Friday, October 31, 2008

Aku suka cerita ini.....

Cinta Tidak Memerlukan Sebab...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..


Thursday, October 30, 2008

Awak Kawan Kita Tau.....


Apa erti kawan? aku pun tak paham tengtang kawan; Bila kita baik dengan seseorang adakah dipanggil kawan? Mana lebih penting kawan dengan sahabat? Tentu lebih sedap dipanggil kawan; kerana bagi aku kalau kawan tuu susah senang dia tetap bersama dengan kita... dia tidak berkira dengan kita... seolah-olahnya dia umpama tangan kiri kita yang sering membantu bila tangan kanan tidak mampu mengendalikan sesuatu...

Pernah aku rapat dengan kawan jantina perempuan ..tapi bila rasa kecil hati, rasa jauh hati..maka kawan tuu melangkah pergi.. tanpa mengetahui sebabnya... Jika aku rapat dengan kawan jantina lelaki pulak gosip nya menjadi satu issue... adakah kawan tuu adakah batasan nye...kalau dia selalu menitiskan airmata kita..bukan nama kawanya tapi itu tidak lagi dinamakan orang kiri kita... kadang2 nak panggil dia sejati atau tidak macam tak logic... mengapa perlu kita didunia ini berkawan.. sedangkan kawan tuu akan melangkah pergi juga bila dia mempunyai urusan hidup perlu diselesaikan... adakah dia perlu dipanggil kawan sedangkan jarak kawan dengan kita adalah dekat... tapi bila dah jauh bukan dinamakan kawan lagi..mungkin dia telah jatoh dinamakan sahabat......ntahlah...kawan...dimana kah kau...kau akan melangkah pergi meninggalkan aku... namun perlukah kita dinamakan kawan?

Tiada apa nak cakap...berpaling lahhh...





Jjika seseorang menyakiti kita,

tulislah tentang kesakitannya di atas pasir,

supaya tiupan angin kemaafan bisa memadamkan keperitannya…

tetapi, jika seseorang berbuat baik kepada kita,

ukirlah tentang kemanisannya di dalam hati,

supaya tiada apa yang bisa menghapuskannya…





Tiada apa yang hendak dikatakan...berpaling lahh..kerana aku tidak mahu memandang belakang lagi..
Tiada apa yang hendak dikatakan... diam ajelah..kerana itulah pilihan mu..
Tiada apa yang hendak dikatakan... pandang ajelah..kerana bukan lagi cerita dahulu lagi..
untuk disambong sebagai satu cerita dari awal hingga akhir...
tiada lagi peluang kedua dalam hidup ini...apa yang datang satu peluang untuk diambil walaupun satu
adalah jawapan yang banyak dikatakan...

Tak pelah... kerana apa yang dilihat sekarang bukan lagi untuk berpaling lagi... Tapi adalah syarat
untuk menapak satu lagi... ape-ape pun aku bukan lagi untuk bertanya..tapi aku hendak memberi jawapan
yang aku tak lagi berpaling....yang aku tidak lagi berdiri di garisan ini lagi...aku akan memandang kehujung
mataku kerana mata ku berkaca-kaca untuk memastikan pedihnya cahaya mu dihadapan...


Wednesday, October 29, 2008

Apa yang tinggal....

Apa yang tinggal... aku pun tak tahu.. tapi aku rasa hairan...ramai yang minta maaf dari aku..apa dosa dia orang pada aku yeee... masing-masing membisikan pada telinga aku minta maaf kerana selama ini aku banyak burok sangka pada aku....

Aku terkedu sekali..patutlah aku rasa gelisah ajeee..dan mata aku bergerak2 kekanan..kata orang tua-tua...dahulu..menandakan orang dok mengata atau mengingati..sama banyak maknanye..

Kadang-kadang aku tak dapat nak membendong airmata aku sendiri kerana aku membuatkan mereka banyak berfikir diri aku....tak pelah mungkin aku niee jenis tak suka bertanya apa dia orang kata..betul ke...itu semua atas diam dan diam sejak kebelakangan aku nie...

