Tuesday, December 9, 2008

Raya Korban 2008




Pagi-pagi jam 5 pagi aku telah dikejutkan oleh emak aku...apalagi dia dah dok risau sebab hari ini Raya Korban. Aku macam rasa biasa-biasa aje sebab hujan pagi sedap tarik selimut. Semalam aku dah penat sakat masak rendang dengan ketupat.. hari ini aku nak qadaq tidor... tapi emak dah dok bising dah tuu aku pun lurut lah selimut dan kebilik air dan sembahyang suboh. Aku tahu emak aku tuu bising memandangkan kuah kacang dan ayam masih lagi dalam peti sejuk dah pasti sukar untuk masak... Dia tak tahu dah ada teknologi sekarang niee macam-macam boleh buat... aku biasalah pakai apron dah pun siap jadi bebik indon yang sedia patuh dengan tuannya untuk memasak... Selesai aku masak ...aku bersedia untuk memasak makanan 30 kati mee goreng untuk bawa kesurau... semua ramuan telah siap dibasoh aku memang tak suka orang lain kedapor melain aku sorang... haaaa... bagaikan chef aku memasak...sekali masak 3 kilo lepas tuu aku masak lagi...dan masak lagi... tiap kali masak aku akan bersalawat supaya masakan aku berkat dimakan... Akhir sekali aku menjerit kakak-kakak aku mintak bungkus dan anak buah aku jadi penghantar kesurau... Tapi masaalah lahh pulak kampung aku ini ada puak...simpang nak masuk rumah pulak 6 ekor lembu tumbang dikorbankan adalah dari UMNO kampun aku... sebaliknya surau sebelah rumah aku pulak tumbang 6 ekor lembu jugak.. aku hairan kenapalahh asing-asing tak sama-sama buat gotong royong... masing-masing ade parti...mana parti bukan UMNO ramai lahhh pegi ke surau.. mana parti UMNO pergilahh kerumah tok Kadi simpang tuu... gasak lahh pokoknya nawaitu adalah penting..

50 pek kesurau 50 pek ke UMNO semuanya berjalan lancar.. aku buat operasi kerja gila-gila aku...aku ambil kamera adik aku terus mengambil gambar-gambar kenangan...mula-mula kesurau...wah semua bergaya dengan aksi membantai lembu..pakccik2 dato2 budak-budak menjerit-jerit mintak merakam gambar mereka... heee glamour sekejap aku...makcik2 dan kakak2 aku pun ketawa tengok gelagat aku yang selamba aje pergi ambil gambar sedangkan semua nya lelaki saja kat situ... haaaa saja buat hal sebab dah tension masak tadi...hujan lah pulak sambil berpayong...lepas tuu aku pergi ke tempat penyembelihan UMNO pulak haaaaa...lawak pulak semuanya tengah tension tak siap lagi nak melapah danging...ramai yang menunggu dengan muka lapar..aku lihat dibahagian UMNO tuu ramai pulak kaum2 ibu berbanding kat surau... hissss....teruk betul lahh berpuak2 ini... aku terus mengambil mee goreng yang aku masak tuu agih2kan kan pada kaum ibu2 yang dok santai..terasa macam wakil rakyat pulak...semua tanya kau kee masak..aku kemut senyum mengiyakan..best gila lahh aku pun mengambil lahh beberapa gambar yang menarik untuk kenangan... Lepas tuu aku kembali ke surau dan menceritakan apa yang aku lihat di tempat penyembelihan di UMNO semua nak tahu sangat...apa tidaknya...ayah kat umno anak kat surau.. kakak kat umno anak2 kat surau..semuanya tidak sepakat.... haaa..aku dah jadi talam dua muka....sampaikan ada pakcik tuu kata kau siaplahh kamera kau tuu kena rampas kang baru tahu...apalagi bila dah cakap tuuu aku terus balik..haaa seram pulak kena rampas..bukan aku punya..... tapi bila dok rumah tengok gambar2 tersebut nampak sangat kampung tempat aku nie tak ada sefahaman lagi..apa lah salah buat sama2 jarak antara tempat penyembelihan itu cuma 50 meter sahaja ditengah2 rumah aku..jadi aku niee kekanan tidak kekiri pun tidak...tapi aku berpuas hati sebab mee goreng aku telah habis dimakan almaklumlah hujan masih tak tedoh hingga ke 7 malam.. itu lah pengalaman aku dihari raya korban tapi tak nampak pengorbanan yang dibuat...hanya titisan airmata lembu sahaja melihat kan orang kampung ku sudah hilang sengat kampung...harap-harap tahun depan tidak jadi bagitu lagi... patut lahh aku lihat lembu dilori serba salah nak turun...sebab takut salah tempat..haaaaaaa.... pengalaman yang tak pernah aku alaminya sehidup aku...

No comments:

Post a Comment