anda, maka anda akan mencapainya, dan begitulah sebaliknya, jika anda percaya yang anda tidak boleh mencapai gol anda, maka anda tidak akan mencapainya.) INGAT: Minda anda ialah alat yang tugasnya memenuhi gol anda (seperti jin dalam lampu Aladin). Apa yang minda anda dapat fikir dan percaya, minda akan dapat capai. (What the mind can conceive and believe, the mind can achive.) Perhatikan bahawa konsep PERCAYA itu ditegaskan dalam agama. Al-Quran, misalnya, bermula dengan menegaskan kebergunaannya untuk orang yang percaya sahaja: "Alif laam miim. Kitab ini tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang-orang yang taqwa, yaitu orang-orang yang beriman (percaya) kepada yang ghaib, mendirikan sembahyang, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka; Dan orang-orang yang beriman kepada (Kitab) yang diturunkan kepada engkau (ya Muhammad) dan (Kitab-kitab) yang diturunkan sebelum engkau, sedang mereka itu yakin (percaya) akan adanya (hari) akhirat. Mereka itu atas petunjuk pada Tuhannya; dan mereka itulah orang-orang yang menang." (Al-Baqarah, ayat 1-5).