Tuesday, December 30, 2008

Kurangkan panggilan telefon

Kurangkan panggilan telefon

Suatu perkara yang sering terlepas dari perhatian kita adalah bil telefon. Kebanyakan orang membayar bil telefon sebanyak RM300 hingga RM400 atau lebih setiap bulan. Ini tidak termasuk bil telefon bimbit yang sudah tentunya lebih tinggi. Namun demikian, tidak ramai yang menganggapnya tinggi. Hanya segelintir sahaja yang menganggapnya sebagai perbelanjaan yang berlebih-lebihan.

Tetapi sebenarnya ia juga suatu contoh perbelanjaan yg berlebih-lebihan. Cuba fakir. Kita membayar wang untuk bercakap. Jika berbelanja sesuatu sekurang-kurangnya kita mandapat barangnya. Tetapi tidak dengan telefon. Kita bercakap dan justeru kita perlu membayar, walaupun tidak memperolehi sesuatu yang boleh dipegang atau dilihat.

Ramai mengatakan bahawa mereka menggunakan telefon untuk memupuk hubungan isteri/suami/ibubapa/sahabat handai. Kasih sayang boleh bersemi menerusi hubungan telefon. Memang benar kita seharusnya memelihara silaturrahim, tetapi ini tidak bererti bahawa kita perlu bergayut di telefon selama dua jam. Sepuluh minit sudah memadai. Kasih sayang bukan diukur berdasarkan berapa lama kita berbual di telefon.

Yang anehnya, apabila berjauhan, ramai orang boleh bercakap berjam-jam di telefon tetapi apabila mereka berada disisi orang yang dikasihi, mereka jarang berbual! Apabila mereka bersemuka dan boleh bercakap selama mana yang mahu dengan percuma dan tanpa dikenakan apa-apa bayaran, mereka sebaliknya menonton televisyen. Mereka lebih gemar bercakap berjam-jam lamanya di telefon dan dikenakan bayaran. Aneh sungguh manusia ini.. tapi kenapa kita kata aneh.. perasaan untuk bercakap- yang ntah apa-apa bijik butir itu membuat kita lalai dan tidak sedari siapa yang buat panggilan .. tidak mengendahkan berapa banyak bil akan dibayar asalkan dapat memberi kepuasan dalam berbual... bila hanya sekejap sahaja bilangan masa kita untuk bertelepon kita akan rasa mengapa cepat sangat tamat..tak suka kah dia pada kulagi... itulah situasinya..bila kita dalam meminati seseorang... tapi bila kita rasa tak selesa dengan seseorang panggilan yang hanya lima minit itu kita rasa terlalu lama sehingga kita rasa gelisah bila nak tamatkan perbualan.

Kesimpulannya berlama-lama dalam berbual dalam telepon adalah kerana perasaan, bergopsip dan satu-satu benda ingin diperjelasan. Tapi yang pasti yang lebih lama bila dalam mamai yang kita rasa dia paling dekat dihati kita...itu aje kot...


Tuesday, December 23, 2008

Hati ku Rentap lagi..



Mengapa hati aku direntap bagitu rupa sedangkan aku merasa orang sekeliling aku adalah orang yang aku sayang... apa salah aku??? aku tak pernah menggangu kebahagian orang lain sedangkan mengapa aku di perkotakkan dalam hidup aku... aku mengikut lorong hidup aku...aku membuat kerja apa yang diamanahkan aku .. aku sentiasa ingatkan aku akan hidup hari ini dan esok tak pasti. Mengapakah orang yang ku anggap kawan menyentuh masa silam aku yang mana adalah terlalu peribadi. Mengapa aku masih lagi tahap bagitu bagini sahaja .. sedangkan hati aku telah diinjak-injak dan dihina dan dikata. Mengapa aku masih melindungi perasaan kelukaan hati aku yang mana tidak sepatutnya aku membedong dan meratap setiap malam?

Persoalan nya satu aja jawapannya.... Aku ada Tuhan. Allah menduga aku ... so hadaplahhh... dengan tabah... kalau hari ini tiada nampak apa-apa kebahagian...bukan nya Allah tidak akan memberinya....Allah tahu aku mampu dan tabah menerima ujian nya. Jika aku tak mampu aku akan melenting dan memaki dan melakukan luar batasan aku. Esok aku akan hampir ditempat yang sama .. melihat wajah yang sama.. duduk ditempat yang sama... aku masih memelihara lidah aku... aku masih lagi memelihara senyuman aku..aku masih lagi memaafkan mereka-mereka ini. Sampai bila? Aku pun tak tahu... aku ingit menjerit dan mengatakan aku tak mampu itu semua.... siapa mereka menghukum aku. Salah kah aku? Apa yang aku buat? Bodohkah aku? Biarlah jawapannya aku sendiri yang jawab. Kerana apa yang disekeliling aku adalah kawan-kawan ku.... yang masih belum membatasi apa yang boleh disentuh hati kawan... apa yang boleh kongsi dengan kawan.

Kawan-kawan ku ... kau jadilah insan yang sebaik-baik kawan .. jadilah orang yang sentiasa menyelami perasaan orang lain.... aku tak heran cantik kacak kaya orangnya...cukuplah sekadar hati yang bersih dan tidak membalingkan tomah yang kelat pada aku ...kerana kau tak tahu perjalanan hidup aku bagaimana..... dan aku berharap engkorang semua ikutlah lorong yang Allah bagi pada mu.... jika lorong mu penuh dengan belukar dan onak duri janganlah kau campakan belukar dan onak duri itu di lorong orang lain... cubalah selesaikan dan langsaikan huraikan dan musabahlahh... sendiri.... aku dah letih dengan sikap mu kawan. aku dah letih ..... letih seletih-letihnya... bagi lah aku berehat dan bagi lahh aku sedikit kebahagian dan berilah aku ruang dengan kehidupan aku yang tidak boleh dikira membanggakan dan tidak boleh di irihatikan.... itu sahaja....kawan... aku tidak membenci mu.. tapi aku tahu seandainya aku tiada lagi dibumi ini ... aku dapat rasakan engkorang mesti lah menghadiaahkan alfatiha yang boleh menyejokkan hati aku..... itu sebab aku masih mengharapkan kehadiran mu kawan-kawan yang aku sayangi....... sayangku pada engkorang mungkin tidak dirasai...tapi kalau kawan-kawan ku merasa kesukaran dalam kehidupan aku masih mampu mendengar rintihan... aku masih mampu memberi bahu ku untuk kau sandarkan kepala kawan-kawan untuk melegakan lodakan hati...

Walau apa pun aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mewarna-warnikan kehidupan aku..sedangkan kawan-kawan tidak tahu warna apa yang aku suka. Corak apa yang aku gemari. Namun aku boleh memilih apa yang engkorang warnakan.... jika aku ingin warna ceria aku pilihlah ceria tanpa aku memikiran harga kos yang tinggi aku bayar dengan melupakan apa yang engkorang buat terhadap aku.... tapi kalau aku memilih corak yang gelap dan kelabu sudah pasti aku tidak lagi menjadi orang masih kaku...aku akan bertindak liar....warna-warna itu telah lama aku basoh supaya menjadi putih dan dan serinya. Manis senyuman mu kawan-kawan adalah sembilu hati aku.... ramah teguran mu kawan-kawan adalah ejekan dan hinaan dalam hiba ku...

Fahamilah kawan-kawan...aku masih lagi berdiri di pintu ini sebelum hati ini tertutup untuk tidak memaafkan diri mu kawan-kawan. Masa itu aku tidak lagi diri mu sebagai kawan-kawan..tapi kau tahu lahhhh selagi hati ini boleh memaafkan ....selagi itu basahnya airmata aku menahannya.... semuga aku masih ditempat yang berlandaskan keimanan.... aku masih dalam lindungan mu ya Allah. Kau berilah aku kebahagian yang aku dambakan... Amin.

Tahutak?

Monday, December 22, 2008

Cahaya hati

cahayahati ku...matahari ku

Wednesday, December 17, 2008

Rindu..Kangen...Rindu....




Maklang... maklang.. apa itu rindu?????... ya budak kecil yang tak tahu apa-apa tanya pada aku apa itu rindu. Cis...ciss..cisss aku dah tua ini pun tak reti nak definasi rindu. Yang aku tahu rindu macam mana yeee...terlalu abstrak nak cakap...tak boleh tak boleh nak cakap...makna rindu sebab aku pun tak tahu cam ne rindu tuu...Tapi semalam hari ini dan mungkin esoknya aku tidak nampak kelibatnya..tidak nampak bayangnya...tidak dengar suaranya..tidak lagi dapat kata-kata..sudah makan? buat apa tu? kat mana? jaga diri, baik-baik memandu, siap ke? bye byeeee..kalimah yang sering menjadi ungkapan seharian...jeng jeng aku mencari-cari jejak-jejak itu...haaa masih tak ada dijumpai...cam ne niee... laaa tiba-tiba aku teriang-teriang suaranya....sering menyanyi-nyanyi lagu yang aku sendiri tak tahu tajoknya... mana ekk suara itu... bila dia mampir lagi? atau hilang bagitu sahaja? Yang pasti aku inginkan ia berulang lagi dalam seharian ku? Apa makna nye tuuuu....haaaaaa... tak tahu..tak tahu... sebenarnya perasaan bengong tuu kadang-kadang dok melatah dalam hati aku... opocot...aku rindupada mu.. aku melatah lahhh.....eekk mengapa aku melatah macam niee....selalunya aku melatah lain.. melatah boleh adjust mengikut situasi... haaaa....sory lah kakchik ..Maklang tak reti nak jawab pertanyaan itu sebab perasaan itu rindu itu selalu gagal untuk aku ungkapkan..sory sory....nanti kau besar kau fikirlah sendiri...Maklang kau ini masih mencari-cari definasi yang nak diungkaikan dalam kamus dewan...cetakan 2008....(heee cover line pulak....ketuk kang baru tau!)

