Friday, January 30, 2009

Ada Apa Dengan Kasih Sayang



Setiap manusia memang memerlukan kasih sayang dari seseorang individu yang lain dari keluarganya, memang perkara ini tidak dapat dinafikan sehinggakan alam ini telah menetapkan peraturannya setiap manusia mempunyai pasangan masing-masing. Kasih sayang memang tidak boleh dipaksa tetapi ianya boleh dipupuk dengan hati yang ikhlas untuk menerima pasangan dengan seadanya. Kasih sayang juga terlalu subjektif untuk ditafsirkan dan ianya juga sukar untuk dibahagikan kerana kebahgiaan itu juga terlalu subjektif.

Ada sesetengah manusia inginkan kasih sayang dari sudut berbeza, sebagai contoh tidak salah jika kita menyayangi seseorang yang tidak menyayangi kita, kerana kita cukup bahagia jika seseorang itu memberi tindak balas yang positif kepada kita, biarlah itu hanya angan kosong tetapi cukup bermakna jika kita perolehinya. Ada juga sesetengah manusia yang inginkan kasih sayang cukup sekadar “kawan” “adik” “abang” “kakak” ataupun sebagainya, tetapi awas!, anda janganlah salah untuk berterus terang niat anda sebenar. Ada juga sesetengah manusia inginkan kasih sayang hingga ke jinjang pelamin dan tentunya ke akhir hayat usia manusia. Jadi kasih sayang yang anda inginkan?.

Jadi sememangnya kasih sayang dari pandangan manusia memang berlainan dan sememangnya tidak dapat ditafsirkan jika kita terdengar cerita seseorang yang masih berahsia!. Pernahkah kita terfikir manusia yang tidak sempurna lebih menderita daripada seseorang insan yang putus cinta, kehilangan orang tersayang ataupun sebagainya. Setiap manusia inginkan kasih sayang, tetapi bagaimana kepada orang yang tidak sempurna yang inginkan kasih sayang atau lebih dari itu terhadap orang yang sememangnya sempurna seluruhnya, fizikalnya, amalannya, serta tingkah lakunya.

Dan malam ini memberi pengajaran dan fikiran yang paling sempurna sehinggakan aku sendiri tidak pernah memikirkan penderitaan orang lain, kenapa aku sering menangis serta memikiran penderitaan sendiri sedangkan aku tak pernah terfikir penderitaan orang yang kurang sempurna yang inginkan kasih sayang lebih dari aku. Dan pengajaran itu jugalah membuatkan aku terpanggil untuk menulis betapa pentingnya kasih sayang setiap insan. Tepuk dada tanya selera…

No comments:

Post a Comment