Sunday, August 3, 2008

Adakah kau menangis wahai lelaki ku??


Menangis adalah satu akitiviti normal manusia. Tidak kira anda lelaki atau wanita, kedua-duanya mempunyai hak yang sama untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata.

Ada bermacam-macam jenis `menangis dan semuanya mempunyai kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata ketika memotong bawang umpamanya; air mata meleleh ketika mengalami saat sukar atau sekadar mengimbas kembali kenangan dan pengalaman pahit.

Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Kajian menunjukkan ramai yang tertekan berasa lega selepas menangis begini. Inilah yang dikatakan ‘tangisan yang berkesan’, memberi kesan yang baik pada emosi seseorang sebagaimana ketawa.

“Lelaki yang kata mereka tidak menangis kerana kononnya kalau menangis tidak macho, pada aku mereka ‘bodoh’. Hal emosi, suka, gembira, duka, apatah lagi menangis tiada kena-mengena dengan soal macho, kejantanan atau kelakian.

“Lelaki juga ada hak dan berhak menangis. Ia membabitkan hal keperimanusiaan, soal hati dan perasaan, tidak kira yang gembira atau menyedihkan,” .. menagis lahh selagi ada air mata...bukan mudah untuk menitiskan airmata jika hati tak tersentuh...

Aku perempuan pun nangis jugak..aku selalu menangis dalam diam...tiba2 hati sedih. Aku rasa lelaki yang menagis mudah mempunyai perasaan ingin simpati, terasa diri ini tersisih, tekanan perasaan yang tiada tempat mengadu.... aku sering melihat adik lelaki aku menangis..abang aku menangis kerana tidak dapat membuat keputusannye sendiri..jadi bila ade lalaki sering mengata nak menangis aku tak rasa hairan..bahkan aku rasa bangga kerana ...airmatanya adalah satu cerita yang hendak diceritakan tanpa menahan perasaan yang hiba..... hati tak kering...

Oleh itu, lelaki, jejaka sekalian, jangan takut untuk menangis. Ia perkara yang perlu dilakukan. Buat apa menahan sedih hingga terasa sebak di dada. takut dianggap lembik, tidak macho oleh wanita? Jangan! Itu tindakan dan andaian yang salah. Menangislah wahai lelaki-lelaki ku......

Sehingga aku boleh ketawakan ..yeee...yee tak malu menangis.....heee....acah jee..aku pun nak nagis lahhh......huwaaaaaa........Sekiranya kau mahu menagis kau akan ku berikah saputangan mengelap si airmata...sekiranya airmata mu tidak berbaloi untuk dapatkan rasa belas..kau sandarkan kepala mu dibahu ku....akan ku sapukan dengan lengan baju ku...(masa tuu tissu tak ade lah pulak) ..sekali-sekali boleh lahh nangis kalau nak nagis selalu payah lahh pulak...siapa pulak nak pujok aku nangis nanti...so..mari kita nangis sama-sama..supaya dapat memujuk hati kita sendiri...... tapi aku selalu bertanya-tanya pada diri ini....sekiranya aku pergi menyahut seruan Ilahi adakah orang menangis kepergian ku?
..../Buat Ajie...kau sering membuat aku menangis bila mengingati diri mu.... Alfatiha...


No comments:

Post a Comment