Tuesday, December 16, 2008

Kisah Anak Kerang



Jangan pernah mengambil keputusan pada saat sedang emosi. Kalau boleh
jangan bicara, supaya tidak membuat kesalahan yang akan mencoreng muka sendiri.
Setiap penderitaan pasti ada hikmahnya. Yang penting jangan berhenti berdoa dan hanya berharap pada Tuhan. Pembalasan bukan hak kita. Tuhan lebih tau balasan yang cocok bagi orang yang menyakiti kita. Iiiiih ngeri. Mending baca ilustrasi dibawah ini ya..........., semoga dikuatkan.

Kisah Anak Kerang

Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengaduh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembek.
Anakku, kata sang ibu sambil bercucuran air mata, Tuhan tidak memberikan pada kita bangsa kerang sebuah tanganpun, sehingga Ibu tak bisa menolongmu.

Sakit sekali, aku tahu anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam.
Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan nyeri yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang bisa kau perbuat, kata ibunya dengan sendu dan lembut. Anak kerang pun melakukan nasihat bundanya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit bukan alang kepalang. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya.

Tetapi tanpa disadarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar. Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh mengkilap, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna.
Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.

***

Cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahwa penderitaan adalah lorong transendental untuk menjadikan "kerang biasa" menjadi "kerang
luar biasa."

Dengan itu dipertegas bahwa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang biasa" menjadi "orang luar biasa." Itulah yang terjadi pada orang-orang seperti Abraham Lincoln, Nelson Mandela, Mahatma Gandhi, Kim Dae Jung, dan A.H. Nasution. Jadi jika Anda sedang menderita hari ini, apa pun sebabnya, saya sarankan: bersiap-siaplah menjadi "orang luar biasa".

Sunday, December 14, 2008

Membeli Belah Buku..





MPH... surga buku.. Aku pergi shopping pada Hari Sabtu dengan adik dan anak-anak buah.. best gila aku.. macam tak ingat baget dalam dompet aku. Akhirnya aku beli 4 buah buku motivasi dan 2 novel dan 2 buah buku agama itupun sebab adik aku dapat kemudahan di bank negara 50% awal pertama. Adik aku hanya membeli novel untuk anak daranya yang itu pun dia bagi limit hanya 10 sahaja... dah jatoh rm 10...mana tak gila... Nampaknya aku dah jadi ulat buku... Aku ada membeli untuk Ma... itupun buku kehendak yang di cari tak ada ..mana-mana buku aje aku agak ala2 dia suka aku beli lahhh... Hari Ahad...aku bergasak pergi midvelly dengan Ma.... memang mabuk buku kita orang...aku hanya larat 3 buku aje itu pun disaring... sedangkan Ma beli sampai 11 buku....fuh... ulat buku tuu...walauapa pun kegembiraan untuk membeli belah dalam erti kata ..bijak membeli ..letih membaca......

Tuesday, December 9, 2008

Raya Korban 2008




Pagi-pagi jam 5 pagi aku telah dikejutkan oleh emak aku...apalagi dia dah dok risau sebab hari ini Raya Korban. Aku macam rasa biasa-biasa aje sebab hujan pagi sedap tarik selimut. Semalam aku dah penat sakat masak rendang dengan ketupat.. hari ini aku nak qadaq tidor... tapi emak dah dok bising dah tuu aku pun lurut lah selimut dan kebilik air dan sembahyang suboh. Aku tahu emak aku tuu bising memandangkan kuah kacang dan ayam masih lagi dalam peti sejuk dah pasti sukar untuk masak... Dia tak tahu dah ada teknologi sekarang niee macam-macam boleh buat... aku biasalah pakai apron dah pun siap jadi bebik indon yang sedia patuh dengan tuannya untuk memasak... Selesai aku masak ...aku bersedia untuk memasak makanan 30 kati mee goreng untuk bawa kesurau... semua ramuan telah siap dibasoh aku memang tak suka orang lain kedapor melain aku sorang... haaaa... bagaikan chef aku memasak...sekali masak 3 kilo lepas tuu aku masak lagi...dan masak lagi... tiap kali masak aku akan bersalawat supaya masakan aku berkat dimakan... Akhir sekali aku menjerit kakak-kakak aku mintak bungkus dan anak buah aku jadi penghantar kesurau... Tapi masaalah lahh pulak kampung aku ini ada puak...simpang nak masuk rumah pulak 6 ekor lembu tumbang dikorbankan adalah dari UMNO kampun aku... sebaliknya surau sebelah rumah aku pulak tumbang 6 ekor lembu jugak.. aku hairan kenapalahh asing-asing tak sama-sama buat gotong royong... masing-masing ade parti...mana parti bukan UMNO ramai lahhh pegi ke surau.. mana parti UMNO pergilahh kerumah tok Kadi simpang tuu... gasak lahh pokoknya nawaitu adalah penting..

50 pek kesurau 50 pek ke UMNO semuanya berjalan lancar.. aku buat operasi kerja gila-gila aku...aku ambil kamera adik aku terus mengambil gambar-gambar kenangan...mula-mula kesurau...wah semua bergaya dengan aksi membantai lembu..pakccik2 dato2 budak-budak menjerit-jerit mintak merakam gambar mereka... heee glamour sekejap aku...makcik2 dan kakak2 aku pun ketawa tengok gelagat aku yang selamba aje pergi ambil gambar sedangkan semua nya lelaki saja kat situ... haaaa saja buat hal sebab dah tension masak tadi...hujan lah pulak sambil berpayong...lepas tuu aku pergi ke tempat penyembelihan UMNO pulak haaaaa...lawak pulak semuanya tengah tension tak siap lagi nak melapah danging...ramai yang menunggu dengan muka lapar..aku lihat dibahagian UMNO tuu ramai pulak kaum2 ibu berbanding kat surau... hissss....teruk betul lahh berpuak2 ini... aku terus mengambil mee goreng yang aku masak tuu agih2kan kan pada kaum ibu2 yang dok santai..terasa macam wakil rakyat pulak...semua tanya kau kee masak..aku kemut senyum mengiyakan..best gila lahh aku pun mengambil lahh beberapa gambar yang menarik untuk kenangan... Lepas tuu aku kembali ke surau dan menceritakan apa yang aku lihat di tempat penyembelihan di UMNO semua nak tahu sangat...apa tidaknya...ayah kat umno anak kat surau.. kakak kat umno anak2 kat surau..semuanya tidak sepakat.... haaa..aku dah jadi talam dua muka....sampaikan ada pakcik tuu kata kau siaplahh kamera kau tuu kena rampas kang baru tahu...apalagi bila dah cakap tuuu aku terus balik..haaa seram pulak kena rampas..bukan aku punya..... tapi bila dok rumah tengok gambar2 tersebut nampak sangat kampung tempat aku nie tak ada sefahaman lagi..apa lah salah buat sama2 jarak antara tempat penyembelihan itu cuma 50 meter sahaja ditengah2 rumah aku..jadi aku niee kekanan tidak kekiri pun tidak...tapi aku berpuas hati sebab mee goreng aku telah habis dimakan almaklumlah hujan masih tak tedoh hingga ke 7 malam.. itu lah pengalaman aku dihari raya korban tapi tak nampak pengorbanan yang dibuat...hanya titisan airmata lembu sahaja melihat kan orang kampung ku sudah hilang sengat kampung...harap-harap tahun depan tidak jadi bagitu lagi... patut lahh aku lihat lembu dilori serba salah nak turun...sebab takut salah tempat..haaaaaaa.... pengalaman yang tak pernah aku alaminya sehidup aku...

Wednesday, December 3, 2008

Misteri Bola PING PONG.......



Misteri Bola PING PONG.......

Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun.

Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola ping pong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah universiti terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di universiti, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola ping pong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asyik2 bola ping pong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak hadiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk menge'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni... ." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya.

"Sebenarnya ada misteri di sebalik bola ping pong ini... " kata Amer.

"Apa dia?" tanya bapa Amer

Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misteriya? Anda nak tau?

.

.

.

.

.

.


.



.


.

.

.

... ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.

Ha ha ha hah ah ha ahhahhehehehe... ... ...

wohoooaa...jangan marah ekkk.. senyum sengit sikit....sikit aje...oppppssss...sambil menyanyikan lagu...senyuman sengit ku sunggoh bermakna...tapi sayangnya kau tak mengerti.....haaaaa...suka dengan senyuman sengit mu.....bagaikan mentari merah dikaki langit lagaknya....tapi sayang seribu kali sayang....senyuman sengit itu adalah racun untuk ku ...membuatkan aku pengsan...apalah aku merapu hari ini.. hari ini adalah hari merapu aku...aku nak merapu secukup-cukupnya...hari ini aku nak menjerit sekuat-kuatnya..hari ini aku nak melalak sehingga tekak aku sakit..dan hari ini aku nak bergolek-golek di lereng bukit tepi highway unjavascript:void(0)tuk memproteskan senyuman sengit mu itu kerana senyuman itu bukan untuk aku..kau telah beri pada semua orang...aku protes...tak adil...tak adil...aku nak padamkan kotak igatan aku tak akan lagi merindui senyuman mu lagi..aku dah mula benci..aku dah mula meluat aku dah mula menyampah...tapi semakin aku membenci ...semakin aku meluat semakin menyampah....masih menghantui senyuman itu...kau datang dengan senyum-senyum...sekali-sekali angkat kening yang aku tak leh nak tafsir...sememang nya aku tak suka dengan riaksi itu..aku tak suka senyuman itu...memang sengit...noktah.

