Tuesday, December 30, 2008

Kurangkan panggilan telefon

Kurangkan panggilan telefon

Suatu perkara yang sering terlepas dari perhatian kita adalah bil telefon. Kebanyakan orang membayar bil telefon sebanyak RM300 hingga RM400 atau lebih setiap bulan. Ini tidak termasuk bil telefon bimbit yang sudah tentunya lebih tinggi. Namun demikian, tidak ramai yang menganggapnya tinggi. Hanya segelintir sahaja yang menganggapnya sebagai perbelanjaan yang berlebih-lebihan.

Tetapi sebenarnya ia juga suatu contoh perbelanjaan yg berlebih-lebihan. Cuba fakir. Kita membayar wang untuk bercakap. Jika berbelanja sesuatu sekurang-kurangnya kita mandapat barangnya. Tetapi tidak dengan telefon. Kita bercakap dan justeru kita perlu membayar, walaupun tidak memperolehi sesuatu yang boleh dipegang atau dilihat.

Ramai mengatakan bahawa mereka menggunakan telefon untuk memupuk hubungan isteri/suami/ibubapa/sahabat handai. Kasih sayang boleh bersemi menerusi hubungan telefon. Memang benar kita seharusnya memelihara silaturrahim, tetapi ini tidak bererti bahawa kita perlu bergayut di telefon selama dua jam. Sepuluh minit sudah memadai. Kasih sayang bukan diukur berdasarkan berapa lama kita berbual di telefon.

Yang anehnya, apabila berjauhan, ramai orang boleh bercakap berjam-jam di telefon tetapi apabila mereka berada disisi orang yang dikasihi, mereka jarang berbual! Apabila mereka bersemuka dan boleh bercakap selama mana yang mahu dengan percuma dan tanpa dikenakan apa-apa bayaran, mereka sebaliknya menonton televisyen. Mereka lebih gemar bercakap berjam-jam lamanya di telefon dan dikenakan bayaran. Aneh sungguh manusia ini.. tapi kenapa kita kata aneh.. perasaan untuk bercakap- yang ntah apa-apa bijik butir itu membuat kita lalai dan tidak sedari siapa yang buat panggilan .. tidak mengendahkan berapa banyak bil akan dibayar asalkan dapat memberi kepuasan dalam berbual... bila hanya sekejap sahaja bilangan masa kita untuk bertelepon kita akan rasa mengapa cepat sangat tamat..tak suka kah dia pada kulagi... itulah situasinya..bila kita dalam meminati seseorang... tapi bila kita rasa tak selesa dengan seseorang panggilan yang hanya lima minit itu kita rasa terlalu lama sehingga kita rasa gelisah bila nak tamatkan perbualan.

Kesimpulannya berlama-lama dalam berbual dalam telepon adalah kerana perasaan, bergopsip dan satu-satu benda ingin diperjelasan. Tapi yang pasti yang lebih lama bila dalam mamai yang kita rasa dia paling dekat dihati kita...itu aje kot...


Tuesday, December 23, 2008

Hati ku Rentap lagi..



Mengapa hati aku direntap bagitu rupa sedangkan aku merasa orang sekeliling aku adalah orang yang aku sayang... apa salah aku??? aku tak pernah menggangu kebahagian orang lain sedangkan mengapa aku di perkotakkan dalam hidup aku... aku mengikut lorong hidup aku...aku membuat kerja apa yang diamanahkan aku .. aku sentiasa ingatkan aku akan hidup hari ini dan esok tak pasti. Mengapakah orang yang ku anggap kawan menyentuh masa silam aku yang mana adalah terlalu peribadi. Mengapa aku masih lagi tahap bagitu bagini sahaja .. sedangkan hati aku telah diinjak-injak dan dihina dan dikata. Mengapa aku masih melindungi perasaan kelukaan hati aku yang mana tidak sepatutnya aku membedong dan meratap setiap malam?

