Saturday, February 7, 2009

SayangKu, RinduKu, CintaKu...SRC




Sayang. Apa itu sayang? Saya sayang awak, saya sayang itu, saya sayang ini, sayang sayang sayang dan sayang. Sungguh mudah untuk menyatakan kasih sayang kita kepada seseorang. Tetapi betulkah kasih sayang itu ikhlas datang dari hati? Ataupun kata- kata itu hanyalah sekadar kata- kata? Siapa tahu? Sayang sebenarnya bermaksud ingin menjaga seseorang. Sayang itu datangnya dari hati yang sangat merindui. Hati yang mengharapkan kasih seseorang dan juga hati yang sudah tidak dapat mengelakkan rasa ingin menjaga seseorang itu dengan sepenuh hati. Ah! Sungguh indah bila kita disayangi di dunia ini. Terasa seperti kitalah raja, kitalah permaisuri, kitalah yang paling bahagia. Itulah nikmat sebenar apabila disayangi seseorang.
Rindu. Apa pula kaitan antara rindu dengan sayang? Seseungguhnya jika kita menyayangi seseorang itu, timbullah perasaan rindu apabila berjauhan. Tetapi benarkah ini semua? Benarkah kita akan merindui orang yang amat kita sayangi? “Honey, I miss you very much”, “sayang, saya rindukan awak”, sungguh mudah untuk berkata lisan tetapi apa pula kata hati? Adakah hati mengatakan bahawa kita amat merindui seseorang itu? Ataupun hanyalah sekadar lisan? Sanggupkah kita mengeluarkan kata- kata seperti itu walhal kita tidak sedikitpun merindui mereka tetapi hanyalah untuk menjaga hati mereka? Sesungguhnya apabila kita merindui seseorang itu dengan sepenuh hati kita tidak akan senang duduk walau sesaat pun. Hati ini akan sentiasa merindui seseorang. Kasih dan sayang pula semakin menjadi- jadi. Dan itulah hakikat.
Setelah kita menyayangi seseorang dan merindui dia, secara tidak lansung kita akan berada dalam gelora cinta. Apa pula cinta ini? Apa kaitannya dengan sayang dan rindu. Ah! Lagi banyak yang kita ketahui lagi kita menyedari kecetekan ilmu kita. Tetapi cinta adalah sedikit berbeza. Cinta adalah apabila kita menyayangi dan disayangi seseorang. Kita juga akan merindui dan dirindui seseorang. Percayakah anda pada cinta pandang pertama? Saya percaya bahawa adanya cinta pandang pertama. Seperti dalam Islam, kahwin dulu baru bercinta. Walaupun bakal suami tidak pernah melihat wajah si isteri namun apabila si isteri menayangkan wajahnya akan terputiklah rasa sayang, rindu dan seterusnya lahirlah perasaan cinta. Tidak salah kalau kita bercinta kepada seseorang sebelum berkahwin tetapi haruslah menjaga adab dan perbuatan kita.
Seperti dalam surah Al- Israa’ ayat 32:
32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.
Ketahuilah bahawa Allah melarang kita untuk mendekati zina. Kita bukan sahaja tidak boleh melakukan zina tetapi juga tidak boleh mendekati zina. Hal ini kerana apabila kita mendekati zina akan ada yang ketiga yang akan menghasut kita untuk melakukan perbuatan zina. Ketahuilah bahawa yang ketiga itu adalah syaitan laknatullah. Sesungguhnya cinta itu indah. Ia boleh membawa kita ke neraka dan syurga. Kita yang tentukan hala tuju kita. oleh itu perbaikilah sayang kita, rindu kita dan cinta kita terhadap pencipta kita

Friday, February 6, 2009

Ingin Kejayaan?




PENDAHULUAN

Anda mahu mencapai kejayaan? Tahukah anda bahawa ada langkah-langkah tertentu yang, jika anda ikuti, akan membawa anda kepada apa sahaja yang anda kehendaki? Tahukah anda bahawa ada 13 “ciri” (atau sifat) yang dimiliki semua orang yang berjaya dalam lapangan masing-masing? Dan tahukah anda bahawa ada 5 prinsip penting yang perlu diambil perhatian untuk berjaya dalam hidup di dunia ini? Kursus ini akan membincangkan tiga perkara itu: Pertama, tentang langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mencapai kejayaan. Perkara kedua ialah tentang ciri-ciri yang perlu anda miliki (bangunkan dalam diri) untuk berjaya. Perkara ketiga ialah tentang lima prinsip kehidupan yang perlu diberikan perhatian.