Tuesday, December 2, 2008

Pelangi itu lagi dan matahari yang semalam




Matahari yang semalam merah dikaki langit tidak lagi
ada... tiba-tiba hari tiada kerana hujan yang turun sebelumnya
melindungi matahari aku.. aku berlari-lari mencarinya
pandang kanan sepi...dan ku pandang kiri dan hadapan
kosong sahaja.. mengapa kau menyempunyikan diri...namun
terima kasih matahari ku..kerana kau telah menggantikan
pelangi di kaki langit..pelangi yang menyerlahkan beribu warna
yang bermakna... aku suka dengan keindahan palangi yang mana
warna merah kaki langit aku lupa...tiba2 kau hilang begitu sahaja
dan baru ku tahu esok merah mentari di kaki langit akan menjanjikan
untuk ku.... semuga esok aku masih sempat melihat merah di kaki langit ini
tanpa teman tiada kawan tiada angin tiada mendong...hanya aku yang
berdiri melihatnya yang sentiasa menyembunyi duka laranya
yang esok belum tahu janji nya ia akan hadir begitu...

Monday, December 1, 2008

CINTA dan KAWAN




Pada suatu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam satu kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…

Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…

Kenapa??
Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!

Didalam telaga CINTA hilang…

Kenapa??
Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..

Kenapa??
Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia… kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia

Kenapa Hati? Hati Nurani Ku Berdetik Lagi...






Kenapa Hati? Hati Nurani ku berdetik Lagi...

Hati, katanya, adalah sesuatu yang abstrak. Hati, yang digambarkan dengan simbol "love" pada hakikatnya adalah sebuah benda konkrit yang hingga sekarang orang-orang bijak pandai belum tau apakah benar di situ sebenarnya pusat komunikasi antara kita dengan diri kita sendiri.

Kalau ada orang berkata, "Dalam hati saya kata bahwa ......" (sambil menunjuk ke arah dadanya, tindakan itu tidak berarti bahwa hati yang di dalam dadanya itulah yang berbicara, sebab hati merah dalam dada itu cuma simbol dari ungkapan diri kita atau simbol komunikasi kita dengan diri kita sendiri. So, apa yang dimaksud dengan kalimat "Hati berbicara"?

"Hati aku berbicara", "sedih", senang, "marah" dan lain-lainnya adalah ungkapan roh kita, sifatnya abstrak, maksudnya tidak akan diidentifikasi dengan telinga atau mata. Ia adalah rasa "aneh" atau komunikasi kita dengan diri kita yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita dengan cara yang sungguh-sungguh aneh. Orang yang berada di samping kita tidak tahu apa yang sedang bergemuruh dalam hati kita, meskipun orang itu meletakkan telingannya di dada kita dengan rapat. Hingga perkembangan teknologi saat ini, komunikasi kita dengan diri kita ini sungguh tidak dapat hendak detect dengan alat apapun.

Haaa... kadang-kadang kita tak tahu apa kata hati...bila kita suka dengan seseorang kita risau kalau-kalau tersasal kata hati...kadang-kadang kata hati ini payah nak diikut sangat kalaulahh hati kita tak sama dengan hati yang kita suka...akhirnya makan hati dan terus-terus sakit hati... Hati tak pernah menipu...hati tak pernah berbicara kalau tak berdetik.... sekarang niee kenapa hati perlu dijaga? sedangkan hati kita ada dalam diri kita tak pernah jemu dan berbisik-bisik setiap nadi ku.... wahai hati tenangkan lahh jiwa ku sekiranya aku dalam kekusutan, kekecewaan, kesedihan, kegembiraan, dan kerisauan... semua hati ini memahami diri aku yang sebenar.... kalau lahh hati ini ada buah..haaaa.... kelakarnya...buah hati???

Sunday, November 30, 2008

Whatever IT IS, Dont Quit!...

When things go wrong, as they sometimes will,

When the road you’re trudging seems all uphill,
When funds are low and the debts are high,
And you want to smile but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest if you must, but don’t you quit.

Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about,
When he might have won if he’d stuck it out.
Don’t give up, though the pace seems slow -
You may succeed with another blow.

Often the goal is nearer than
It seems to a faint and faltering man;
Often the struggler has given up
When he might have captured the victor’s cup,
And he learned too late, when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out -
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are -
It may be near when it seems afar;
So stick to the fight when you’re hardest hit -
It’s when things seem worst that you mustn’t quit.

Dah tentu sajak niee bukan aku yang cipta...tak tahu siapa tah ...tapi aku suka sangat.. memberi motivasi dalam kerjaya, hidup dan apa jua...sajak ini khas untuk sahabat ku yang hampir dengan aku dan selalu membuat aku ketawa, menangis, berfikir, terkedu, terperanjat, menyampah, benci, sayang, rindu, ntah2 apa-apa lagi lahh.. hidup ini kena tempoh walaupun sesukar mana...walaupun perit mana... walaupun bosan mana...walaupun penat mana... selagi Allah memberi oksigen....selagi Allah membenarkan kita berjalan dibumi nya....sehinggalahh bila kita tak berdaya berjalan...Allah akan mengendong kita...adakah memberi semangat untuk terus hidup ataupun terus menangkat kita ke atas....hingga akhir hayat.....aduhai...sahabatku yang kusayangi....

Thursday, November 27, 2008

Berpidato kita?

Aku dah 2 kali masuk kelas Pidato yang diajar oleh Dr. Syed Ahmad bin Syed Samsuddin Ph. D...Cam ne lahh aku boleh masuk kelas niee.. Masuk hari ke 2 aku telah pun membayar yuran keahlian sebanyak RM200.. atas galakkan MA juga. Aku hanya untuk mengisi perisian hidup aku yang terluang dan kesanggupan Ma menjemput dan menghantar aku dalam kehadiran kelas. Kalau kesanggupan nya itu tidak lah menjadi beban nya aku pun akan hadirlahhh... aku pun tak tahu sampai siri keberapa... aku boleh hadir terpulang dengan keadaan MA itu..namun aku nak pergi sendiri tak mungkin aku pergi kot..sebab rabun malam...

Banyak yang aku tau tengtang berpidato dengan betul..
ayat-ayat yang biasa digunakan untuk memberi mukadimah dalam pidato tuu

Hari ini adalah perjuangan
esok adalah pengharapan
lusa adalah kemenangan

Kalau tidak kerana bulan
masakan bintang terbit tinggi
kalau tidak kerana impian
takkan saya hadir disini...

Pak Ali pergi memancing ikan
tetapi terlupa membawa umpan
yang bernas jadikanpanduan
yang buruk jadikan sempadan...

haaaa... aku selalu jadi Pak Ali ...selalu lupa... kadang-kadang umpan selalu tegur kat aku..tak bawa sama kee aku ...sedangkan kail ade ditangan...
heee..lawaknya aku niee tiba-tiba jadi orang nak berpidato.... terima kaseh Ma yang selalu membawa aku pembaharuan dalam hidup ku....

Aku jadi fobia pulak...kalau tiba masanya aku pulak kedepan bercakap..mampukah aku nak berkata-kata di depan sedangkan aku sering tersasar dalam bercakap...aku sering lupa ayat yang aku nak cakap...... cam ne nieee......cam nee nieee...rasa-rasa nak tarek diri lahh....saja nak jerat leher...tapi kalau tak cuba mana tahu kannn aku niee terror terlampau mengalah kan dato' syed...berangan x sudah...aku niee.....

Monday, November 24, 2008

Ingin Ku Chylee Hatimu.....yang dungu....


suka tak? Ascii fail niee...


