Saturday, February 7, 2009

SayangKu, RinduKu, CintaKu...SRC




Sayang. Apa itu sayang? Saya sayang awak, saya sayang itu, saya sayang ini, sayang sayang sayang dan sayang. Sungguh mudah untuk menyatakan kasih sayang kita kepada seseorang. Tetapi betulkah kasih sayang itu ikhlas datang dari hati? Ataupun kata- kata itu hanyalah sekadar kata- kata? Siapa tahu? Sayang sebenarnya bermaksud ingin menjaga seseorang. Sayang itu datangnya dari hati yang sangat merindui. Hati yang mengharapkan kasih seseorang dan juga hati yang sudah tidak dapat mengelakkan rasa ingin menjaga seseorang itu dengan sepenuh hati. Ah! Sungguh indah bila kita disayangi di dunia ini. Terasa seperti kitalah raja, kitalah permaisuri, kitalah yang paling bahagia. Itulah nikmat sebenar apabila disayangi seseorang.
Rindu. Apa pula kaitan antara rindu dengan sayang? Seseungguhnya jika kita menyayangi seseorang itu, timbullah perasaan rindu apabila berjauhan. Tetapi benarkah ini semua? Benarkah kita akan merindui orang yang amat kita sayangi? “Honey, I miss you very much”, “sayang, saya rindukan awak”, sungguh mudah untuk berkata lisan tetapi apa pula kata hati? Adakah hati mengatakan bahawa kita amat merindui seseorang itu? Ataupun hanyalah sekadar lisan? Sanggupkah kita mengeluarkan kata- kata seperti itu walhal kita tidak sedikitpun merindui mereka tetapi hanyalah untuk menjaga hati mereka? Sesungguhnya apabila kita merindui seseorang itu dengan sepenuh hati kita tidak akan senang duduk walau sesaat pun. Hati ini akan sentiasa merindui seseorang. Kasih dan sayang pula semakin menjadi- jadi. Dan itulah hakikat.
Setelah kita menyayangi seseorang dan merindui dia, secara tidak lansung kita akan berada dalam gelora cinta. Apa pula cinta ini? Apa kaitannya dengan sayang dan rindu. Ah! Lagi banyak yang kita ketahui lagi kita menyedari kecetekan ilmu kita. Tetapi cinta adalah sedikit berbeza. Cinta adalah apabila kita menyayangi dan disayangi seseorang. Kita juga akan merindui dan dirindui seseorang. Percayakah anda pada cinta pandang pertama? Saya percaya bahawa adanya cinta pandang pertama. Seperti dalam Islam, kahwin dulu baru bercinta. Walaupun bakal suami tidak pernah melihat wajah si isteri namun apabila si isteri menayangkan wajahnya akan terputiklah rasa sayang, rindu dan seterusnya lahirlah perasaan cinta. Tidak salah kalau kita bercinta kepada seseorang sebelum berkahwin tetapi haruslah menjaga adab dan perbuatan kita.
Seperti dalam surah Al- Israa’ ayat 32:
32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.
Ketahuilah bahawa Allah melarang kita untuk mendekati zina. Kita bukan sahaja tidak boleh melakukan zina tetapi juga tidak boleh mendekati zina. Hal ini kerana apabila kita mendekati zina akan ada yang ketiga yang akan menghasut kita untuk melakukan perbuatan zina. Ketahuilah bahawa yang ketiga itu adalah syaitan laknatullah. Sesungguhnya cinta itu indah. Ia boleh membawa kita ke neraka dan syurga. Kita yang tentukan hala tuju kita. oleh itu perbaikilah sayang kita, rindu kita dan cinta kita terhadap pencipta kita

No comments:

Post a Comment