Sunday, August 24, 2008

Akhirnye pergi MAHA lagi...


Aku teringin nak ke MAHA... tiba-tiba anak buah aku call dia orang nak ke MAHA tapi tak reti nak pegi..so aku tengah dok golek2 atas katil bingkas bangun bersiap dan dia orang janji tunggu kat Masjid UPM... sememangnye bukan gairah nak pegi tapi nak penuh masa lapang aku jee...setakad tengok sayor biasa lahh tengok kat Tesco, pasar tani, pasar pagi...tapi nak gak pegi... aku dengan 5 orang anak buah aku naik trem...hee..kelakar kata Five itu bukan trem itu traktor... aku dengan Anor bertekak jugak..dia kata nak pegi tengok lembu..aku kata sementara panas niee elok kita rayau dulu kat Bazaar... haaa aku menang...sebab aku dah tahu sikit2 selok belok masa pegi dengan MA.... dia nie pun satu...x nak jalan bila dah sampai... penat pujok...nak buat macam orang dah tak nak...


Kali niee pun macam niee aku ingat relek jee santai-santai..tapi x leh jadi Qistina nak berdukong lahh pulak...berat tuu badan dah debab...lama-lama 2 jam ronda-ronda aku dah mengaku kalah..penat lahh sebabkan Qis nak berdukong..Anor langsung x nak pengang adiknye hilang jelita kononnye...dah ade dua tiga orang doktor2 yang kenal aku sangka anak aku....aahhh belasah ajelahh....sakit perut c Dilla ketawa....sebab dia pun turut berlakon panggil aku mama...apelahh punya anak buah aku nieee....


Seronok memang seronok tapi panas...aku tak lahh jalan semua..sebab nak pegi dia orang sibuk nak pegi umah abang ade doa selamat...heeee selamba pegi makan...x lahh nak rasa bersalah untuk membantu masak kee...tapi memang sepatutnye kena buat macam tuu..dia orang biasa buat macam tuu...heee aku tak pegi sebab penat gila..baik aku tidor .....lagi best gila......

Kiranye MAHA akan berjumpa 2 tahun lagi ...yang entah ape2 lagi teknologi yang dipapirkan...layan ajelahhh....

Thursday, August 21, 2008

Ingin Melompat Lebih Tinggi...



Semalam aku tersenyum lebar2.... aku telah tersenarai konvokesyen bulan Oktober... sebelum niee aku cuak jugak takut tak lulus senat..sebab ramai kawan-kawan sangkut.projek tahun akhir tak lepas....aku takut aku x tersenarai... Alhamdullillah.... aku melonjak suka.....alangkah bahgia kalau Ajie ada disaat-saat ini..kalau lahh dia tak membakar semangat aku untuk belajar tak mungkin aku berjaya sebegini... mengapa lahh kau pergi terlalu cepat sebelum melihat kejayaan aku...



Namun aku dapat berkongsi gembira bila Ma turun ada melihat aku gembira...memang aku suka..bukan ape...aku sebenarnya dah terbeli kasut cantik kononnya nak naik pentaslahhh tanpa menunggu senat lulus....heeee malu aku dengan Ma... kalau tak tersenarai...penat dia meneman aku keliling pasaraya mencari kasut aku..bukan alahhh alahh kasut tuu...



Baju pun aku dah beli warna merah nak sama dengan jubah aku...warna meroon...aku nak mintak pass masuk lebih dekat bhg akademik..aku nak ajakabah, emak, kakak ngan adik aku...tapi aku tak lupa pada Ma... kalau dia nak lahh..mana lah tahu satu yang memenatkan dalam dewan.... aku tak paksa kat dia..tapi aku kecik hati kalau dia tak hadir...ntah ape- apelahh...sebab aku rasa emakayah aku tak berapa sihat...silap2 aku sorang-sorang ajelahh tiada yang berkongsi kegembiraan aku......sedih ekk...
Akhirnya aku berjaya juga menghabiskan pengajian aku...walaupun aku telah patah semangat dengan kepergian Ajie buat selama-lamanye...Alfatiha untuk mu...... jika kau masih hadir dalam hidup aku kau dan anak-anak kita akan turut hadir...tapi itu bayangan aje....Allah menyayangimu...mengambil kau dari aku...



Terima kasih pada Ma kerana berkongsi kegembiraan aku ini walaupun aku rasa ia akan singgah sementara sahaja dalam hidup aku..namun aku bersyukur kerana masih ada insan yang boleh menjadi telinga, menjadi mata, menjadi peneman aku dalam segala situasi...terima kasih sekali lagi.....Ma.....

Wednesday, August 20, 2008

Aku kalah dengan sebaris ayat.....


