Tuesday, December 23, 2008

Hati ku Rentap lagi..



Mengapa hati aku direntap bagitu rupa sedangkan aku merasa orang sekeliling aku adalah orang yang aku sayang... apa salah aku??? aku tak pernah menggangu kebahagian orang lain sedangkan mengapa aku di perkotakkan dalam hidup aku... aku mengikut lorong hidup aku...aku membuat kerja apa yang diamanahkan aku .. aku sentiasa ingatkan aku akan hidup hari ini dan esok tak pasti. Mengapakah orang yang ku anggap kawan menyentuh masa silam aku yang mana adalah terlalu peribadi. Mengapa aku masih lagi tahap bagitu bagini sahaja .. sedangkan hati aku telah diinjak-injak dan dihina dan dikata. Mengapa aku masih melindungi perasaan kelukaan hati aku yang mana tidak sepatutnya aku membedong dan meratap setiap malam?

Persoalan nya satu aja jawapannya.... Aku ada Tuhan. Allah menduga aku ... so hadaplahhh... dengan tabah... kalau hari ini tiada nampak apa-apa kebahagian...bukan nya Allah tidak akan memberinya....Allah tahu aku mampu dan tabah menerima ujian nya. Jika aku tak mampu aku akan melenting dan memaki dan melakukan luar batasan aku. Esok aku akan hampir ditempat yang sama .. melihat wajah yang sama.. duduk ditempat yang sama... aku masih memelihara lidah aku... aku masih lagi memelihara senyuman aku..aku masih lagi memaafkan mereka-mereka ini. Sampai bila? Aku pun tak tahu... aku ingit menjerit dan mengatakan aku tak mampu itu semua.... siapa mereka menghukum aku. Salah kah aku? Apa yang aku buat? Bodohkah aku? Biarlah jawapannya aku sendiri yang jawab. Kerana apa yang disekeliling aku adalah kawan-kawan ku.... yang masih belum membatasi apa yang boleh disentuh hati kawan... apa yang boleh kongsi dengan kawan.

Kawan-kawan ku ... kau jadilah insan yang sebaik-baik kawan .. jadilah orang yang sentiasa menyelami perasaan orang lain.... aku tak heran cantik kacak kaya orangnya...cukuplah sekadar hati yang bersih dan tidak membalingkan tomah yang kelat pada aku ...kerana kau tak tahu perjalanan hidup aku bagaimana..... dan aku berharap engkorang semua ikutlah lorong yang Allah bagi pada mu.... jika lorong mu penuh dengan belukar dan onak duri janganlah kau campakan belukar dan onak duri itu di lorong orang lain... cubalah selesaikan dan langsaikan huraikan dan musabahlahh... sendiri.... aku dah letih dengan sikap mu kawan. aku dah letih ..... letih seletih-letihnya... bagi lah aku berehat dan bagi lahh aku sedikit kebahagian dan berilah aku ruang dengan kehidupan aku yang tidak boleh dikira membanggakan dan tidak boleh di irihatikan.... itu sahaja....kawan... aku tidak membenci mu.. tapi aku tahu seandainya aku tiada lagi dibumi ini ... aku dapat rasakan engkorang mesti lah menghadiaahkan alfatiha yang boleh menyejokkan hati aku..... itu sebab aku masih mengharapkan kehadiran mu kawan-kawan yang aku sayangi....... sayangku pada engkorang mungkin tidak dirasai...tapi kalau kawan-kawan ku merasa kesukaran dalam kehidupan aku masih mampu mendengar rintihan... aku masih mampu memberi bahu ku untuk kau sandarkan kepala kawan-kawan untuk melegakan lodakan hati...

Walau apa pun aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah mewarna-warnikan kehidupan aku..sedangkan kawan-kawan tidak tahu warna apa yang aku suka. Corak apa yang aku gemari. Namun aku boleh memilih apa yang engkorang warnakan.... jika aku ingin warna ceria aku pilihlah ceria tanpa aku memikiran harga kos yang tinggi aku bayar dengan melupakan apa yang engkorang buat terhadap aku.... tapi kalau aku memilih corak yang gelap dan kelabu sudah pasti aku tidak lagi menjadi orang masih kaku...aku akan bertindak liar....warna-warna itu telah lama aku basoh supaya menjadi putih dan dan serinya. Manis senyuman mu kawan-kawan adalah sembilu hati aku.... ramah teguran mu kawan-kawan adalah ejekan dan hinaan dalam hiba ku...

Fahamilah kawan-kawan...aku masih lagi berdiri di pintu ini sebelum hati ini tertutup untuk tidak memaafkan diri mu kawan-kawan. Masa itu aku tidak lagi diri mu sebagai kawan-kawan..tapi kau tahu lahhhh selagi hati ini boleh memaafkan ....selagi itu basahnya airmata aku menahannya.... semuga aku masih ditempat yang berlandaskan keimanan.... aku masih dalam lindungan mu ya Allah. Kau berilah aku kebahagian yang aku dambakan... Amin.

Tahutak?

No comments:

Post a Comment