Thursday, August 21, 2008

Ingin Melompat Lebih Tinggi...



Semalam aku tersenyum lebar2.... aku telah tersenarai konvokesyen bulan Oktober... sebelum niee aku cuak jugak takut tak lulus senat..sebab ramai kawan-kawan sangkut.projek tahun akhir tak lepas....aku takut aku x tersenarai... Alhamdullillah.... aku melonjak suka.....alangkah bahgia kalau Ajie ada disaat-saat ini..kalau lahh dia tak membakar semangat aku untuk belajar tak mungkin aku berjaya sebegini... mengapa lahh kau pergi terlalu cepat sebelum melihat kejayaan aku...



Namun aku dapat berkongsi gembira bila Ma turun ada melihat aku gembira...memang aku suka..bukan ape...aku sebenarnya dah terbeli kasut cantik kononnya nak naik pentaslahhh tanpa menunggu senat lulus....heeee malu aku dengan Ma... kalau tak tersenarai...penat dia meneman aku keliling pasaraya mencari kasut aku..bukan alahhh alahh kasut tuu...



Baju pun aku dah beli warna merah nak sama dengan jubah aku...warna meroon...aku nak mintak pass masuk lebih dekat bhg akademik..aku nak ajakabah, emak, kakak ngan adik aku...tapi aku tak lupa pada Ma... kalau dia nak lahh..mana lah tahu satu yang memenatkan dalam dewan.... aku tak paksa kat dia..tapi aku kecik hati kalau dia tak hadir...ntah ape- apelahh...sebab aku rasa emakayah aku tak berapa sihat...silap2 aku sorang-sorang ajelahh tiada yang berkongsi kegembiraan aku......sedih ekk...
Akhirnya aku berjaya juga menghabiskan pengajian aku...walaupun aku telah patah semangat dengan kepergian Ajie buat selama-lamanye...Alfatiha untuk mu...... jika kau masih hadir dalam hidup aku kau dan anak-anak kita akan turut hadir...tapi itu bayangan aje....Allah menyayangimu...mengambil kau dari aku...



Terima kasih pada Ma kerana berkongsi kegembiraan aku ini walaupun aku rasa ia akan singgah sementara sahaja dalam hidup aku..namun aku bersyukur kerana masih ada insan yang boleh menjadi telinga, menjadi mata, menjadi peneman aku dalam segala situasi...terima kasih sekali lagi.....Ma.....

1 comment:

  1. nak bergambar ngn jubah tue gak! pastu baling topi..

    ReplyDelete