Tuesday, December 30, 2008

Kurangkan panggilan telefon

Kurangkan panggilan telefon

Suatu perkara yang sering terlepas dari perhatian kita adalah bil telefon. Kebanyakan orang membayar bil telefon sebanyak RM300 hingga RM400 atau lebih setiap bulan. Ini tidak termasuk bil telefon bimbit yang sudah tentunya lebih tinggi. Namun demikian, tidak ramai yang menganggapnya tinggi. Hanya segelintir sahaja yang menganggapnya sebagai perbelanjaan yang berlebih-lebihan.

Tetapi sebenarnya ia juga suatu contoh perbelanjaan yg berlebih-lebihan. Cuba fakir. Kita membayar wang untuk bercakap. Jika berbelanja sesuatu sekurang-kurangnya kita mandapat barangnya. Tetapi tidak dengan telefon. Kita bercakap dan justeru kita perlu membayar, walaupun tidak memperolehi sesuatu yang boleh dipegang atau dilihat.

Ramai mengatakan bahawa mereka menggunakan telefon untuk memupuk hubungan isteri/suami/ibubapa/sahabat handai. Kasih sayang boleh bersemi menerusi hubungan telefon. Memang benar kita seharusnya memelihara silaturrahim, tetapi ini tidak bererti bahawa kita perlu bergayut di telefon selama dua jam. Sepuluh minit sudah memadai. Kasih sayang bukan diukur berdasarkan berapa lama kita berbual di telefon.

Yang anehnya, apabila berjauhan, ramai orang boleh bercakap berjam-jam di telefon tetapi apabila mereka berada disisi orang yang dikasihi, mereka jarang berbual! Apabila mereka bersemuka dan boleh bercakap selama mana yang mahu dengan percuma dan tanpa dikenakan apa-apa bayaran, mereka sebaliknya menonton televisyen. Mereka lebih gemar bercakap berjam-jam lamanya di telefon dan dikenakan bayaran. Aneh sungguh manusia ini.. tapi kenapa kita kata aneh.. perasaan untuk bercakap- yang ntah apa-apa bijik butir itu membuat kita lalai dan tidak sedari siapa yang buat panggilan .. tidak mengendahkan berapa banyak bil akan dibayar asalkan dapat memberi kepuasan dalam berbual... bila hanya sekejap sahaja bilangan masa kita untuk bertelepon kita akan rasa mengapa cepat sangat tamat..tak suka kah dia pada kulagi... itulah situasinya..bila kita dalam meminati seseorang... tapi bila kita rasa tak selesa dengan seseorang panggilan yang hanya lima minit itu kita rasa terlalu lama sehingga kita rasa gelisah bila nak tamatkan perbualan.

Kesimpulannya berlama-lama dalam berbual dalam telepon adalah kerana perasaan, bergopsip dan satu-satu benda ingin diperjelasan. Tapi yang pasti yang lebih lama bila dalam mamai yang kita rasa dia paling dekat dihati kita...itu aje kot...


No comments:

Post a Comment