(¯`·._.·[ (chylee) ]·._.·´¯)
¨°o.O (Yang Pedas) O.o°
×÷·.·´¯`·)» (ChyleeHijau) «(·´¯`·.·÷×
· ··^v´¯`×) (chyleeYang Panas) (×´¯`v^·· ·
,.-~*'¨¯¨'*·~-.¸-(_ (hot Chylee) _)-,.-~*'¨¯¨'*·~-.¸
- - --^[ (chyleeMulutDia) ]^-- - -
•·.·´¯`·.·• (ChyleeMata Dia) •·.·´¯`·.·•
`·.¸¸.·´´¯`··._.· (Nak Chylee?) `·.¸¸.·´´¯`··._.·
(¯`·._) (KeranaChyleegulai KuPedas) (¯`·._)
¯¨'*·~-.¸¸,.-~*' (Chylee yang X Pedas) ¯¨'*·~-.¸¸,.-~*'
Oº°‘¨ (Sampai HatiKau chylee) ¨‘°ÂºO
׺°”˜`”°Âº× (ChyleedimanaKau) ׺°”˜`”°Âº×
.·´¯`·-> (HissPedasnyaChylee) <-·´¯`·. <º))))><.·´¯`·. (NakKuchyleeMulutMu) ¸.·´¯`·.¸><((((º>
- -¤--^] (chyleeYang Merah) [^--¤- -
~²ÂºÂº²~ (Chylee Hijau) ~²ÂºÂº³~
._|.<(+_+)>.|_. (anakChylee) ._|.<(+_+)>.|_.
..|..<(+_ (Chylee ku Sayang) _+>..|..
-·=»‡«=·- (Sayang-sayangC chyleemerah) -·=»‡«=·-
•°o.O (Siapa Makan Chylee????) O.o°•
––––•(-• (Kemana chylee ini?) •-)•––––
(¯`•¸·´¯) (Chylee yang busok (¯`·¸•´¯)
··¤(`×[¤ (chylee yang layu) ¤]×´)¤··
—(•·÷[ (tampok Chylee) ]÷·•)—
·Ã¯¡÷¡Ã¯· (Ingatan Chylee) ·Ã¯¡÷¡Ã¯·
·!¦[· (Segarnya IngatanChylee) ·]¦!·
°Âº¤Ã¸,¸¸,ø¤Âº°`°Âº¤Ã¸,¸ (apalahhh Kau niee Chyleee) °Âº¤Ã¸,¸¸,ø¤Âº°`°Âº¤Ã¸,¸
;)°¨¨°Âº"°¨¨°(*)(_.·´¯`·«¤° (Mengapa chyleee) °¤»·´¯`·._)(*)°¨¨°Âº"°¨¨°;)
»-(¯`v´¯)-» (aku suka Chylee) »-(¯`v´¯)-»
°l||l° (chylee yang segar) °l||l°
•°¤*(¯`°(F)( (Jangan Sedih chylee) )(F)°´¯)*¤°•
—¤÷(`[¤* (Senyumanmu chylee) *¤]´)÷¤—
¸.´)(`·[ (Chylee Bahgiakah Kau) ]·´)(` .¸
·÷±‡± (Merahnya Chylee) ±‡±÷
+*¨^¨*+ (Sayang sayang Chylee) +*¨^¨*+

Teringat aku masa mula-mula komputer diperkenalkan...masa tuu guna mainframe...guna bahasa MAPPER... haaa aku suka bermain-main dengan Ascii fail... kalau aku type nama aku sepanjang-panjang autput tuu nama aku lahh...kalau aku taip selamat datang woiii....berjela-jela tulisan nya keluar....itu kalau boss tak ade leh lah print ...terhad lahh konon..kertas komputer mahal....yang paling best bila aku lakarkan potret...fuhh....kelas...ascii akan menterjemahkan gambar aku lakar tuu macam gambar aku....kah kah kah...sekarang niee aku tak simpan lagi selepas aku mengemaskini almari bilik aku.....kertas tersebut dah pun kuning dimakan hari...ade sikit lipas-lipas gigit..dengan ulat-ulat buku... so aku buang aje.. tiada kenangan yang dapat nak digambarkan...sekarang kalau nak carik macam niee lagi jenuh lahh...

Dah Canggih dah...sistem niee pun dah jadi sejarah..komputer jenerasi ke 3..sekarang niee dah masuk jenerasi ke 5...mana lah nak sama kan ...apa yang dihidangkan hari ini dengan dulu-dulunya... best gila masa tuu...sedikit pelajaran yang dapat dari hasil pandai-pandai sendiri tunjuk lagak..dialah orang yang bijak komputer..sikit-sikit kalau masaalah tang komputer panggillah....macam kita niee jadi superwoman yang tahu serba tahu tang komputer... tapi kalau nak bezakan sekarang niee....haaa jangan lahh anggap diri tuu pandai sangat.... orang lain lagi pandai..kadang-kadang kita niee banyak tertinggal dalam beberapa perkara.. bila lahh agaknya kita akan jadi pandai segala-segala tang komputer...soo....gunalah balek ascii fail sebagai kenangan masa-masa dulu....heeeeeeee

Thursday, November 20, 2008

Sebuah Kepergian...

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. (QS. Al-Hadid : 22-23)

Sesungguhnya segala sesuatu adalah milik Allah, dan akan kembali pada Allah
Sesungguhnya setiap yang bernyawa akan mati
Sesungguhnya aku telah kehilangan orang yang ku sayang...orang yang menjanjikan sesuatu kebahagian bersama.... bila ku lihat sepinya pusara mu aku akan berbisik mungkin esok. lusa. atau hari ini aku akan menyusur seperti mu...bezanya kau telah pergi dulu dari ku. Walau apa pun sering juga aku bertanya mengapa Allah mempertemukan kita tapi telah pun mengambilnya dari ku ... tapi sebaliknya aku kerap juga bertanya mungkin kau terpanggil lebih awal untuk kau berihat kerana kau sering mengadu kau terlalu penat menjalani hidup ini. Pengorbanan mu pada diri, menjaga anak-anak buah mu kehilangan ibu dan menjaga ibu yang tua membuatkan kau sering penat dan mengejar cita-cita mu untuk menghabiskan PHD mu... semuga kau rehatlah.. aku disini sentiasa mendoakan diri mu dan melembabkan pusaramu dengan surah yassin dan Al-Fatiha..... Andainya kita sempat hidup bersama mungkin aku akan hadir kepusara dengan anak-anak kita yang pernah kita impikan... kini aku akan sendiri membawa secangkir air untuk kusirami pusaramu....

Ya Allah,
terimalah amal kebajikannya,
ampunilah dosa-dosanya,
terangi dan lapangkanlah kuburnya,
jauhkanlah dari siksa kubur,
mudahkanlah urusannya di yaumil hisab,
terimalah orang yang kusayang di tempat terindah di sisi-Mu
Amiin ya Rabbal ‘alamin.

Untuk orang yang aku sayangi...sempena ulangtahun nya hari ini..semuga kau dicucuri rahmat oleh NYA.... Kau aman disana....Amin...

Monday, November 17, 2008

Sebak Hati ini .. Kemana hendak Ku bawa..




Salah kah aku bila berkata-kata..sedangkan kata-kata yang dipintanya?
Mengapa aku harus mengeluarkan kata-kata itu?
Apakah hidup mu terganggu tanpa kata-kata?
Megapa kata-kata aku ...
Menjadi sebak pada diri ku..

Mengapa aku harus mencampuri urusan hidup orang lain?
Sedangkan dia di keliling dengan orang-orang yang bukan diri aku ini?
Mengapa hati aku meronta-ronta hendak berkata-kata..
Mengapa sebak hati aku ini tak terbendung
Dengan kata-katanya yang belum
Tentu membuat aku ketawa... senyum ataupun sinis??

Mengapa aku jadi sebak????
Aku bukan orang begini..
Aku ingin keluarkan sebak ini dalam hati aku..
Mampukah aku mengeluarkannya
Sedangkan kata-kata itu masih tersimpan
Rapi yang membuat hati aku sebak..
Sebak ...sesebak hati ini....
Yang ingin ku jeritkan pada semua orang
Yang aku punya hati..
Hati ku bukan Pualan..
Yang boleh diinjak2 tanpa
rasa simpati..

Wahai hati janganlah kau sebak..
Kau lemparkan lahh diluar sana...supaya
wajah aku bersinar kembali..
Sebak dihati siapa yang tahu.....

Sunday, November 16, 2008

Cermin ku Retak...

Aku lihat cermin dalam cermin ada aku, dalam aku ada cermin. Jika aku senyum, cermin juga senyum. Jika aku ketawa engkau juga tertawa. Di belakang cermin kosong, tidak ada satupun melindungi aku. Jika aku rendah, yang rendah itu aku. Jika aku tinggi, yang tinggi itu aku. Engkau itu tak lain dari aku, engkau bayanganku..


Tidak aku melihat melainkan wajahku. Jika aku puas, aku warnakan engkau dengan wajah kepuasan. Engkau tidak pernah puas tapi akulah yang puas. Jika ada selain aku, itu hanya khayalanmu. Engkau keliru!..

Cermin dikeliling aku. Aku letak cermin dihadapan meja kerja ku itupun aku minta cermin dari kawan sekerja aku . Untuk memastikan siapa yang lalu dibelakang ku.... Cermin tak pernah tipu...Cermin selalu memberi kata benar. Kadang-kadang cermin meminta aku tidak percaya kebenaran cermin.

Memandangkan cermin tak pernah menipu akan diri ku...memandangkan cermin sentiasa memberi kebenaran pada ku... yang selalu aku mengeluh melihat diri ku... yang agak gempal dimata aku juga dimata orang lain... kerana cermin lah aku cuba memberi ruang untuk diriku biar aku muat dalam cermin.... kadang-kadang kata memedih bila kita marah ..terkeluar kata-kata " cerminlah diri sendiri" ataupun lebih menyakit kan "kau tak pernah cermin diri ke?" mengapa perlu kata-kata itu terkeluar dari orang lain ? sedangkan mereka pernah tak terfikir cermin itu berkata " aku merasa malu mengadap kau yang aku sendiri memberi benar dan tidak benar apa yang kau nampak"? Cermin itu berkata lagi... " walaupun aku bukan engkau tapi aku merupakan bayangan engkau yang berdiri disini memberitahu pada kau ;aku lah diri mu sendiri" ... terima kasih cermin...yang tak pernah menipu.... tapi pagi tadi mengapa cermin ku pengang terlepas...retak... membuatkan gambaran ku dalam cermin tak benar untuk dimenerimanya...kau retak...bagaimana retaknya hati ini bagaimana retaknya cermin ini...itulah gambaran sebenarnya cermin yang kau nak paparkan pada aku..... mungkin esok atau lusa akan ku cari penganti mu ..cermin yang baru kerana kau cermin yang retak tidak mengambarkan aku sebenarnya. Aku mengutip serpihan diri mu cermin tapi apa yang dapat? hanya sejuring luka.. serpihan mu bagitu menguris jari-jariku yang bagitu taat mengutip serpihan mu yang bertabor..