Aku merasa bertuah juga pada kawan-kawan aku hadir kerumah aku meraikan aku...ramai yang tak sangka yang hadir turut hadir.... memang mereka sudah lama hendak kerumah aku dikampung tunggu dan masa sahaja...

Aku juga mengucapkan ribuan terima kasih juga pada kawan-kawan aku memberi hadiah berbagai-bagai semasa aku konvo...terlalu mewah aku mendapatnya sehinggakan brouse pun banyak gak.. terima kasih..

Tuesday, October 21, 2008

Pulangkan dompet ku yang hilang...


Semalam dia masih berada disisi aku.... aku masih lagi mengisi apa-apa yang penting dapat ku himpunkan secara peribadi.... Tapi kini tiba-tiba aku tersedar dimna dompet aku tidak lagi bersama aku. Aku mencari-cari kesana-sani untuk memastikan adakah pasti hilang atau aku salah letak. Aku mula jadi resah... kenapa dompet ini lenyap dalam gemgam ku... mengapa boleh hilang? cuai kah aku? Aku dudok termenung dan air mata aku berlinang... dalam diam aku menjadi penghiba...dimana aku akan cari dompet aku... siapa yang mencurinya? Tidak cukup kah jagaan ku terhadap dompet ini.... Dompet ini masih baru dalam hidup ku. Baru 6 bulan bersama kemana sahaja akan sentiasa bersama aku... Masih belum sempat aku meletakkan beberapa isi penting yang patut ku isikan dalam dompet ini..... tiba-tiba hilang... dompet kenapa kau pergi bagitu sahaja dalam hidup aku...sudah ku membuat report ke polis... siapa polis dalam pencarian dompet ku? Dia kah aku patut beri tanggunjawab mencari dompet ku ini? Sedangkan dompet ini masih membisu tanpa beritu.... Duhai dompet kau dengan lahh rayuan aku..kau kembali lah pada aku semula..kerana kau sangat-sangat penting di sebalik lipatan-lipatan dompet ...

Pulangkan dompet ku hilang......

Monday, October 20, 2008

Segulong ijazah ku gegam


Sudah berakhirnya usaha aku untuk mendapat segulong ijazah.. semalam berlangsungnya konvo ke 32 . Emak, Senah dan mimie turut menghadirikan diri dalam konvo tersebut. Sekali-kali aku terasa hati ini jauh sejauhnya ntah kenapa. Kenapa yee...

Aku tahu .. tahu jawapan..tapi aku enggang mengatakan aku tahu kenapa aku jadi begini. Sekali-kali aku nyerla air mata aku menitis ntah bila ia jatoh. Patut kah aku menghiba sedangkan itu bukan ketentuan aku.

Aku melangkah pergi mengambil ijazah dengan debaran ... apakah aku kah itu..?
Ya.. sememangnya aku lahhh itu... wahai hati berhenti lah menghiba kerana bukan kah kau patut gembira dengan alunan irama dan lagu. Carilah kebahgian dicelah-celah kedukaan ini kerana ia adalah baik untuk mu yang tidak tahu rahsia Tuhan terhadap hambanya. Aku masih berdiri dikaki langit yang merah melambai cerita hari ini untuk menjadi cerita semalam. Ya semalam berlalu sedangkan aku masih lagi mengerti mengapa .....tanpa aku sedar hari ini sudah pun berlalu dengan semalamnya..dan semalam nya...

Sunday, October 19, 2008

Hati sayu di Hari KONVO ku...


Hari ini aku konvo.. bukan mudah aku nak menyudahkan study aku yang penuh dengan dugaan Allah... ingin aku memaling kebelakang..namun aku tidak mahu lagi menitiskan lukaku dengan titisan kasturi... cukup memedihkan... namun kejayaan aku ini merupakan aku dapat walaupun tersenggok-senggok.. kalau tak kuat semangat aku yang lemah ini sudah pasti aku kecundang ditengah jalan.. .. segala dalam hidup aku terlalu lambat untuk mendapatkan harga sebuah kejayaan ..sebuah kebahgian... aku redai segalanya..Allah tidak memberi dugaan kalau hamba nya tidak mampu menempuhnya... mampu kah aku? kuat kah aku? semuanya aku soal ..aku jawab...lepas tuu aku mengeloh... kenapa aku mengeloh sebab aku tidak termampu menahan sebak di dada... aku ingin menjerit...dan meronta supaya hidup aku tidak lagi terbelungu dengan dugaan Allah.... hari ini aku mendengar kabar gembira dari orang yang baik terhadap aku... dia akan melangkah pergi untuk mengejar kejayaan yang selama ini dinantikan... aku rasa kehilangan...tapi hilang kenapa? hilang ke? definasi hilang terlalu luas untuk di cakapkan...tapi bukan kah aku biasa dengan situasi kehilangan... mudah-mudahan aku tidak hilang dari ingatanya....setakad bila????