Persoalan nya satu aja jawapannya.... Aku ada Tuhan. Allah menduga aku ... so hadaplahhh... dengan tabah... kalau hari ini tiada nampak apa-apa kebahagian...bukan nya Allah tidak akan memberinya....Allah tahu aku mampu dan tabah menerima ujian nya. Jika aku tak mampu aku akan melenting dan memaki dan melakukan luar batasan aku. Esok aku akan hampir ditempat yang sama .. melihat wajah yang sama.. duduk ditempat yang sama... aku masih memelihara lidah aku... aku masih lagi memelihara senyuman aku..aku masih lagi memaafkan mereka-mereka ini. Sampai bila? Aku pun tak tahu... aku ingit menjerit dan mengatakan aku tak mampu itu semua.... siapa mereka menghukum aku. Salah kah aku? Apa yang aku buat? Bodohkah aku? Biarlah jawapannya aku sendiri yang jawab. Kerana apa yang disekeliling aku adalah kawan-kawan ku.... yang masih belum membatasi apa yang boleh disentuh hati kawan... apa yang boleh kongsi dengan kawan.

Kawan-kawan ku ... kau jadilah insan yang sebaik-baik kawan .. jadilah orang yang sentiasa menyelami perasaan orang lain.... aku tak heran cantik kacak kaya orangnya...cukuplah sekadar hati yang bersih dan tidak membalingkan tomah yang kelat pada aku ...kerana kau tak tahu perjalanan hidup aku bagaimana..... dan aku berharap engkorang semua ikutlah lorong yang Allah bagi pada mu.... jika lorong mu penuh dengan belukar dan onak duri janganlah kau campakan belukar dan onak duri itu di lorong orang lain... cubalah selesaikan dan langsaikan huraikan dan musabahlahh... sendiri.... aku dah letih dengan sikap mu kawan. aku dah letih ..... letih seletih-letihnya... bagi lah aku berehat dan bagi lahh aku sedikit kebahagian dan berilah aku ruang dengan kehidupan aku yang tidak boleh dikira membanggakan dan tidak boleh di irihatikan.... itu sahaja....kawan... aku tidak membenci mu.. tapi aku tahu seandainya aku tiada lagi dibumi ini ... aku dapat rasakan engkorang mesti lah menghadiaahkan alfatiha yang boleh menyejokkan hati aku..... itu sebab aku masih mengharapkan kehadiran mu kawan-kawan yang aku sayangi....... sayangku pada engkorang mungkin tidak dirasai...tapi kalau kawan-kawan ku merasa kesukaran dalam kehidupan aku masih mampu mendengar rintihan... aku masih mampu memberi bahu ku untuk kau sandarkan kepala kawan-kawan untuk melegakan lodakan hati...

Walau apa pun aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mewarna-warnikan kehidupan aku..sedangkan kawan-kawan tidak tahu warna apa yang aku suka. Corak apa yang aku gemari. Namun aku boleh memilih apa yang engkorang warnakan.... jika aku ingin warna ceria aku pilihlah ceria tanpa aku memikiran harga kos yang tinggi aku bayar dengan melupakan apa yang engkorang buat terhadap aku.... tapi kalau aku memilih corak yang gelap dan kelabu sudah pasti aku tidak lagi menjadi orang masih kaku...aku akan bertindak liar....warna-warna itu telah lama aku basoh supaya menjadi putih dan dan serinya. Manis senyuman mu kawan-kawan adalah sembilu hati aku.... ramah teguran mu kawan-kawan adalah ejekan dan hinaan dalam hiba ku...

Fahamilah kawan-kawan...aku masih lagi berdiri di pintu ini sebelum hati ini tertutup untuk tidak memaafkan diri mu kawan-kawan. Masa itu aku tidak lagi diri mu sebagai kawan-kawan..tapi kau tahu lahhhh selagi hati ini boleh memaafkan ....selagi itu basahnya airmata aku menahannya.... semuga aku masih ditempat yang berlandaskan keimanan.... aku masih dalam lindungan mu ya Allah. Kau berilah aku kebahagian yang aku dambakan... Amin.