DEFINISI KEJAYAAN

Ada banyak definisi “kejayaan” yang telah dirumus orang. Masing-masing dengan tujuan dan penekanan tersendiri. Dalam kursus ini, saya takrifkan “kejayaan” sebagai “pencapaian apa yang dikehendaki”. Ringkasnya: BERJAYA = MENDAPAT APA ANDA MAHU

KAJIAN TENTANG KEJAYAAN

Ilmu mencapai kejayaan telah dikaji orang dengan mendalam dan terperinci, terutamanya di barat. Antara nama-nama "besar" yang telah menghasilkan karya klasik dalam bidang ini ialah Napoleon Hill, Clement Stone, dan Norman Vincent Peale.

PERSONALITI YANG MELAMBANGKAN KEJAYAAN

1. Antara nama-nama yang sering disebut sebagai contoh orang yang berjaya ialah:
(a) Thomas Edison yang mereka bentuk 10,000 mentol elektrik sebelum berjaya, (b) Henry Ford yang memulakan sistem pengilangan kereta (secara 'assembly line') yang menimbulkan ketawa orang tetapi kemudiannya terbukti paling berjaya, dan (c) Colonel Sanders yang menerima 1,007 penolakan terhadap idea "ayam goreng" Kentucky yang dipeloporinya tetapi akhirnya menawan seluruh perniagaan di lapangan itu.

2. Beberapa bulan yang lalu, saya telah memberi ceramah tentang kejayaan kepada sebuah syarikat swasta di Shah Alam, Selangor. Saya tanyakan kepada peserta-peserta: siapakah contoh orang Malaysia yang mereka anggap telah mencapai kejayaan luar biasa (bersifat "fenomena"). Mereka semua menamakan penyanyi Siti Nurhaliza. Saya bersetuju dengan mereka.

BERSEDIALAH UNTUK BERUBAH

Ada satu perkara penting yang perlu anda perhatikan. Jika anda mahu berjaya, anda mesti sedia mengubah beberapa tabiat/kebiasaan anda untuk disesuaikan dengan petua-petua dalam kursus ini. Hal ini hanya ANDA SENDIRI yang dapat lakukan kerana perubahan mesti datang dari diri sendiri. Kalau anda tidak bersedia untuk berbuat begitu, mustahil anda akan mendapat manfaat daripada kursus ini. INGAT: Anda tidak mungkin mendapat hasil yang baru jika melakukan sesuatu dengan cara yang lama! AMARAN! Setelah mengikuti kursus ini, sentiasa berhati-hati dengan apa yang anda kehendaki kerana anda akan memperolehnya!

A: LANGKAH 5A UNTUK BERJAYA

Ada bermacam-macam "formula kejayaan" yang telah dicipta orang. Ada banyak buku yang telah ditulis tentangnya. Dalam kursus ini, saya akan membincangkan formula mudah yang saya bangunkan hasil daripada pembacaan yang lama dan dari pengalaman hidup sendiri setakat ini. Formula ini saya namai formula 5A untuk berjaya. (Bayangkan anda mendapt 5A dalam peperiksaan UPSR. Satu kejayaan cemerlang yang awal dalam hidup). Langkah-langkah kejayaan yang saya cadangkan adalah seperti yang berikut:

L1. Aim L2. Act (+Adjust +Ask) L3. ACHIEVE L4. Acclaim L5. Acclimitise
Dalam BM, formula ini dapat juga dinamai Formula 5S:

L1. Sasar L2. Serang (+Selaras + Soal) L3. SAMPAI L4. Syukur L5. Sesuai
Dalam kursus ini, kita akan gunakan istilah "Formula 5A" atau "Langkah 5A" sahaja. Perhatikan bahawa langkah tambahan "adjust" ("selaras") dan "ask" ("tanya"/"minta") di antara L2 dengan


L3 ditambah untuk mengambil kira keadaan tertentu apabila


L2 tidak dapat membawa anda secara terus ke L3. Hal ini akan dijelaskan di bawah Langkah "Act" ("Serang") nanti. Perhatikan bahawa ACHIEVE (mendapat atau SAMPAI pada kejayaan) berada di tengah-tengah di antara L1&2 dengan L4&5. Maknanya: anda perlu buat dua perkara sebelum mencapai kejayaan dan dua perkara setelah kejayaan diperoleh.