Andainya aku tidak mengisahkan serpihan mu... kemungkinan kau akan melukai kaki ku...kau akan memberi sakit yang berlama-lama yang bakal aku tanggong... jadi untuk tidak lagi melukainya.. aku mengutip satu demi satu..aku teliti demi satu dimana kau persepai..aku amat-amati kau yang terdampar di sudut kaki meja..disudut kaki kerusi..aku mencari serpihan ini...aku ingin himpunkan supaya kau ketumui serpihan mu yang lain dalam tong sampah yang kau pasti kemana arah mu akan ku bawa.. aku tak mungkin lagi menyimpan kau yang tidak memberi makna lagi...walaupun serpihan mu yang kecil dapat memberi gambaran sedikit senyuman ku...tapi tidak sekali-kali aku menyimpan nya...ia sangat menjelikan pandangan... bagitu lahh nasib kau cermin.. bila kau memberi kebenaran pada ku membuktikan itu adalah bayangan ku sebenar.. tapi aku akan humban kau bila kau tidak memberi kebenaran apa yang aku inginkan... kau bawalah kebenaran mu yang aku rasa tidak benar kerana diri mu telah retak seribu..retak mu telah membuat aku merasaikan kau tidak lagi seperti aku kenal yang mana sering memberi kebenaran dari masa ke semasa dalam hidup kau... wahai cermin... maafkan aku kerana aku terpaksa menghumbankan diri mu ke dasar sana.... aku akan mencari pengganti mu yang cantik lagi indah..yang berbingkai dan sentiasa membalas senyuman aku..dan yang sentiasa menangis bila aku menangis dan yang sentiasa memberi apa yang aku inginkan..bila kau kata ok bila aku mengadap mu..itulahhh memberi kepuasan bagi aku untuk menempuh hari yang aku tempuhi.... maafkan aku cermin......

Wednesday, November 12, 2008

Kasih Yang Berlalu








Apakah putikkan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Aku berserah kepada Allah..

Mestikah ada satu pengorbanan,
Sehingga terjadinya perpisahan,
Kiranya itu satu permintaan,
Perlulah kau dan aku merelakan...

Kita hanya insan yang mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Kiranya tiba dugaan yang mendatang
Apakah aku kaukan tinggalkan..

Karam aku di lautan duka,
Bila wajahmu hilang di mata,
Tiada berita mengubat rindu,
Di kala sedu dalam rindu.


Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang.

Aku sangat merindui seseorang yang aku sendiri tahu dia tiada lagi disebelah aku ...disisiku dimana-mana pun...kadang2 dalam tidor ku aku mencari kalau2 kau hadir dalam mimpi ku...tapi itu hanya ilusi aku sahaja..... sekelumitpun kau tiada lagi menghadiri dalam mimpi ku...rajuk kah engkau? ntah lah... hanya tinggal kenangan sahaja.... semalam aku melewati semadi mu...kau bagitu membisu seakan tiada lagi kesan sayu kesan sendu kesan rindu pada ku....mungkin kau telah melangkah pergi sejauh2 nye.... tinggal aku disini bertanya mengapa kau begitu cepat pergi bukan kah kita banyak lagi janji2 kita belum dilunaskan...walaupun apa aku sentiasa kau aman disana...kerana berakhirnya hidup mu aku disini mendoakan kesejahteraan mu agar kau sentiasa di dalam naungan Nya ....Al- fatihah.... buat mu...

Wednesday, November 5, 2008

Mendung untuk siapa....


Pagi semalam hujan agak lebat juga...aku cukup-cukup suka melihat hujan turun dengan lebat... semasa aku kecil-kecil aku gemar pergi ke cucur atap mandi dibawah cucur atap hanya pakai seluar kotok aje...haaa...best gila lahhh rumah aku atap zing...aku biarkan hujan itu berlalu dalam masa 10 minit supaya segala seredak-seredak di atas atap turun barulah aku bersedia menunggu dibawah cucur atap... aku akan menjerit-jerit kesejukan... tak lama kemudian akan diikuti oleh abang aku dan kakak aku...itu kalau emak ayah aku tak ade di rumah....kalau dia ada alamak aku kena belasah lahh..sebab aku yang jadi presiden dalam buat-buat perkara merapu niee... tapi bila aku ingatkan masa lalu kadang-kadang indahnya semasa itu...sedangkan ia tak akan kembali lagi mengamit kenangan..... walauapapun itu adalah imbauan aku mengusik kenangan... hujan bertambah lebat....aku tak larat kalau hujan bagitu lebat kerana memikirkan seperkara lagi...mungkin air akan naik tanpa belas kasihan... tapi aku niee ade sedikit fobia bila mendong berarak...hati aku akan sedih sesedihnya...sayusesayunya sehingga kadang-kadang emosi aku akan terganggu... bila mendong datang hati aku akan turut bersedih... kenapa yee..hati ini tidak dapat nak menahan kesedihan walaupun membabit kan cuaca mendong.... begitulah sedih hati ini...

Walaupun aku tetap menghargai mendong..kerana mendong itu terlalu sinonim dengan katak yang memanggil hujan...haaa tiba-tiba aje katak yang comel itu mendapat tudohan... tapi mendong untuk siapa yeeee.... aku sendiri pun tak tahu nak jawab.....

Tuesday, November 4, 2008

ILMU...


"Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...."

Sejak-sejak kebelakangan ini aku sering macam satu semesti dalam hidup aku...aku perlu membaca sesuatu sebelum tidor..aku tak kisah buku apa..kadang-kadang aku baca majallah yang aku beli setiap kali kepasar ..sehingga habis rm20 aku membelinya..itu tak mencukupi kerana kadang-kadang apa yang ada kat dalam majallah tuu tak lahh apa sangat info cuma ada cerita-cerita mak datin..dato...kalau beli ilmiah sikit ade motivasi itu pun topiknya berulang-ulang... sekarang nie aku buat satu kewajipan beli buku berunsur agama lahh..itu pun tafsiran.. aku suka baca hal-hal yang membuat aku pikir sebelum tidor......apabila aku tertarik baca apa-apa topik aku aku tetap membacanye sehingga aku bawakan dalam sinario hidup aku...

Semalam aku membaca satu tajuk..jangan terlalu komplin apa Allah berikan pada hambanya...memanglah kadang-kadang kita terlalu tak puas hati apa yang aku dapat.... aku sihat...memandangkan ramai yang tak sihat...aku boleh tersenyum padahal ramai diluar sana bersedih.... aku boleh pergi kerja dengan selamat...makan dengan selera....padahal ada lagi insan-insan yang merindui semua itu...sentiasa dalam ketakutan dalam peperangan... apa yang kita perlukan...cuma aku yang tak ada hidup berkeluarga...tapi itu pun aku tak perlu fikirkan...bahkan ada orang tolong fikirkan ...haaaa....aku bahgia dengan aku sekarang...ada rumah untuk aku berteduh.....walaupun sekecil cuma...ada kereta walaupun agak kecil mengikut saiz badan aku...aku boleh membeli belah walau pun gaji aku cukup-cukup makan aje...aku boleh bergurau senda dengan emak ayah adik kakak abang...anak2 buah...sedang ada orang lagi tiada itu semua...

Jadi apa yang kita perlukan dalam hidup....kesejahteraan...emak ayah...kesihatan...kawan-kawan yang sentiasa dikeliling kita...andainya hidup aku tak sepanjang mana...aku tetap bersyukur kerana aku tidak lah menjadi hamba Allah yang tak pernah bersyukur apa yang kau berikan..... setiap malam ku ..aku sering menadah tangan kerana esok akan bermula dan semalam menjadi kenangan yang mugkin sejarah hidup atau berlalu bagitu sahaja.....

Aku juga bersyukur pada Allah kerana aku dapat menjadi aku sekarang dalam kesederhanaan hidup walaupun aku tidak dapat hidup bersama orang yang aku sayang...tapi aku tetap bersyukur kerana aku dapat mengenal pasti ada orang menyayangi aku hingga akhir hayatnya dari apa buku catitannya yang aku baca....sehingga saat akhirnya dia tetap sempat menyampaikan nota2 kasihnya pada aku....itu aku cukup bersyukur kerana Allah yang mengambil dari aku bukan orang lain...

Walaupun hidup ini hanya untuk hari ini yang akan dilanjutkan pada hari esoknya...namun aku tetap menghargai orang-orang disekelilingi aku walaupun orang itu pernah melukai hati aku.... kerana mereka lahhh yang bakal menghadiahkan Al - Fatihah untuk di akhir hayat ku untuk menyejukkan kuburku..

Itulah ilmu hidup yang sangat aku hargai sehinggakan setiap berlaku ada disebaliknya ..cuma kita tak menyingkap rahsianya disebalik peristiwa itu......

Sunday, November 2, 2008

Ku renung lagi masa semalam, hari ini dan bakal menjelang...


Sehingga hari ini..aku pun tak paham apa yang patut aku lakukan untuk diri sendiri dan untuk orang sekeliling aku.... Kadang-kadang aku terlalu sayu melihat kan hari-hari lepas bagitu sahaja tanpa melakarkan apa-apa pun peristiwa..

Kalau hari ini aku belajar satu benda... besok aku belajar satu benda lagi....lama2 ilmu aku banyak...banyak ilmu yang perlu dalam hidup ini... berkawan berilmu pun kena tahu jugak....kerja dengan berilmu... makan cara berilmu pun boleh jugak...