Kaki ku melangkah lagi meninggalkan hari semalam... semalam tidak sama hari ini... esok rahsia Allah.. cuma aku berharap agar aku mampu lagi dan bersedia menerima apa jua Allah berikan dugaan kepada aku. Aku masih berharap dan berdoa dan sentiasa berdoa... linangan airmata aku ini bukan untuk sedih yang aku biasa lakukan...ia adalah satu kesyukuran dan kebahgian Allah berikan pada ku..

Thursday, October 16, 2008

Aku ada hak untuk berkecil hati....




Semalam dan sebelum nya aku kerap jauh hati dengan orang-orang sekeliling aku...Mengapa? Tidak ku ketahui.... Hari ini dan juga dengan hari-hari yang sebelumnya, aku begitu mudah terasa hati. Tak kira apa pun... sedikit sebab saja aku sudah rasa tersinggung dengan kata-kata mereka di sekelilingku, walaupun mereka tidak bermaksud untuk berbuat demikian. Oh Tuhan, petanda apakah ini?

Sudah tentu aku memaafkan mereka. Aku ingin ketawa tapi tawa ku terkedu... aku ingin menyanyi riang tetapi nyanyian ku hilang temponya...aku ingin menangis tetapi sebak ku telah sebati dengan naluri ku.... seolah-olah berpakat jangan kau hancuri hati-hati yang telah sedia sedu.

Aku inginkan sesuatu dalam hidup ku kekal dalam hidupku tetapi aku sendiri tidak kekal dalam dunia ini... aku ingin gapai sesuatu yang membahgiakan namun aku tahu itu lah satu-satu larangan yang dicipta oleh mereka-mereka sendiri.

Aku yang semalam dan aku yang hari ini masih lagi menenun kesedihan aku dalam gulongan corak yang bagitu abstrak yang aku sendiri tidak dapat mentafsirkan... hanya tiba-tiba sebak tidakkah kau tahu? tidak kah kau peka? tidak kah kau mengerti dalam diam airmata ku jatoh kelubok hati ini tanpa disengkal lagi. Airmata aku tidak sudi mengalir kepipi ku ini dan kadangkala memaksa aku menghipokritkan diri ini sesuatu yang benar mengatakan menidakkan......apakah aku yang semalam? atau aku yang hari ini cuba menzalimi jiwa raga aku sendiri dengan perkara tersengkang di mata sekelilingnya......

Mata aku berkaca lagi..... yang entah bilanya ia akan jatoh ..menyukarkan pandangan aku......
Kadang-kadang aku ingin menghadiahkan diri aku sendiri sesuatu yang begitu mahalnya yang petapa aku sukar aku perolehi.....Kadang-kadang aku ini seakan memaksa aku diam dan berdiri di ozon aku dan juga memaksa aku menjadi bukan aku sebenarnya.....

Wednesday, October 15, 2008

Ayat-ayat ku

” Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu mega merah dikaki langit... Aku tidak akan pernah menangisi kepergianmu, kamu telah meninggalkan kami semua , pergi dan tidak akan kembali lagi. cuma aku menagisi cerita yang dalam peristiwa lalu membuat aku menangis..hari-hari berlalu adalah mencatat peristiwa sengal dalam jiwa aku niee..”

“Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban, maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan meresahkan diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku tidak akan memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu ; esok adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada sesuatu pun darinya yang dapat disebutkan.”