LANGKAH 1: AIM

Langkah ini ialah langkah yang paling penting. Maka saya akan berbincang dengan agak panjang lebar mengenainya.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan "Aim" ?
"Aim" bersinonim dengan membidik "goal" (sasaran atau matlamat). Sebelum anda boleh mencapai sesuatu kejayaan, anda perlu tentukan apa yang anda mahu. Proses ini ialah proses menentukan matlamat, atau gol. (Saya gunakan istilah "gol" dalam kursus ini dengan makna ""matlamat" atau "sasaran". Makna "gol" yang sedemikian telah diterima dalam Kamus Dewan.) Jika gol tidak ditentukan, anda tidak akan mencapainya. Langkah "menentukan gol" ini ialah langkah yang paling penting. Bayangkan orang yang bermain bola. Mesti ada tiang golnya. Kalau tidak ada, tidak mungkin ada jaringan. Masalahnya, terlalu ramai daripada kita yang bermain "bola kehidupan" dengan tidak menentukan tiang golnya. Kita sekadar menyepak bola ke sana ke mari tanpa tujuan yang pasti. Dalam Islam ada konsep "niat". Semua pekerjaan, terutamanya ibadat penyembahan formal, hendaklah dimulai dengan niat. Malah Allah memberi ganjaran berdasarkan niat kita, bukan pencapaian kita. "Niat" ini, secara kasarnya, bersinonim dengan menentukan matlamat. AMARAN DARI PENULIS: Jika anda tidak menentukan ke mana anda hendak pergi, anda tidak akan sampai ke sesuatu destinasi. Kalau pun anda tersampai, anda tidak akan sedar yang anda telah sampai. Kalau pun anda tersedar yang anda telah sampai, anda tidak akan tahu apa yang hendak dibuat (bagaimana hendak memanfaatkan sampainya anda di situ); maka sampainya anda adalah sampai yang sia-sia sahaja. AMARAN: Orang yang tidak menuju ke mana-mana biasanya akan sampai ke situ. (A man going nowhere normally gets there.)

2. Bagaimanakah caranya menentukan gol kita?

INGAT! Menentukan gol bererti menetukan destinasi. Dalam konteks ini, haruslah diingat bahawa: Dari mana anda datang tidak penting. Di mana anda berada tidak penting. Yang penting ialah KE MANA anda mahu pergi. Malangnya, jika anda tanya sesiapa pun, mereka dengan mudah dapat menjawab soalan dari mana mereka datang dan di mana mereka berada. Sayangnya, tidak ramai yang dapat menjawab soalan ke mana mereka mahu pergi.
EMPAT (4) perkara penting dalam menentukan gol adalah seperti yang berikut:

(1) TULIS

Dalam menentukan gol anda, anda MESTI TULIS gol anda itu di atas kertas (dalam buku khas): Minda anda ialah alat yang sentiasa mencari gol untuk dicapai. Tetapi minda memerlukan sasaran yang ditentukan dengan jelas. Matlamat yang tidak dituliskan akan tinggal sebagai angan-angan kosong. Minda anda akan terikat untuk mencapai matlamat itu apabila matlamat itu telah tertulis ke atas kertas. Contoh matlamat (gol) yang boleh ditulis: - mendapat 9A dalam peperiksaan pada bulan November 2003 nanti - menerbitkan 10 buah puisi di media cetak perdana pada tahun 2003 - mendapat kerja di sektor swasta pada bulan Jun 2003 ("Gol" anda perlulah spesifik dan tidak terlalu umum). INGAT (KATA ORANG TUA-TUA): Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (Yang penting ialah "kemahuan"; jalannya pasti akan menjelma kemudian). AMARAN: Anda mesti tuliskan apa yang anda mahu. Dapatkan segera sebuah buku kecil dan tuliskan segera apa-apa yang anda mahu capai. Selagi hal ini tidak dilakukan, minda anda tidak mempunyai iltizam yang cukup untuk mencapainya. Bincangkan gol yang anda tulis itu dengan orang yang rapat dengan anda dan akan menyokong anda. JANGAN bincangkan dengan sesiapa yang akan memperlekehkannya. Bacalah catatan anda itu selalu-selalu, sekurang-kurangnya sekali sehari.