Aku kira hari ini aku macam tak adil pada diri aku... sedangkan ade beberapa yang perlu aku buat.. ape yee... hari ini aku macam tak selesa lahh dengan keadaan sekeliling..mungkin kerja macam ade dengan tak ade...

Tadi tengok meter kereta macam nak kena service aje... duit lagi tuu.. aku sekarang try nak berjimat.. tapi semakin berjimat semakin banyak pulak cekadaknya...

cam ne ekk....

Friday, October 31, 2008

Aku suka cerita ini.....

Cinta Tidak Memerlukan Sebab...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..


Thursday, October 30, 2008

Awak Kawan Kita Tau.....


Apa erti kawan? aku pun tak paham tengtang kawan; Bila kita baik dengan seseorang adakah dipanggil kawan? Mana lebih penting kawan dengan sahabat? Tentu lebih sedap dipanggil kawan; kerana bagi aku kalau kawan tuu susah senang dia tetap bersama dengan kita... dia tidak berkira dengan kita... seolah-olahnya dia umpama tangan kiri kita yang sering membantu bila tangan kanan tidak mampu mengendalikan sesuatu...

Pernah aku rapat dengan kawan jantina perempuan ..tapi bila rasa kecil hati, rasa jauh hati..maka kawan tuu melangkah pergi.. tanpa mengetahui sebabnya... Jika aku rapat dengan kawan jantina lelaki pulak gosip nya menjadi satu issue... adakah kawan tuu adakah batasan nye...kalau dia selalu menitiskan airmata kita..bukan nama kawanya tapi itu tidak lagi dinamakan orang kiri kita... kadang2 nak panggil dia sejati atau tidak macam tak logic... mengapa perlu kita didunia ini berkawan.. sedangkan kawan tuu akan melangkah pergi juga bila dia mempunyai urusan hidup perlu diselesaikan... adakah dia perlu dipanggil kawan sedangkan jarak kawan dengan kita adalah dekat... tapi bila dah jauh bukan dinamakan kawan lagi..mungkin dia telah jatoh dinamakan sahabat......ntahlah...kawan...dimana kah kau...kau akan melangkah pergi meninggalkan aku... namun perlukah kita dinamakan kawan?

Tiada apa nak cakap...berpaling lahhh...





Jjika seseorang menyakiti kita,

tulislah tentang kesakitannya di atas pasir,

supaya tiupan angin kemaafan bisa memadamkan keperitannya…

tetapi, jika seseorang berbuat baik kepada kita,

ukirlah tentang kemanisannya di dalam hati,

supaya tiada apa yang bisa menghapuskannya…





Tiada apa yang hendak dikatakan...berpaling lahh..kerana aku tidak mahu memandang belakang lagi..
Tiada apa yang hendak dikatakan... diam ajelah..kerana itulah pilihan mu..
Tiada apa yang hendak dikatakan... pandang ajelah..kerana bukan lagi cerita dahulu lagi..
untuk disambong sebagai satu cerita dari awal hingga akhir...
tiada lagi peluang kedua dalam hidup ini...apa yang datang satu peluang untuk diambil walaupun satu
adalah jawapan yang banyak dikatakan...

Tak pelah... kerana apa yang dilihat sekarang bukan lagi untuk berpaling lagi... Tapi adalah syarat
untuk menapak satu lagi... ape-ape pun aku bukan lagi untuk bertanya..tapi aku hendak memberi jawapan
yang aku tak lagi berpaling....yang aku tidak lagi berdiri di garisan ini lagi...aku akan memandang kehujung
mataku kerana mata ku berkaca-kaca untuk memastikan pedihnya cahaya mu dihadapan...


Wednesday, October 29, 2008

Apa yang tinggal....

Apa yang tinggal... aku pun tak tahu.. tapi aku rasa hairan...ramai yang minta maaf dari aku..apa dosa dia orang pada aku yeee... masing-masing membisikan pada telinga aku minta maaf kerana selama ini aku banyak burok sangka pada aku....

Aku terkedu sekali..patutlah aku rasa gelisah ajeee..dan mata aku bergerak2 kekanan..kata orang tua-tua...dahulu..menandakan orang dok mengata atau mengingati..sama banyak maknanye..

Kadang-kadang aku tak dapat nak membendong airmata aku sendiri kerana aku membuatkan mereka banyak berfikir diri aku....tak pelah mungkin aku niee jenis tak suka bertanya apa dia orang kata..betul ke...itu semua atas diam dan diam sejak kebelakangan aku nie...

Aku merasa bertuah juga pada kawan-kawan aku hadir kerumah aku meraikan aku...ramai yang tak sangka yang hadir turut hadir.... memang mereka sudah lama hendak kerumah aku dikampung tunggu dan masa sahaja...

Aku juga mengucapkan ribuan terima kasih juga pada kawan-kawan aku memberi hadiah berbagai-bagai semasa aku konvo...terlalu mewah aku mendapatnya sehinggakan brouse pun banyak gak.. terima kasih..

Tuesday, October 21, 2008

Pulangkan dompet ku yang hilang...


Semalam dia masih berada disisi aku.... aku masih lagi mengisi apa-apa yang penting dapat ku himpunkan secara peribadi.... Tapi kini tiba-tiba aku tersedar dimna dompet aku tidak lagi bersama aku. Aku mencari-cari kesana-sani untuk memastikan adakah pasti hilang atau aku salah letak. Aku mula jadi resah... kenapa dompet ini lenyap dalam gemgam ku... mengapa boleh hilang? cuai kah aku? Aku dudok termenung dan air mata aku berlinang... dalam diam aku menjadi penghiba...dimana aku akan cari dompet aku... siapa yang mencurinya? Tidak cukup kah jagaan ku terhadap dompet ini.... Dompet ini masih baru dalam hidup ku. Baru 6 bulan bersama kemana sahaja akan sentiasa bersama aku... Masih belum sempat aku meletakkan beberapa isi penting yang patut ku isikan dalam dompet ini..... tiba-tiba hilang... dompet kenapa kau pergi bagitu sahaja dalam hidup aku...sudah ku membuat report ke polis... siapa polis dalam pencarian dompet ku? Dia kah aku patut beri tanggunjawab mencari dompet ku ini? Sedangkan dompet ini masih membisu tanpa beritu.... Duhai dompet kau dengan lahh rayuan aku..kau kembali lah pada aku semula..kerana kau sangat-sangat penting di sebalik lipatan-lipatan dompet ...

Pulangkan dompet ku hilang......

Monday, October 20, 2008

Segulong ijazah ku gegam


Sudah berakhirnya usaha aku untuk mendapat segulong ijazah.. semalam berlangsungnya konvo ke 32 . Emak, Senah dan mimie turut menghadirikan diri dalam konvo tersebut. Sekali-kali aku terasa hati ini jauh sejauhnya ntah kenapa. Kenapa yee...

Aku tahu .. tahu jawapan..tapi aku enggang mengatakan aku tahu kenapa aku jadi begini. Sekali-kali aku nyerla air mata aku menitis ntah bila ia jatoh. Patut kah aku menghiba sedangkan itu bukan ketentuan aku.

Aku melangkah pergi mengambil ijazah dengan debaran ... apakah aku kah itu..?
Ya.. sememangnya aku lahhh itu... wahai hati berhenti lah menghiba kerana bukan kah kau patut gembira dengan alunan irama dan lagu. Carilah kebahgian dicelah-celah kedukaan ini kerana ia adalah baik untuk mu yang tidak tahu rahsia Tuhan terhadap hambanya. Aku masih berdiri dikaki langit yang merah melambai cerita hari ini untuk menjadi cerita semalam. Ya semalam berlalu sedangkan aku masih lagi mengerti mengapa .....tanpa aku sedar hari ini sudah pun berlalu dengan semalamnya..dan semalam nya...

Sunday, October 19, 2008

Hati sayu di Hari KONVO ku...


Hari ini aku konvo.. bukan mudah aku nak menyudahkan study aku yang penuh dengan dugaan Allah... ingin aku memaling kebelakang..namun aku tidak mahu lagi menitiskan lukaku dengan titisan kasturi... cukup memedihkan... namun kejayaan aku ini merupakan aku dapat walaupun tersenggok-senggok.. kalau tak kuat semangat aku yang lemah ini sudah pasti aku kecundang ditengah jalan.. .. segala dalam hidup aku terlalu lambat untuk mendapatkan harga sebuah kejayaan ..sebuah kebahgian... aku redai segalanya..Allah tidak memberi dugaan kalau hamba nya tidak mampu menempuhnya... mampu kah aku? kuat kah aku? semuanya aku soal ..aku jawab...lepas tuu aku mengeloh... kenapa aku mengeloh sebab aku tidak termampu menahan sebak di dada... aku ingin menjerit...dan meronta supaya hidup aku tidak lagi terbelungu dengan dugaan Allah.... hari ini aku mendengar kabar gembira dari orang yang baik terhadap aku... dia akan melangkah pergi untuk mengejar kejayaan yang selama ini dinantikan... aku rasa kehilangan...tapi hilang kenapa? hilang ke? definasi hilang terlalu luas untuk di cakapkan...tapi bukan kah aku biasa dengan situasi kehilangan... mudah-mudahan aku tidak hilang dari ingatanya....setakad bila????