"Mungkin masa akan datang cerah...mungkin masa akan datang gelap...rahsia...itu masih tersimpan rapi di tangan Tuhan.... Tapi mengapa kau masih bercanda dengan masa akan datang? Sudah kah kau tahu apa bakal berlaku? Aku sesak nafas dan sehingga aku ingin mencari extra oksigen yang mampu menghela nafas ku tanpa tersekat-sekat.... Apa usaha kita adalah jawapan terbaik untuk kita ... bersangka baiklah dengan janji Tuhan...

"Wahai hati-hati yang risau... percayalah pada ayat-ayat disana... ayat yang menjanjikan sesuatu yang bahgia.. sesuatu gumbira.....hanya satu untuk kau tahu ...doa di malam tahajud aku..doa lembabnya tapak tangan ku agar khabar gembira itu akan pasti singgah di masa-masa akan datang hidup mu...."

" Dirimu sangat bernilai pada orang-orang disana... " Hargailahh... semahal-hal harga letaknya dirimu..kerana mereka masih segan pendirian mu yang penuh dengan keunggulan"

Kenapa Dia Bersedih????

Kenapa dia perlu bersedih? Adakah sedih macam aku bersedih jugak?
aku pun tak tahu sedih nya bagaimana...sudah aku bagitahu bersedih lahh apabila kejadian
itu sudah berlaku...Tapi dia tetap nak bersedih jugak sedangkan sedih nya itu belum terjadi..
Puas sudah aku katakan kejadian akan datang adalah rahsiah Allah kepada hambanya..
pun dia tetap nak bersedih...

ntahlah setahu aku sering bersedih memandang kebelakang...tapi dia nak bersedih memandang kehadapan...... itulah dia...yang aku kenal sesesesingkatnya....

Tuesday, October 14, 2008

Akhirnya aku berjaya ke puncak...

Bila aku kenangkan masa lalu ....akan menitis air mata ini mengingatinya.... terlalu perit aku nak ceritakan bagaimana aku meraih kejayaan ini dengan keadaan tergapai-gapai tanpa dorongan dari mana-mana pihak... Aku merahsiakan yang aku mula belajar pada keluarga aku kerana aku takut hangat-hangat aje pada awal...nanti bosan aku akan berhenti sekerat jalan.... aku tak mahu akan benda-benda ini. .. jadi bahan gurauan. Tapi awalnya semangat aku hanya pada Ajie sahaja....dia yang sanggup menanggong segala kos pembelajaran aku. Tiap2 bulan dia akan masukkan rm300 dalam akaun aku untuk beli buku katanya..lain-lain nanti akan menyusor...sebagai menggalakkan aku belajar terus. Tapi segala nya bertahan untuk semester 2 sahaja..... tiba-tiba aje kau pergi meninggalkan aku bagitu sahaja membuat aku lemah tak bersemangat.... aku tak dapat meneruskan pengajian aku buat selama setahun..aku tanggoh..aku dalam berduka, aku sedih, kadang-kadang rasa tak adil bila nasib aku sebegini jadinya.....

Aku jadi muram, tak mahu bercampur, aku jadi pemarah, terlalu mahal senyuman aku pada masa itu, aku jadi seorang yang tak menghargai diri... aku jadi kosong ntahlahhh....Sehinggalahh aku tersedar dari mimpi sedih aku .... siapa nak ubah diri aku kalau tak aku.... semua kawan-kawan tidak memberi apa-apa bantuan hanya mengatakan aku niee tak terima kenyataan... aku bangkit... aku menyusun semua strategi hidup aku..aku menyambong pembelajaran aku yang terbekalai..... aku berusaha dan nak teruskan cita-cita aku.....

Hari ini aku rasa sedih dan sayu mengambil jubah untuk konvo...dalam hati ini kalau aku tak teruskan dahulu mungkin aku tak dapat merasa petapa megahnya jiwa ini...aku melipat jubah konvo ku dalam bag seolah-olah aku melipat kenangan sedih aku dalam perjalanan hidup aku ... andai Ajie masih ada hayatnya sudah tentu dia akan bersama dengan aku.... ibu ayah aku pun turut berbangga dengan kejyaan aku ini walaupun dia ade bertanya dengan aku bila study? Dah bayar ke yuran ....pakai duit mana? Haaa... payah aku nak cakap bagaimana aku boleh buat macam ini tanpa diketahui oleh ibu ayah aku.... Ayah aku tersenyum bila aku menggayakan baju konvo depan nya..... tapi berlahan cakap abah tak dapat nak sama sebab abah kurang sihat.... orang yang aku sayang yang sudah tentu tak ade didunia sudah tentu tak hadir...tapi orang yang aku sayang..yang masih bernafas....pun kata tak hadir melihat kejayaan aku... tapi sebenarnya aku nak kongsi dengan siapa yeee???????? Kalau kawan menangis tak ade ..tapi kawan nak ketawa kegembiraan pun tak ade jugak?????

