Tuesday, November 4, 2008

ILMU...


"Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...."

Sejak-sejak kebelakangan ini aku sering macam satu semesti dalam hidup aku...aku perlu membaca sesuatu sebelum tidor..aku tak kisah buku apa..kadang-kadang aku baca majallah yang aku beli setiap kali kepasar ..sehingga habis rm20 aku membelinya..itu tak mencukupi kerana kadang-kadang apa yang ada kat dalam majallah tuu tak lahh apa sangat info cuma ada cerita-cerita mak datin..dato...kalau beli ilmiah sikit ade motivasi itu pun topiknya berulang-ulang... sekarang nie aku buat satu kewajipan beli buku berunsur agama lahh..itu pun tafsiran.. aku suka baca hal-hal yang membuat aku pikir sebelum tidor......apabila aku tertarik baca apa-apa topik aku aku tetap membacanye sehingga aku bawakan dalam sinario hidup aku...

Semalam aku membaca satu tajuk..jangan terlalu komplin apa Allah berikan pada hambanya...memanglah kadang-kadang kita terlalu tak puas hati apa yang aku dapat.... aku sihat...memandangkan ramai yang tak sihat...aku boleh tersenyum padahal ramai diluar sana bersedih.... aku boleh pergi kerja dengan selamat...makan dengan selera....padahal ada lagi insan-insan yang merindui semua itu...sentiasa dalam ketakutan dalam peperangan... apa yang kita perlukan...cuma aku yang tak ada hidup berkeluarga...tapi itu pun aku tak perlu fikirkan...bahkan ada orang tolong fikirkan ...haaaa....aku bahgia dengan aku sekarang...ada rumah untuk aku berteduh.....walaupun sekecil cuma...ada kereta walaupun agak kecil mengikut saiz badan aku...aku boleh membeli belah walau pun gaji aku cukup-cukup makan aje...aku boleh bergurau senda dengan emak ayah adik kakak abang...anak2 buah...sedang ada orang lagi tiada itu semua...

Jadi apa yang kita perlukan dalam hidup....kesejahteraan...emak ayah...kesihatan...kawan-kawan yang sentiasa dikeliling kita...andainya hidup aku tak sepanjang mana...aku tetap bersyukur kerana aku tidak lah menjadi hamba Allah yang tak pernah bersyukur apa yang kau berikan..... setiap malam ku ..aku sering menadah tangan kerana esok akan bermula dan semalam menjadi kenangan yang mugkin sejarah hidup atau berlalu bagitu sahaja.....

Aku juga bersyukur pada Allah kerana aku dapat menjadi aku sekarang dalam kesederhanaan hidup walaupun aku tidak dapat hidup bersama orang yang aku sayang...tapi aku tetap bersyukur kerana aku dapat mengenal pasti ada orang menyayangi aku hingga akhir hayatnya dari apa buku catitannya yang aku baca....sehingga saat akhirnya dia tetap sempat menyampaikan nota2 kasihnya pada aku....itu aku cukup bersyukur kerana Allah yang mengambil dari aku bukan orang lain...

Walaupun hidup ini hanya untuk hari ini yang akan dilanjutkan pada hari esoknya...namun aku tetap menghargai orang-orang disekelilingi aku walaupun orang itu pernah melukai hati aku.... kerana mereka lahhh yang bakal menghadiahkan Al - Fatihah untuk di akhir hayat ku untuk menyejukkan kuburku..

Itulah ilmu hidup yang sangat aku hargai sehinggakan setiap berlaku ada disebaliknya ..cuma kita tak menyingkap rahsianya disebalik peristiwa itu......

No comments:

Post a Comment