Kaki ku melangkah lagi meninggalkan hari semalam... semalam tidak sama hari ini... esok rahsia Allah.. cuma aku berharap agar aku mampu lagi dan bersedia menerima apa jua Allah berikan dugaan kepada aku. Aku masih berharap dan berdoa dan sentiasa berdoa... linangan airmata aku ini bukan untuk sedih yang aku biasa lakukan...ia adalah satu kesyukuran dan kebahgian Allah berikan pada ku..

Thursday, October 16, 2008

Aku ada hak untuk berkecil hati....




Semalam dan sebelum nya aku kerap jauh hati dengan orang-orang sekeliling aku...Mengapa? Tidak ku ketahui.... Hari ini dan juga dengan hari-hari yang sebelumnya, aku begitu mudah terasa hati. Tak kira apa pun... sedikit sebab saja aku sudah rasa tersinggung dengan kata-kata mereka di sekelilingku, walaupun mereka tidak bermaksud untuk berbuat demikian. Oh Tuhan, petanda apakah ini?

Sudah tentu aku memaafkan mereka. Aku ingin ketawa tapi tawa ku terkedu... aku ingin menyanyi riang tetapi nyanyian ku hilang temponya...aku ingin menangis tetapi sebak ku telah sebati dengan naluri ku.... seolah-olah berpakat jangan kau hancuri hati-hati yang telah sedia sedu.

Aku inginkan sesuatu dalam hidup ku kekal dalam hidupku tetapi aku sendiri tidak kekal dalam dunia ini... aku ingin gapai sesuatu yang membahgiakan namun aku tahu itu lah satu-satu larangan yang dicipta oleh mereka-mereka sendiri.

Aku yang semalam dan aku yang hari ini masih lagi menenun kesedihan aku dalam gulongan corak yang bagitu abstrak yang aku sendiri tidak dapat mentafsirkan... hanya tiba-tiba sebak tidakkah kau tahu? tidak kah kau peka? tidak kah kau mengerti dalam diam airmata ku jatoh kelubok hati ini tanpa disengkal lagi. Airmata aku tidak sudi mengalir kepipi ku ini dan kadangkala memaksa aku menghipokritkan diri ini sesuatu yang benar mengatakan menidakkan......apakah aku yang semalam? atau aku yang hari ini cuba menzalimi jiwa raga aku sendiri dengan perkara tersengkang di mata sekelilingnya......

Mata aku berkaca lagi..... yang entah bilanya ia akan jatoh ..menyukarkan pandangan aku......
Kadang-kadang aku ingin menghadiahkan diri aku sendiri sesuatu yang begitu mahalnya yang petapa aku sukar aku perolehi.....Kadang-kadang aku ini seakan memaksa aku diam dan berdiri di ozon aku dan juga memaksa aku menjadi bukan aku sebenarnya.....

Wednesday, October 15, 2008

Ayat-ayat ku

” Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu mega merah dikaki langit... Aku tidak akan pernah menangisi kepergianmu, kamu telah meninggalkan kami semua , pergi dan tidak akan kembali lagi. cuma aku menagisi cerita yang dalam peristiwa lalu membuat aku menangis..hari-hari berlalu adalah mencatat peristiwa sengal dalam jiwa aku niee..”

“Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban, maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan meresahkan diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku tidak akan memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu ; esok adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada sesuatu pun darinya yang dapat disebutkan.”

"Mungkin masa akan datang cerah...mungkin masa akan datang gelap...rahsia...itu masih tersimpan rapi di tangan Tuhan.... Tapi mengapa kau masih bercanda dengan masa akan datang? Sudah kah kau tahu apa bakal berlaku? Aku sesak nafas dan sehingga aku ingin mencari extra oksigen yang mampu menghela nafas ku tanpa tersekat-sekat.... Apa usaha kita adalah jawapan terbaik untuk kita ... bersangka baiklah dengan janji Tuhan...

"Wahai hati-hati yang risau... percayalah pada ayat-ayat disana... ayat yang menjanjikan sesuatu yang bahgia.. sesuatu gumbira.....hanya satu untuk kau tahu ...doa di malam tahajud aku..doa lembabnya tapak tangan ku agar khabar gembira itu akan pasti singgah di masa-masa akan datang hidup mu...."

" Dirimu sangat bernilai pada orang-orang disana... " Hargailahh... semahal-hal harga letaknya dirimu..kerana mereka masih segan pendirian mu yang penuh dengan keunggulan"

Kenapa Dia Bersedih????

Kenapa dia perlu bersedih? Adakah sedih macam aku bersedih jugak?
aku pun tak tahu sedih nya bagaimana...sudah aku bagitahu bersedih lahh apabila kejadian
itu sudah berlaku...Tapi dia tetap nak bersedih jugak sedangkan sedih nya itu belum terjadi..
Puas sudah aku katakan kejadian akan datang adalah rahsiah Allah kepada hambanya..
pun dia tetap nak bersedih...

ntahlah setahu aku sering bersedih memandang kebelakang...tapi dia nak bersedih memandang kehadapan...... itulah dia...yang aku kenal sesesesingkatnya....

Tuesday, October 14, 2008

Akhirnya aku berjaya ke puncak...

Bila aku kenangkan masa lalu ....akan menitis air mata ini mengingatinya.... terlalu perit aku nak ceritakan bagaimana aku meraih kejayaan ini dengan keadaan tergapai-gapai tanpa dorongan dari mana-mana pihak... Aku merahsiakan yang aku mula belajar pada keluarga aku kerana aku takut hangat-hangat aje pada awal...nanti bosan aku akan berhenti sekerat jalan.... aku tak mahu akan benda-benda ini. .. jadi bahan gurauan. Tapi awalnya semangat aku hanya pada Ajie sahaja....dia yang sanggup menanggong segala kos pembelajaran aku. Tiap2 bulan dia akan masukkan rm300 dalam akaun aku untuk beli buku katanya..lain-lain nanti akan menyusor...sebagai menggalakkan aku belajar terus. Tapi segala nya bertahan untuk semester 2 sahaja..... tiba-tiba aje kau pergi meninggalkan aku bagitu sahaja membuat aku lemah tak bersemangat.... aku tak dapat meneruskan pengajian aku buat selama setahun..aku tanggoh..aku dalam berduka, aku sedih, kadang-kadang rasa tak adil bila nasib aku sebegini jadinya.....

Aku jadi muram, tak mahu bercampur, aku jadi pemarah, terlalu mahal senyuman aku pada masa itu, aku jadi seorang yang tak menghargai diri... aku jadi kosong ntahlahhh....Sehinggalahh aku tersedar dari mimpi sedih aku .... siapa nak ubah diri aku kalau tak aku.... semua kawan-kawan tidak memberi apa-apa bantuan hanya mengatakan aku niee tak terima kenyataan... aku bangkit... aku menyusun semua strategi hidup aku..aku menyambong pembelajaran aku yang terbekalai..... aku berusaha dan nak teruskan cita-cita aku.....

Hari ini aku rasa sedih dan sayu mengambil jubah untuk konvo...dalam hati ini kalau aku tak teruskan dahulu mungkin aku tak dapat merasa petapa megahnya jiwa ini...aku melipat jubah konvo ku dalam bag seolah-olah aku melipat kenangan sedih aku dalam perjalanan hidup aku ... andai Ajie masih ada hayatnya sudah tentu dia akan bersama dengan aku.... ibu ayah aku pun turut berbangga dengan kejyaan aku ini walaupun dia ade bertanya dengan aku bila study? Dah bayar ke yuran ....pakai duit mana? Haaa... payah aku nak cakap bagaimana aku boleh buat macam ini tanpa diketahui oleh ibu ayah aku.... Ayah aku tersenyum bila aku menggayakan baju konvo depan nya..... tapi berlahan cakap abah tak dapat nak sama sebab abah kurang sihat.... orang yang aku sayang yang sudah tentu tak ade didunia sudah tentu tak hadir...tapi orang yang aku sayang..yang masih bernafas....pun kata tak hadir melihat kejayaan aku... tapi sebenarnya aku nak kongsi dengan siapa yeee???????? Kalau kawan menangis tak ade ..tapi kawan nak ketawa kegembiraan pun tak ade jugak?????

Sedih ekk...balik niee aku nak pujok orang-orang yang terdekat dalam hidup ini hadir dalam majlis konvo ini.... aku nak jugak....kalau tak ade jugak heeemmmm berapa lagi tempayan airmata aku akan menitis yeee.......sehinggalah aku berhenti mengharap.......aku masih lagi memengang kad jemputan 6 keping...haaa terlalu banyak aku dapat dari kawan-kawan aku yang mengenali aku di kaunter penerimaan jubah... pada siapa kan ku beri.....jika jawapan nya adalah sama....tak dapat cuti....tak sihat...sibok...penat tunggu lama...ntah apa-apa lagi alasan nak buat...

Tapi aku pun kena faham bukan semua orang boleh meluangkan masa untuk diri kita yang tak punya apa-apa yang dibanggakan....kalau aku niee yang orang gah..dimata keluarga ku..atau teman-tman lain dah tentu aku di utamakan...tak pelahh kalau tak ade siapa-siapa pun aku tahu di dewan tuu ramai orang ...semuanya mereka mempunyai niat yang satu meraikan kejyaan orang-orang tersayang.... anggaplahh mereka itu pun sama meraikan kejayaannya....

Semalam aku mencuba baju..dan kasut..kasut niee banyak pulak ceritanya...iye kasut konvo....dengan siapa aku beli kasut ini yeeee??????

Monday, October 13, 2008

buah fikiran merentap

Buat fikiran aku merentap

Apa lagi yang aku cari dan mahukan dalam hidup, jika aku sudah merasakan ketenangan dan kelapangan, bukanya itu suatu makna besar dalam kehidupannya, bukankah itu hadiah dah faedah yang diraih tanpa pernah diduga dan diminta......