Sedih ekk...balik niee aku nak pujok orang-orang yang terdekat dalam hidup ini hadir dalam majlis konvo ini.... aku nak jugak....kalau tak ade jugak heeemmmm berapa lagi tempayan airmata aku akan menitis yeee.......sehinggalah aku berhenti mengharap.......aku masih lagi memengang kad jemputan 6 keping...haaa terlalu banyak aku dapat dari kawan-kawan aku yang mengenali aku di kaunter penerimaan jubah... pada siapa kan ku beri.....jika jawapan nya adalah sama....tak dapat cuti....tak sihat...sibok...penat tunggu lama...ntah apa-apa lagi alasan nak buat...

Tapi aku pun kena faham bukan semua orang boleh meluangkan masa untuk diri kita yang tak punya apa-apa yang dibanggakan....kalau aku niee yang orang gah..dimata keluarga ku..atau teman-tman lain dah tentu aku di utamakan...tak pelahh kalau tak ade siapa-siapa pun aku tahu di dewan tuu ramai orang ...semuanya mereka mempunyai niat yang satu meraikan kejyaan orang-orang tersayang.... anggaplahh mereka itu pun sama meraikan kejayaannya....

Semalam aku mencuba baju..dan kasut..kasut niee banyak pulak ceritanya...iye kasut konvo....dengan siapa aku beli kasut ini yeeee??????

Monday, October 13, 2008

buah fikiran merentap

Buat fikiran aku merentap

Apa lagi yang aku cari dan mahukan dalam hidup, jika aku sudah merasakan ketenangan dan kelapangan, bukanya itu suatu makna besar dalam kehidupannya, bukankah itu hadiah dah faedah yang diraih tanpa pernah diduga dan diminta......

Kongsi Perasaan Anda


Kongsi Perasaan Anda

Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan

Kenapa seseorang memendamkan perasaan

  • Malu
  • Takut menjadi bebanan kepada orang lain
  • Terlalu peribadi untuk dibincang
  • Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
  • Bimbang akan reaksi orang lain
  • Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
  • Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
  • Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja

Bagaimana mengendalikan perasaan anda

  • Ketahui perasaan anda
  • Luahkan perasaan anda
  • Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
  • Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidp, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain

Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan

  • Merasa lega
  • Mengurangkan tekanan
  • Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
  • Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
  • Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda


Banyak perkara nak berkongsi..tapi aku macam x suka nak berkongsi apa-apa pun perasaan dengan orang lain. Contohnya aku merahsiakan baik ku dengan Ajie selama 6 tahun aku berkawan sehinggakan kawan sepejabat aku cuba meneka siapa gerangan Ajie niee...menjadi teka teki dalam hidup kawan-kawan ku. Aku pun tak tahu mengapa aku perlu berkongsi perasaan dengan orang lain sedangkan terlalu peribadi. Tapi jangan Ajie semua orang nakdi beritahunye....tapi itu dikalangan kawan-kawannye yang tak pernah bizy body...tak pernah mempertikaikan aku dengan dia tak sepadan lahhh...memang betullahh masa tuu aku jawatan tak setaranya berbanding dengan jawatannya yang bagitu gah dimata orang....tak kenalahhh..memanglah masa tuu aku niee lawak sikit....pakai skaf... kurus cekeding....yang lawak tuu pulak pakai braces...haaaaa..... kalau nak dikira Ajie hisss...hadsome, ala-ala pelakon korea gitu..kadang-kadang membuat aku rasa suka rindu sesangat bila janggutnye kemas rapi..... Bila aku kata padanye aku minat sangat orang berjanggut......jarang sunggoh dia membela janggut...ntah mengapa aku pun tak tahu... mungkin dia tak suka aku suka janggut dia aje kot..
tapi itu tinggal kenangan aje...terlalu banyak manis kenangan bersama nya...bila aku menemannya dalam kuliah nya...seolah2 aku nie pelajar nya..kalau aku tak attend alamak muncung dia boleh ikat...pernah aku katakan mengapa perlu aku ada dalam hidupnya...dia kata aku niee lain dari yang lain...ape yang lain..?????? kenapa lahh aku terlalu mengigatinya... mungkin aku terbawa-bawa semalam aku menziarahinya dipusaranya yang sepi lagi shaydu....sempat aku berpesan dengan penjaga disitu minta selalu membersihkan pusaranya dari daun-daun kering sambil aku sedekah untuk ucap terima kasih.....tetapi penjaga tu mengatakan walaupun pusara kawan awak dibawah pohon yang rendang lagi sejuk...tapi tak pernah pun daun jatoh berlonggok di pusaranya......mungkin dengan doa awak membuatkan daun ini turut memberi kerjasama menjaganya...sambil tersenyum.

