Thursday, July 31, 2008

Masjid Puchong Perdana

Masjid...tempat bersujud...
Siapakah yang disujud?
Untuk apakah bersujud?
Berapa kalikah bersujud?
Mencari-cari kedamaian hati
rupanya ada di sini
di bawah bumbung ini..
Apakah yang diingini?
Selalu dekat di sanubari
membersihkan rohani
Mengapakah hati dan naluri
terasa syahdu, sunyi dan impi?
Tersergam mu selalu dinanti
oleh jiwa-jiwa yang murni
seikhwan sejati
Ihsan yang hakiki
Ikhlas dan jujur tiada terperi
setiap titik peluh diabadi
kerana Mu...Ilahi....


Alhamdullillah aku dapat menunaikan zuhor ku di masjid terapong di Puchong Perdana. Pada awal nya aku ingin mengajak MA ke mana-mana surau sahaja selepas membeli 2 pasang kasut Vincci di KLCC. Tapi kerana hari ini adalah hari ku 27 Julai dia membawa ketempat yang paling indah yang dapat ku rasakan.... Aku rasa terharu dengan suasana masjid di dalam air dengan angin menghembus sepoi2 bahasa di ruang sembahyang... Sempat aku berdoa semuga Allah memberi aku peluang untuk hidup akan datang. Aku berdiri dipinggir kolam dapat aku rasakan jika matahari terbenam jatuh diufuk senja sudah pasti cantik.. aku amat merindui suasana itu... aku amat amat rindu dengan kemerahan di kaki langit yang hadir untuk seketika. Akan hilang dengan malam menjelma untuk menukar hari dihari esok....Kadang-kadang persoalan sering bertanya hadir kah diri ini untuk dinamakan esok. Walaupun kita tidak boleh meramal apa akan berlaku akan datang...tapi itu lah dia kitaran alam.. yang hidup akan mati... ....

No comments:

Post a Comment