Kongsi Perasaan Anda


Kongsi Perasaan Anda

Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan

Kenapa seseorang memendamkan perasaan

  • Malu
  • Takut menjadi bebanan kepada orang lain
  • Terlalu peribadi untuk dibincang
  • Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
  • Bimbang akan reaksi orang lain
  • Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
  • Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
  • Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja

Bagaimana mengendalikan perasaan anda

  • Ketahui perasaan anda
  • Luahkan perasaan anda
  • Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
  • Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidp, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain

Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan

  • Merasa lega
  • Mengurangkan tekanan
  • Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
  • Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
  • Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda


Banyak perkara nak berkongsi..tapi aku macam x suka nak berkongsi apa-apa pun perasaan dengan orang lain. Contohnya aku merahsiakan baik ku dengan Ajie selama 6 tahun aku berkawan sehinggakan kawan sepejabat aku cuba meneka siapa gerangan Ajie niee...menjadi teka teki dalam hidup kawan-kawan ku. Aku pun tak tahu mengapa aku perlu berkongsi perasaan dengan orang lain sedangkan terlalu peribadi. Tapi jangan Ajie semua orang nakdi beritahunye....tapi itu dikalangan kawan-kawannye yang tak pernah bizy body...tak pernah mempertikaikan aku dengan dia tak sepadan lahhh...memang betullahh masa tuu aku jawatan tak setaranya berbanding dengan jawatannya yang bagitu gah dimata orang....tak kenalahhh..memanglah masa tuu aku niee lawak sikit....pakai skaf... kurus cekeding....yang lawak tuu pulak pakai braces...haaaaa..... kalau nak dikira Ajie hisss...hadsome, ala-ala pelakon korea gitu..kadang-kadang membuat aku rasa suka rindu sesangat bila janggutnye kemas rapi..... Bila aku kata padanye aku minat sangat orang berjanggut......jarang sunggoh dia membela janggut...ntah mengapa aku pun tak tahu... mungkin dia tak suka aku suka janggut dia aje kot..
tapi itu tinggal kenangan aje...terlalu banyak manis kenangan bersama nya...bila aku menemannya dalam kuliah nya...seolah2 aku nie pelajar nya..kalau aku tak attend alamak muncung dia boleh ikat...pernah aku katakan mengapa perlu aku ada dalam hidupnya...dia kata aku niee lain dari yang lain...ape yang lain..?????? kenapa lahh aku terlalu mengigatinya... mungkin aku terbawa-bawa semalam aku menziarahinya dipusaranya yang sepi lagi shaydu....sempat aku berpesan dengan penjaga disitu minta selalu membersihkan pusaranya dari daun-daun kering sambil aku sedekah untuk ucap terima kasih.....tetapi penjaga tu mengatakan walaupun pusara kawan awak dibawah pohon yang rendang lagi sejuk...tapi tak pernah pun daun jatoh berlonggok di pusaranya......mungkin dengan doa awak membuatkan daun ini turut memberi kerjasama menjaganya...sambil tersenyum.

Kadang-kadang aku ingin berkongsi rasa berkongsi perasaan tentang hati-hati yang dirundung... tapi aku ketemui kawan-kawan yang tiada perasaan untuk berkongsi rasa berkongsi sedih yang tega....balik-balik aku jugak yang mendengar pemasalahan mereka... macam-macam masaalah aku dengar.....seolah2 kalau diberi peluang untuk kali kedua mereka akan kembali hidup sesudahnya... aku ingin hidup yang boleh aku senyum sentiasa...yang boleh aku menghidu udara bersih... punya hati dan persaan yang bersih.... sentiasa mendoakan kebahagian dan kesihatan orang sekeliling aku.... tapi yang pasti aku mahu memahami hidup ini ..aku diminta, didesak, dikutok..supaya jangan sekali-kali menyayangi orang ...itu lahh perkara yang terlarang yang selalu didesak dalam hidup aku..kenapa yeee..dosa ke? hari ini aku masih lagi dihujahi dengan berbagai-bagai persoalan......mengapa...perlukah? sedar tak? mampu kah? semuanya nak mengambil tugas Tuhan......... aku masih lagi berdiri dititik, digarisan, yang menghadkan aku untuk melangkah kebahagian aku yang mana terlalu jauh-jauh sejauhnya yang kata mereka aku tak perlu digapai........ehhhhh....ntahlahhh.....apa-apalah....yang aku tahu aku merindui remang petang...senja dikaki langit....datang menghampiri siang...walaupun sekejap namun membahgiakan...aku akan mencari senja dikaki langit....

Sunday, October 12, 2008

Kemalangan Kecil ku....

Ntah ape tah aku terlalu cuai..mengalami kemalangan kecil semasa raya ke 2...tak sihat sunggoh masa tuu...dok merap dalam bilik menahan kesakitan...ramai jugalah tetamu yang hadir...semua tanya aku kerana sajian masa tu ala2 kadar tak ade yang mengenyangkan. Apakandaya aku tak boleh melakukannya..... Sehinggalah jam 5 petang aku tak dapat menahan kesakitan menanti adik ku pulang dari kampung baharu lahh dapat rawatan di KPJ....mahal mak datuk...habis bajik aku nak beli baju konvo... 5 hari aku mendapat rawatan di sana memandangkan cuti perayaan tiada klinik panel yang buka...

Aku rasa terima kasih pada JMdR datang merawat aku..kebetulan baru balik dari Sweden membawa ubat untuk ku setelah aku mengadu aku sakit. Sesunggohnya dialah penyelamat masa tuu..sehingga sekarang aku rasa terhutang budi pulak dengan kesunggohan nya menjaga aku dalam keadaan tak berupaya.... aku tak mahu menyusahkan keluarga ku yang selalu simpan ape kepayaan hidup aku..tapi ntah mengapa bila aku dalam keadaan terdesak aku terus mengghubunginya...alhamdullillah aku dah kembali sihat...bahkan seperti sedia asal.... aku bersyukur atas pertolongannya...

Wednesday, September 24, 2008

Baju Abah ku hadiah raya...

Dah sekian lama aku melihat baju panas Abah bagitu lusoh yang dipakainya...dia kata bertambah lusoh bertambah sdap pakai..... tapi aku dah segan tengok dia pakai cam tuu...siku dia dah koyak...kesan benang yang putus-putus, lepas tuu ade kesan rabek kat poket ..namun dia masih pakai... aku memang bangga dengan apa yang aku berikan pada abah guna sampai habis..kali ini raya aku belikan dia baju panas ...warna agak gelap pilihan Ma ... terima kasih kerana turut mencari pakaian yang aku carikan...sehingga tiga kedai..baru dijumpai... kadang-kadang terasa lah beri tekanan padanya...dan beban untuk mencarinya....dari segi raut wajah nampak keiklasan ok kot....itu andaian aku..harap-harap macam tulahh... aku memang beli agak besar sikit ...tapi sejak kebelakangan niee abah agak susut sikit badannya...katanya kurang makan..tapi aku tengok ok je makan... perasaan kot dia dah kurus...harap-harap dia suka dengan apa yang aku belikan... untuk dipakai menyambut kehadiran tetamu...tidak lagi memakai baju yang lusoh walaupun di dalamnya baju baru...

Tinggal lagi baju emak n adik aku yang sorang tuu... x pelahh aku carik tudong ke blause bajek untuk mereka berdua ada lahhh...memang nak cariklahh...tang aku ...heee aku nak beli appron dengan 2 helai blouse yang agak ranggi sikit untuk ku pakai memasak di dapor....aku suka bila sepupu aku datang bergurau dengan aku... " buk ada permit?" kononnya aku niee bebek kat umah lahh ..jadi tukang masak...kadang2 bengang gak..tapi dek kerana raya...senyum sampai ketelinga lahh..mana lahh nye rumah aku jadi tumpuan sedara mara ....sampai tak ade tempat nak parking kereta...semua pakai baju raya aku pakai apron ..mana letaknya rasional nya tuu...haaaaa....nak buat macam mana..aku aje yang tak sibuk dengan anak..laki...mentua...balik2 aku...tapi aku gembira sebab semuanya masakan aku habis dimakan....mungkin aku nak buat kelainan di hari raya niee....aku akan gie soping untuk 4 hari raya aje..
hari pertama aku nak masak....ketupat , rendang, kuah kacang, kuah lodeh....syarat wajib lahh...elektif masakan aku nak masak.... mee hon yang mana pakitam aku suka makan sehingga dia kata datang kat umah niee perut kosong semata2 nak makan meehoon aku...lepas tuu aku tambah laksa kot yang mana emak aku suka n sepupu aku yang datang tak reti2 nak balik.... untk raya kedua aku nak buat mee sup dengan dengan laksa kot.....(syarat wajib untuk emak ..dia memang tak jemu2 makan laksa aku buat...) raya ketiga aku masak mee kari untuk keluar adik dengan angah aku ..wan..sopi ngan ein..five ...memang menanti mee kari aku....last lagi aku tunggu tetamu datang lahh....baru masak.....selalu nya kawan2 adik aku yang datang...lepas tuu bermula aku nak puasa 6...jangan harap lahh aku nak kedapor.......tapi aku risau niee takut diet aku rosak......aku gemuk sebab dok merasa makanan.....cam ne ekkk aku nak memantance kan saiz badan aku ..yang mudah gemok nieee.......masaalah masallaahhh................