Ditubir mata itu
kandung citra titis air
lekas-lekas disembunyi
dikerlip-kerlip
didongak tinggi

Ditubir mata itu
sekolam air tergenang
menitis laju
ditakup-takup
dipejam rapat
Jangan lahh kau menitis
kerana aku perlu kuat
dengan sebaris ayat
membuatkan aku terkedu..
tersintak...mengapa ?

Tapi ku sengkang juga mata ini
Namun dia menitis..
Alaahhh... aku tak sekuat mana.
Bila kah kata-kata itu
akan hilang dibenak otak ku



Semalam hari sedih aku...tapi aku buat-buat x sedih...tapi memang sedih...tidak boleh ku buat-buat......sedih sangat ...

Monday, August 18, 2008

Kereta ku rosak konon nak barulahh...


Haaa....minggu lalu oleh kerana kebengangan aku dengan kereta aku tiba-tiba buat hal....aku mengambil keputusan kononnye nak tukar kereta lahhh..heeee....first sekali try uji pandu Nautica lahhh..best jugak..yang pandu bukan aku...apelagi kalau tak Ma... best gila..tapi mahal mak datuk....
Bila difikirkan aku niee buat hutang lagi...gaji x seberapa tapi ade hati nak beli kereta yang mahal..tapi dapat lahh merasa naik nautica...bukan ape tak lahh termimpi-mimpi lagi... Kemudian try pulak honda city..pun macam tuuu...cita-cita nak beraleh arah...bila ditengok aku kena bayar balik kat bank..lepas tuu kena beli baru...baik x yah lahh...Ma kata pakai ajelahh kereta yang sedia ade...so masaaalah lain pulak..cina workshop tak buat sangat betul-betul kereta aku...bunyi sana bunyi sini..habis jugak duit bulan niee dengan kerena kereta aku...Namun macam tulahhh dah selama niee kita pelanyak kesana kemari...habislahh kan kan.... cuma silap sikit aje aku lupa tengok2 air ..itu yang buat kering..n panas..kebocorang kat injin berlakau..itu yang berasap...mengikut kata China tulahh...kalau tipu dia..tipu lahh aku.......namun tak sepatut aku try mencari yang lain...apa-apa pun aku tetap bershukur bila kereta itu masih berkhidmat dengan ku... kasih sayang ku tetap kukuh..walaupun dia telah cuba menduga aku dengan kerena mogoknya..... terima lahh dia seadanya.....

Sunday, August 17, 2008

cinta sejati langit dan laut


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka salingmenyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya lautterhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebabsangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warnalaut.


Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langitmendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidakmenjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terusjatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentusahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanyamahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputusasa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkandirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengahdi antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langitdan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Lautmengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggupandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Laludatanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit danlaut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkanawan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga iatidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagiuntuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasaterseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadaplangit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapatdipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizonyang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran


Monday, August 11, 2008

I'm Yours




I am Here because of you....

You are here because of me

It is absolutely irrational

but truth is truth........

Thursday, August 7, 2008

Kekasih ku meragam


Aku minggu lepas..siap ku belai dan belek-belek badannya yang selama ini ku hanya ku hantar ke spa saja untuk bersihkan...Entah mengapa aku membeli semua kelengkapan mandian jenama best tuu amway yang merabakkan duit poket ku semata-mata untuk membelai kekasih ku ini.... Namun rupanya belaian ku dibalas dengan perangai meragamnya... semalam 7 ogos..tiba-tiba semasa nak sampai ke tol kekasih ku terbatuk tiba-tiba dan terus terdiam..aku panik... tak tahu tak nak cakap apa... aku hampir nak nagis tapi aku selalu berdoa padaNYA .. andailah kekasih ku ini meragam permudahlah urusan nya. Allah memakbulkan doaku rupanya.. tiba-tiba peronda Silk dengan senyum-senyum datang dalam masa 3 minit setelah kejadian.. ..hai mengapa macam nak nagis...semasa tuu kereta ku dah berasap..aku tak tahu puncanya... gambar no 2 tuu ntah siapa nama nye..katanya jangan panik..ade kamera tak? amik kami haa tengah buat cpr kat kekasih mu...aku pun terus lah mengambilnya. Mereka menyangkuk kereta ku..dan aku bertanya nak seret kat mana kereta niee...langsung mereka berkata ingat kereta hang niee guni basah kee nak heret2...aku tergelak...dia orang kata bukan heret...tarik ke workshop.. aku gembira kerana mereka semuanya nampak relax sahaja....maybe aku perempuan yang lemah lagi tak berdaya.... mereka membawa ke worksop berdekatan.... peronda silk kata...itu petanda order kereta baru leeee..... aku menyegih ajelahh gamaknya...
Formen kata kereta aku niee kena baiki dalam masa 3 hari baru siap... alamak cam nee nak gei kerja niee.... orang yang terbayang dibatu jemala patik ialah heee ......try contact dialahh...mana lah tahu dapat membantu...bukan dapat membantu lagi dia bagi guna keretanya...heee....10q...10 q...kerana perihatin dengan pemasalahan aku.... semuga Allah memurahkan rezekinya dihari-hari mendatang.....amin.....

