Monday, October 13, 2008

Kongsi Perasaan Anda


Kongsi Perasaan Anda

Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan

Kenapa seseorang memendamkan perasaan

  • Malu
  • Takut menjadi bebanan kepada orang lain
  • Terlalu peribadi untuk dibincang
  • Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
  • Bimbang akan reaksi orang lain
  • Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
  • Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
  • Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja

Bagaimana mengendalikan perasaan anda

  • Ketahui perasaan anda
  • Luahkan perasaan anda
  • Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
  • Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidp, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain

Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan

  • Merasa lega
  • Mengurangkan tekanan
  • Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
  • Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
  • Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda


Banyak perkara nak berkongsi..tapi aku macam x suka nak berkongsi apa-apa pun perasaan dengan orang lain. Contohnya aku merahsiakan baik ku dengan Ajie selama 6 tahun aku berkawan sehinggakan kawan sepejabat aku cuba meneka siapa gerangan Ajie niee...menjadi teka teki dalam hidup kawan-kawan ku. Aku pun tak tahu mengapa aku perlu berkongsi perasaan dengan orang lain sedangkan terlalu peribadi. Tapi jangan Ajie semua orang nakdi beritahunye....tapi itu dikalangan kawan-kawannye yang tak pernah bizy body...tak pernah mempertikaikan aku dengan dia tak sepadan lahhh...memang betullahh masa tuu aku jawatan tak setaranya berbanding dengan jawatannya yang bagitu gah dimata orang....tak kenalahhh..memanglah masa tuu aku niee lawak sikit....pakai skaf... kurus cekeding....yang lawak tuu pulak pakai braces...haaaaa..... kalau nak dikira Ajie hisss...hadsome, ala-ala pelakon korea gitu..kadang-kadang membuat aku rasa suka rindu sesangat bila janggutnye kemas rapi..... Bila aku kata padanye aku minat sangat orang berjanggut......jarang sunggoh dia membela janggut...ntah mengapa aku pun tak tahu... mungkin dia tak suka aku suka janggut dia aje kot..
tapi itu tinggal kenangan aje...terlalu banyak manis kenangan bersama nya...bila aku menemannya dalam kuliah nya...seolah2 aku nie pelajar nya..kalau aku tak attend alamak muncung dia boleh ikat...pernah aku katakan mengapa perlu aku ada dalam hidupnya...dia kata aku niee lain dari yang lain...ape yang lain..?????? kenapa lahh aku terlalu mengigatinya... mungkin aku terbawa-bawa semalam aku menziarahinya dipusaranya yang sepi lagi shaydu....sempat aku berpesan dengan penjaga disitu minta selalu membersihkan pusaranya dari daun-daun kering sambil aku sedekah untuk ucap terima kasih.....tetapi penjaga tu mengatakan walaupun pusara kawan awak dibawah pohon yang rendang lagi sejuk...tapi tak pernah pun daun jatoh berlonggok di pusaranya......mungkin dengan doa awak membuatkan daun ini turut memberi kerjasama menjaganya...sambil tersenyum.

Kadang-kadang aku ingin berkongsi rasa berkongsi perasaan tentang hati-hati yang dirundung... tapi aku ketemui kawan-kawan yang tiada perasaan untuk berkongsi rasa berkongsi sedih yang tega....balik-balik aku jugak yang mendengar pemasalahan mereka... macam-macam masaalah aku dengar.....seolah2 kalau diberi peluang untuk kali kedua mereka akan kembali hidup sesudahnya... aku ingin hidup yang boleh aku senyum sentiasa...yang boleh aku menghidu udara bersih... punya hati dan persaan yang bersih.... sentiasa mendoakan kebahagian dan kesihatan orang sekeliling aku.... tapi yang pasti aku mahu memahami hidup ini ..aku diminta, didesak, dikutok..supaya jangan sekali-kali menyayangi orang ...itu lahh perkara yang terlarang yang selalu didesak dalam hidup aku..kenapa yeee..dosa ke? hari ini aku masih lagi dihujahi dengan berbagai-bagai persoalan......mengapa...perlukah? sedar tak? mampu kah? semuanya nak mengambil tugas Tuhan......... aku masih lagi berdiri dititik, digarisan, yang menghadkan aku untuk melangkah kebahagian aku yang mana terlalu jauh-jauh sejauhnya yang kata mereka aku tak perlu digapai........ehhhhh....ntahlahhh.....apa-apalah....yang aku tahu aku merindui remang petang...senja dikaki langit....datang menghampiri siang...walaupun sekejap namun membahgiakan...aku akan mencari senja dikaki langit....

No comments:

Post a Comment