Tahutak?

Monday, December 22, 2008

Cahaya hati

cahayahati ku...matahari ku

Wednesday, December 17, 2008

Rindu..Kangen...Rindu....




Maklang... maklang.. apa itu rindu?????... ya budak kecil yang tak tahu apa-apa tanya pada aku apa itu rindu. Cis...ciss..cisss aku dah tua ini pun tak reti nak definasi rindu. Yang aku tahu rindu macam mana yeee...terlalu abstrak nak cakap...tak boleh tak boleh nak cakap...makna rindu sebab aku pun tak tahu cam ne rindu tuu...Tapi semalam hari ini dan mungkin esoknya aku tidak nampak kelibatnya..tidak nampak bayangnya...tidak dengar suaranya..tidak lagi dapat kata-kata..sudah makan? buat apa tu? kat mana? jaga diri, baik-baik memandu, siap ke? bye byeeee..kalimah yang sering menjadi ungkapan seharian...jeng jeng aku mencari-cari jejak-jejak itu...haaa masih tak ada dijumpai...cam ne niee... laaa tiba-tiba aku teriang-teriang suaranya....sering menyanyi-nyanyi lagu yang aku sendiri tak tahu tajoknya... mana ekk suara itu... bila dia mampir lagi? atau hilang bagitu sahaja? Yang pasti aku inginkan ia berulang lagi dalam seharian ku? Apa makna nye tuuuu....haaaaaa... tak tahu..tak tahu... sebenarnya perasaan bengong tuu kadang-kadang dok melatah dalam hati aku... opocot...aku rindupada mu.. aku melatah lahhh.....eekk mengapa aku melatah macam niee....selalunya aku melatah lain.. melatah boleh adjust mengikut situasi... haaaa....sory lah kakchik ..Maklang tak reti nak jawab pertanyaan itu sebab perasaan itu rindu itu selalu gagal untuk aku ungkapkan..sory sory....nanti kau besar kau fikirlah sendiri...Maklang kau ini masih mencari-cari definasi yang nak diungkaikan dalam kamus dewan...cetakan 2008....(heee cover line pulak....ketuk kang baru tau!)

Tuesday, December 16, 2008

Kisah Anak Kerang



Jangan pernah mengambil keputusan pada saat sedang emosi. Kalau boleh
jangan bicara, supaya tidak membuat kesalahan yang akan mencoreng muka sendiri.
Setiap penderitaan pasti ada hikmahnya. Yang penting jangan berhenti berdoa dan hanya berharap pada Tuhan. Pembalasan bukan hak kita. Tuhan lebih tau balasan yang cocok bagi orang yang menyakiti kita. Iiiiih ngeri. Mending baca ilustrasi dibawah ini ya..........., semoga dikuatkan.

Kisah Anak Kerang

Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengaduh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembek.
Anakku, kata sang ibu sambil bercucuran air mata, Tuhan tidak memberikan pada kita bangsa kerang sebuah tanganpun, sehingga Ibu tak bisa menolongmu.

Sakit sekali, aku tahu anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam.
Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan nyeri yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang bisa kau perbuat, kata ibunya dengan sendu dan lembut. Anak kerang pun melakukan nasihat bundanya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit bukan alang kepalang. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya.

Tetapi tanpa disadarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar. Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, utuh mengkilap, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna.
Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.

***

Cerita di atas adalah sebuah paradigma yg menjelaskan bahwa penderitaan adalah lorong transendental untuk menjadikan "kerang biasa" menjadi "kerang
luar biasa."

Dengan itu dipertegas bahwa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang biasa" menjadi "orang luar biasa." Itulah yang terjadi pada orang-orang seperti Abraham Lincoln, Nelson Mandela, Mahatma Gandhi, Kim Dae Jung, dan A.H. Nasution. Jadi jika Anda sedang menderita hari ini, apa pun sebabnya, saya sarankan: bersiap-siaplah menjadi "orang luar biasa".