Wednesday, August 6, 2008

Sebuah kematian


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.." WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.; Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya: 1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia. 2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu. 3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia. Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yg haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m" Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
A) Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.

Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
B) Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya

ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".
Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
C) Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. D) Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
E) Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Monday, August 4, 2008

Senja berulang senja......

Senja berulang rindu
Dan ku sebut namamu

Dalam suara yang bisu
Engkaukah itu
Dan ku ulang kembali
Sewaktu dalam sunyi
Nyanyian kata hati
Rindukah itu
Biarkan kemesraan berlalu
bersama kesunyian yang padu
Akan ku sebut namamu selalu
Namun ada rindu yang lebih dari itu
Kasih di mana janji
Dan kau teruskah lari
Dari ku yang menati
Engkau kah itu


Sebenarnye aku terlalu rindu dengan senja di kaki langit... andainya dapat ku andaikan dirimu bagai kan senja....yang lari meninggalkan aku sendiri..//

Sunday, August 3, 2008

Adakah kau menangis wahai lelaki ku??


Menangis adalah satu akitiviti normal manusia. Tidak kira anda lelaki atau wanita, kedua-duanya mempunyai hak yang sama untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata.

Ada bermacam-macam jenis `menangis dan semuanya mempunyai kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata ketika memotong bawang umpamanya; air mata meleleh ketika mengalami saat sukar atau sekadar mengimbas kembali kenangan dan pengalaman pahit.

Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Kajian menunjukkan ramai yang tertekan berasa lega selepas menangis begini. Inilah yang dikatakan ‘tangisan yang berkesan’, memberi kesan yang baik pada emosi seseorang sebagaimana ketawa.

“Lelaki yang kata mereka tidak menangis kerana kononnya kalau menangis tidak macho, pada aku mereka ‘bodoh’. Hal emosi, suka, gembira, duka, apatah lagi menangis tiada kena-mengena dengan soal macho, kejantanan atau kelakian.

“Lelaki juga ada hak dan berhak menangis. Ia membabitkan hal keperimanusiaan, soal hati dan perasaan, tidak kira yang gembira atau menyedihkan,” .. menagis lahh selagi ada air mata...bukan mudah untuk menitiskan airmata jika hati tak tersentuh...

Aku perempuan pun nangis jugak..aku selalu menangis dalam diam...tiba2 hati sedih. Aku rasa lelaki yang menagis mudah mempunyai perasaan ingin simpati, terasa diri ini tersisih, tekanan perasaan yang tiada tempat mengadu.... aku sering melihat adik lelaki aku menangis..abang aku menangis kerana tidak dapat membuat keputusannye sendiri..jadi bila ade lalaki sering mengata nak menangis aku tak rasa hairan..bahkan aku rasa bangga kerana ...airmatanya adalah satu cerita yang hendak diceritakan tanpa menahan perasaan yang hiba..... hati tak kering...

Oleh itu, lelaki, jejaka sekalian, jangan takut untuk menangis. Ia perkara yang perlu dilakukan. Buat apa menahan sedih hingga terasa sebak di dada. takut dianggap lembik, tidak macho oleh wanita? Jangan! Itu tindakan dan andaian yang salah. Menangislah wahai lelaki-lelaki ku......

Sehingga aku boleh ketawakan ..yeee...yee tak malu menangis.....heee....acah jee..aku pun nak nagis lahhh......huwaaaaaa........Sekiranya kau mahu menagis kau akan ku berikah saputangan mengelap si airmata...sekiranya airmata mu tidak berbaloi untuk dapatkan rasa belas..kau sandarkan kepala mu dibahu ku....akan ku sapukan dengan lengan baju ku...(masa tuu tissu tak ade lah pulak) ..sekali-sekali boleh lahh nangis kalau nak nagis selalu payah lahh pulak...siapa pulak nak pujok aku nangis nanti...so..mari kita nangis sama-sama..supaya dapat memujuk hati kita sendiri...... tapi aku selalu bertanya-tanya pada diri ini....sekiranya aku pergi menyahut seruan Ilahi adakah orang menangis kepergian ku?
..../Buat Ajie...kau sering membuat aku menangis bila mengingati diri mu.... Alfatiha...