Thursday, January 1, 2009

Selamat ulangtahun Sayang ( ibu ku tersayang)

Seperti biasa di tahun baru aku dan keluarga akan menyambut ulangtahun emak aku. Kali ini agak berlainan sedikit sebab atas permintaan abah adalah juga ulangtahun perkahwinan mereka berdua... bahagia walaupun gaduh sikit-sikit tu biasa lahhh untuk menambah erat lagi berhubungan suami isteri.

Aku masak mee kari dan mee sop... fuh sedah nya tak terkira..tapi masin sedikit...haaaa....macam rasa nak kawin lak... kata orang lah kalau masak masin...tapi adalagi benda lain yang dimakan...satey dibeli oleh adik dan kek yang dibeli oleh x abang ipar aku..

memang menarik sekali aku melihat kegembiraan emak ayah ku... cuma aku tersedar ada ahli keluarga ku berkurang iaitu kakak ku yang telah pergi kerahmatullah...

Itulah...jadinya kalau berkumpul baru rasa dia tiada lagi disisi kita....

No comments:

Post a Comment