Sunday, December 14, 2008

Membeli Belah Buku..





MPH... surga buku.. Aku pergi shopping pada Hari Sabtu dengan adik dan anak-anak buah.. best gila aku.. macam tak ingat baget dalam dompet aku. Akhirnya aku beli 4 buah buku motivasi dan 2 novel dan 2 buah buku agama itupun sebab adik aku dapat kemudahan di bank negara 50% awal pertama. Adik aku hanya membeli novel untuk anak daranya yang itu pun dia bagi limit hanya 10 sahaja... dah jatoh rm 10...mana tak gila... Nampaknya aku dah jadi ulat buku... Aku ada membeli untuk Ma... itupun buku kehendak yang di cari tak ada ..mana-mana buku aje aku agak ala2 dia suka aku beli lahhh... Hari Ahad...aku bergasak pergi midvelly dengan Ma.... memang mabuk buku kita orang...aku hanya larat 3 buku aje itu pun disaring... sedangkan Ma beli sampai 11 buku....fuh... ulat buku tuu...walauapa pun kegembiraan untuk membeli belah dalam erti kata ..bijak membeli ..letih membaca......

Tuesday, December 9, 2008

Raya Korban 2008




Pagi-pagi jam 5 pagi aku telah dikejutkan oleh emak aku...apalagi dia dah dok risau sebab hari ini Raya Korban. Aku macam rasa biasa-biasa aje sebab hujan pagi sedap tarik selimut. Semalam aku dah penat sakat masak rendang dengan ketupat.. hari ini aku nak qadaq tidor... tapi emak dah dok bising dah tuu aku pun lurut lah selimut dan kebilik air dan sembahyang suboh. Aku tahu emak aku tuu bising memandangkan kuah kacang dan ayam masih lagi dalam peti sejuk dah pasti sukar untuk masak... Dia tak tahu dah ada teknologi sekarang niee macam-macam boleh buat... aku biasalah pakai apron dah pun siap jadi bebik indon yang sedia patuh dengan tuannya untuk memasak... Selesai aku masak ...aku bersedia untuk memasak makanan 30 kati mee goreng untuk bawa kesurau... semua ramuan telah siap dibasoh aku memang tak suka orang lain kedapor melain aku sorang... haaaa... bagaikan chef aku memasak...sekali masak 3 kilo lepas tuu aku masak lagi...dan masak lagi... tiap kali masak aku akan bersalawat supaya masakan aku berkat dimakan... Akhir sekali aku menjerit kakak-kakak aku mintak bungkus dan anak buah aku jadi penghantar kesurau... Tapi masaalah lahh pulak kampung aku ini ada puak...simpang nak masuk rumah pulak 6 ekor lembu tumbang dikorbankan adalah dari UMNO kampun aku... sebaliknya surau sebelah rumah aku pulak tumbang 6 ekor lembu jugak.. aku hairan kenapalahh asing-asing tak sama-sama buat gotong royong... masing-masing ade parti...mana parti bukan UMNO ramai lahhh pegi ke surau.. mana parti UMNO pergilahh kerumah tok Kadi simpang tuu... gasak lahh pokoknya nawaitu adalah penting..

