Wednesday, November 12, 2008

Kasih Yang Berlalu








Apakah putikkan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Aku berserah kepada Allah..

Mestikah ada satu pengorbanan,
Sehingga terjadinya perpisahan,
Kiranya itu satu permintaan,
Perlulah kau dan aku merelakan...

Kita hanya insan yang mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Kiranya tiba dugaan yang mendatang
Apakah aku kaukan tinggalkan..

Karam aku di lautan duka,
Bila wajahmu hilang di mata,
Tiada berita mengubat rindu,
Di kala sedu dalam rindu.


Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang.

Aku sangat merindui seseorang yang aku sendiri tahu dia tiada lagi disebelah aku ...disisiku dimana-mana pun...kadang2 dalam tidor ku aku mencari kalau2 kau hadir dalam mimpi ku...tapi itu hanya ilusi aku sahaja..... sekelumitpun kau tiada lagi menghadiri dalam mimpi ku...rajuk kah engkau? ntah lah... hanya tinggal kenangan sahaja.... semalam aku melewati semadi mu...kau bagitu membisu seakan tiada lagi kesan sayu kesan sendu kesan rindu pada ku....mungkin kau telah melangkah pergi sejauh2 nye.... tinggal aku disini bertanya mengapa kau begitu cepat pergi bukan kah kita banyak lagi janji2 kita belum dilunaskan...walaupun apa aku sentiasa kau aman disana...kerana berakhirnya hidup mu aku disini mendoakan kesejahteraan mu agar kau sentiasa di dalam naungan Nya ....Al- fatihah.... buat mu...

No comments:

Post a Comment