Kadang-kadang aku ingin berkongsi rasa berkongsi perasaan tentang hati-hati yang dirundung... tapi aku ketemui kawan-kawan yang tiada perasaan untuk berkongsi rasa berkongsi sedih yang tega....balik-balik aku jugak yang mendengar pemasalahan mereka... macam-macam masaalah aku dengar.....seolah2 kalau diberi peluang untuk kali kedua mereka akan kembali hidup sesudahnya... aku ingin hidup yang boleh aku senyum sentiasa...yang boleh aku menghidu udara bersih... punya hati dan persaan yang bersih.... sentiasa mendoakan kebahagian dan kesihatan orang sekeliling aku.... tapi yang pasti aku mahu memahami hidup ini ..aku diminta, didesak, dikutok..supaya jangan sekali-kali menyayangi orang ...itu lahh perkara yang terlarang yang selalu didesak dalam hidup aku..kenapa yeee..dosa ke? hari ini aku masih lagi dihujahi dengan berbagai-bagai persoalan......mengapa...perlukah? sedar tak? mampu kah? semuanya nak mengambil tugas Tuhan......... aku masih lagi berdiri dititik, digarisan, yang menghadkan aku untuk melangkah kebahagian aku yang mana terlalu jauh-jauh sejauhnya yang kata mereka aku tak perlu digapai........ehhhhh....ntahlahhh.....apa-apalah....yang aku tahu aku merindui remang petang...senja dikaki langit....datang menghampiri siang...walaupun sekejap namun membahgiakan...aku akan mencari senja dikaki langit....

Sunday, October 12, 2008

Kemalangan Kecil ku....

Ntah ape tah aku terlalu cuai..mengalami kemalangan kecil semasa raya ke 2...tak sihat sunggoh masa tuu...dok merap dalam bilik menahan kesakitan...ramai jugalah tetamu yang hadir...semua tanya aku kerana sajian masa tu ala2 kadar tak ade yang mengenyangkan. Apakandaya aku tak boleh melakukannya..... Sehinggalah jam 5 petang aku tak dapat menahan kesakitan menanti adik ku pulang dari kampung baharu lahh dapat rawatan di KPJ....mahal mak datuk...habis bajik aku nak beli baju konvo... 5 hari aku mendapat rawatan di sana memandangkan cuti perayaan tiada klinik panel yang buka...

Aku rasa terima kasih pada JMdR datang merawat aku..kebetulan baru balik dari Sweden membawa ubat untuk ku setelah aku mengadu aku sakit. Sesunggohnya dialah penyelamat masa tuu..sehingga sekarang aku rasa terhutang budi pulak dengan kesunggohan nya menjaga aku dalam keadaan tak berupaya.... aku tak mahu menyusahkan keluarga ku yang selalu simpan ape kepayaan hidup aku..tapi ntah mengapa bila aku dalam keadaan terdesak aku terus mengghubunginya...alhamdullillah aku dah kembali sihat...bahkan seperti sedia asal.... aku bersyukur atas pertolongannya...