50 pek kesurau 50 pek ke UMNO semuanya berjalan lancar.. aku buat operasi kerja gila-gila aku...aku ambil kamera adik aku terus mengambil gambar-gambar kenangan...mula-mula kesurau...wah semua bergaya dengan aksi membantai lembu..pakccik2 dato2 budak-budak menjerit-jerit mintak merakam gambar mereka... heee glamour sekejap aku...makcik2 dan kakak2 aku pun ketawa tengok gelagat aku yang selamba aje pergi ambil gambar sedangkan semua nya lelaki saja kat situ... haaaa saja buat hal sebab dah tension masak tadi...hujan lah pulak sambil berpayong...lepas tuu aku pergi ke tempat penyembelihan UMNO pulak haaaaa...lawak pulak semuanya tengah tension tak siap lagi nak melapah danging...ramai yang menunggu dengan muka lapar..aku lihat dibahagian UMNO tuu ramai pulak kaum2 ibu berbanding kat surau... hissss....teruk betul lahh berpuak2 ini... aku terus mengambil mee goreng yang aku masak tuu agih2kan kan pada kaum ibu2 yang dok santai..terasa macam wakil rakyat pulak...semua tanya kau kee masak..aku kemut senyum mengiyakan..best gila lahh aku pun mengambil lahh beberapa gambar yang menarik untuk kenangan... Lepas tuu aku kembali ke surau dan menceritakan apa yang aku lihat di tempat penyembelihan di UMNO semua nak tahu sangat...apa tidaknya...ayah kat umno anak kat surau.. kakak kat umno anak2 kat surau..semuanya tidak sepakat.... haaa..aku dah jadi talam dua muka....sampaikan ada pakcik tuu kata kau siaplahh kamera kau tuu kena rampas kang baru tahu...apalagi bila dah cakap tuuu aku terus balik..haaa seram pulak kena rampas..bukan aku punya..... tapi bila dok rumah tengok gambar2 tersebut nampak sangat kampung tempat aku nie tak ada sefahaman lagi..apa lah salah buat sama2 jarak antara tempat penyembelihan itu cuma 50 meter sahaja ditengah2 rumah aku..jadi aku niee kekanan tidak kekiri pun tidak...tapi aku berpuas hati sebab mee goreng aku telah habis dimakan almaklumlah hujan masih tak tedoh hingga ke 7 malam.. itu lah pengalaman aku dihari raya korban tapi tak nampak pengorbanan yang dibuat...hanya titisan airmata lembu sahaja melihat kan orang kampung ku sudah hilang sengat kampung...harap-harap tahun depan tidak jadi bagitu lagi... patut lahh aku lihat lembu dilori serba salah nak turun...sebab takut salah tempat..haaaaaaa.... pengalaman yang tak pernah aku alaminya sehidup aku...

Wednesday, December 3, 2008

Misteri Bola PING PONG.......



Misteri Bola PING PONG.......

Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun.

Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola ping pong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah universiti terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di universiti, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola ping pong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asyik2 bola ping pong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak hadiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk menge'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni... ." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya.

"Sebenarnya ada misteri di sebalik bola ping pong ini... " kata Amer.

"Apa dia?" tanya bapa Amer

Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misteriya? Anda nak tau?

.

.

.

.

.

.


.



.


.

.

.

... ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.

Ha ha ha hah ah ha ahhahhehehehe... ... ...

wohoooaa...jangan marah ekkk.. senyum sengit sikit....sikit aje...oppppssss...sambil menyanyikan lagu...senyuman sengit ku sunggoh bermakna...tapi sayangnya kau tak mengerti.....haaaaa...suka dengan senyuman sengit mu.....bagaikan mentari merah dikaki langit lagaknya....tapi sayang seribu kali sayang....senyuman sengit itu adalah racun untuk ku ...membuatkan aku pengsan...apalah aku merapu hari ini.. hari ini adalah hari merapu aku...aku nak merapu secukup-cukupnya...hari ini aku nak menjerit sekuat-kuatnya..hari ini aku nak melalak sehingga tekak aku sakit..dan hari ini aku nak bergolek-golek di lereng bukit tepi highway unjavascript:void(0)tuk memproteskan senyuman sengit mu itu kerana senyuman itu bukan untuk aku..kau telah beri pada semua orang...aku protes...tak adil...tak adil...aku nak padamkan kotak igatan aku tak akan lagi merindui senyuman mu lagi..aku dah mula benci..aku dah mula meluat aku dah mula menyampah...tapi semakin aku membenci ...semakin aku meluat semakin menyampah....masih menghantui senyuman itu...kau datang dengan senyum-senyum...sekali-sekali angkat kening yang aku tak leh nak tafsir...sememang nya aku tak suka dengan riaksi itu..aku tak suka senyuman itu...memang sengit...noktah.

Tuesday, December 2, 2008

Pelangi itu lagi dan matahari yang semalam




Matahari yang semalam merah dikaki langit tidak lagi
ada... tiba-tiba hari tiada kerana hujan yang turun sebelumnya
melindungi matahari aku.. aku berlari-lari mencarinya
pandang kanan sepi...dan ku pandang kiri dan hadapan
kosong sahaja.. mengapa kau menyempunyikan diri...namun
terima kasih matahari ku..kerana kau telah menggantikan
pelangi di kaki langit..pelangi yang menyerlahkan beribu warna
yang bermakna... aku suka dengan keindahan palangi yang mana
warna merah kaki langit aku lupa...tiba2 kau hilang begitu sahaja
dan baru ku tahu esok merah mentari di kaki langit akan menjanjikan
untuk ku.... semuga esok aku masih sempat melihat merah di kaki langit ini
tanpa teman tiada kawan tiada angin tiada mendong...hanya aku yang
berdiri melihatnya yang sentiasa menyembunyi duka laranya
yang esok belum tahu janji nya ia akan hadir begitu...

Monday, December 1, 2008

CINTA dan KAWAN




Pada suatu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam satu kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…

Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…

Kenapa??
Kerana… KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!

Didalam telaga CINTA hilang…

Kenapa??
Kerana… CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..

Kenapa??
Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia… kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia

Kenapa Hati? Hati Nurani Ku Berdetik Lagi...






Kenapa Hati? Hati Nurani ku berdetik Lagi...

Hati, katanya, adalah sesuatu yang abstrak. Hati, yang digambarkan dengan simbol "love" pada hakikatnya adalah sebuah benda konkrit yang hingga sekarang orang-orang bijak pandai belum tau apakah benar di situ sebenarnya pusat komunikasi antara kita dengan diri kita sendiri.

Kalau ada orang berkata, "Dalam hati saya kata bahwa ......" (sambil menunjuk ke arah dadanya, tindakan itu tidak berarti bahwa hati yang di dalam dadanya itulah yang berbicara, sebab hati merah dalam dada itu cuma simbol dari ungkapan diri kita atau simbol komunikasi kita dengan diri kita sendiri. So, apa yang dimaksud dengan kalimat "Hati berbicara"?

"Hati aku berbicara", "sedih", senang, "marah" dan lain-lainnya adalah ungkapan roh kita, sifatnya abstrak, maksudnya tidak akan diidentifikasi dengan telinga atau mata. Ia adalah rasa "aneh" atau komunikasi kita dengan diri kita yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada kita dengan cara yang sungguh-sungguh aneh. Orang yang berada di samping kita tidak tahu apa yang sedang bergemuruh dalam hati kita, meskipun orang itu meletakkan telingannya di dada kita dengan rapat. Hingga perkembangan teknologi saat ini, komunikasi kita dengan diri kita ini sungguh tidak dapat hendak detect dengan alat apapun.

Haaa... kadang-kadang kita tak tahu apa kata hati...bila kita suka dengan seseorang kita risau kalau-kalau tersasal kata hati...kadang-kadang kata hati ini payah nak diikut sangat kalaulahh hati kita tak sama dengan hati yang kita suka...akhirnya makan hati dan terus-terus sakit hati... Hati tak pernah menipu...hati tak pernah berbicara kalau tak berdetik.... sekarang niee kenapa hati perlu dijaga? sedangkan hati kita ada dalam diri kita tak pernah jemu dan berbisik-bisik setiap nadi ku.... wahai hati tenangkan lahh jiwa ku sekiranya aku dalam kekusutan, kekecewaan, kesedihan, kegembiraan, dan kerisauan... semua hati ini memahami diri aku yang sebenar.... kalau lahh hati ini ada buah..haaaa.... kelakarnya...buah hati???