(2) MULA DARI AKHIR

Dalam menentukan gol anda, anda mesti BERMULA DARI AKHIR: Tentukan gol terakhir anda sebelum sebarang langkah diambil untuk mencapainya. INGAT: Apakah yang terjadi kepada Mat Jenin? Dia mati jatuh dari pokok kelapa. Kenapa? Kerana dua sebab: Pertama, Mat Jenin tidak menuliskan apa yang dia mahu. Kedua, Mat Jenin bergerak selangkah demi selangkah dari angan-angan pertama (menjual kelapa). Dia tidak mulakan golnya dengan "berkahwin dengan tuan puteri". Sepatutnya dia "memeluk tuan puteri" semasa dia di banir pokok kelapa lagi, sebelum dia mula memanjat pokok kelapa itu. AMARAN: Gol yang tidak dimulakan dengan LANGKAH PALING AKHIR menjadi angan-angan Mat Jenin (day dreaming). "Contohilah Mat Jeni, bukan Mat Jenin: tentu matlamatrancang carabaru panjatbatang kelapa." (Nasihat dari puisi "Mat Jeni" oleh Irwan Abu Bakar, Dewan Budaya, Disember 97).
INGAT: Apabila saya katakan GOL TERAKHIR, saya maksudkan gol duniawi (tidak mutlak). Sebagai orang yang beragama, gol terakhir kita yang mutlak ialah MATI DAN MASUK SYURGA. Hal ini tidak akan dibincangkan dengan mendalam di sini. Namun gol mutlak itu perlu diingati kerana semua gol lain hendaklah berpaksikan gol mutlak itu. Setelah menuliskan gol terakhir, anda tuliskan langkah-langkah yang akan anda ambil untuk mencapai gol itu. Langkah-langkah ini ialah "peta" yang memandu anda ke arah gol itu. ("Jalan" pada "peta" ini akan anda jejaki untuk sampai ke destinasi.)

(3) MAHU

Dalam menentukan gol anda, anda mesti BENAR-BENAR MAHU apa yang anda hendak capai: Anda mesti menjiwai cita-cita anda. Sikap sambil lewa terhadap cita-cita akan menghalang pencapaiannya. Kebolehan anda tidak penting. Yang penting ialah kemahuan anda. Di sini "kemahuan" bererti "hajat yang sangat mendalam", atau "keinginan yang membara" (intense desire). AMARAN: Yang menentukan DARJAT ialah HAJAT, bukannya BAKAT. Dalam bahasa Inggeris dikatakan bahawa "Attitude, not aptitude, determines altitude".

(4) PERCAYA

Dalam menentukan gol anda, anda mesti PERCAYA akan mencapai apa yang anda kehendaki: Anda akan mencapai kehendak anda hanya jika anda percaya yang anda akan mencapainya. Seperti kata Henry Ford: Jika anda berkata "aku boleh" atau "aku tak boleh", anda sentiasa betul! (Maknanya, jika anda percaya yang anda boleh mencapai gol anda, maka anda akan mencapainya, dan begitulah sebaliknya, jika anda percaya yang anda tidak boleh mencapai gol anda, maka anda tidak akan mencapainya.) INGAT: Minda anda ialah alat yang tugasnya memenuhi gol anda (seperti jin dalam lampu Aladin). Apa yang minda anda dapat fikir dan percaya, minda akan dapat capai. (What the mind can conceive and believe, the mind can achive.) Perhatikan bahawa konsep PERCAYA itu ditegaskan dalam agama. Al-Quran, misalnya, bermula dengan menegaskan kebergunaannya untuk orang yang percaya sahaja: "Alif laam miim. Kitab ini tidak ada keraguan padanya, jadi petunjuk bagi orang-orang yang taqwa, yaitu orang-orang yang beriman (percaya) kepada yang ghaib, mendirikan sembahyang, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka; Dan orang-orang yang beriman kepada (Kitab) yang diturunkan kepada engkau (ya Muhammad) dan (Kitab-kitab) yang diturunkan sebelum engkau, sedang mereka itu yakin (percaya) akan adanya (hari) akhirat. Mereka itu atas petunjuk pada Tuhannya; dan mereka itulah orang-orang yang menang." (Al-Baqarah, ayat 1-5).

Monday, February 2, 2009

Rahsia..




1. Bina kekuatan diri kita....samada masa tu kita sedang bahagia lebih2 lagi sedang menghadapi masalah


2.Layan suami dan berikan perhatian pada keperluannya...macamana kita layan anak....begitulah suami nak kita layan dia...Apa yg maisara lakukan...adalah yg terbaik dari seorang isteri.


3.Pandanglah dan renung wajah suami dgn penuh rasa cinta dan kasih. Pujilah wajahnya yg hensem tu...Masa tu... baca...ayat 4 surah yusuf.. 7 patah ayat akhir ayat 39 surah Taha..."WA ALQAITU 'ALAIKA MAHABBATAN MINNI, WA LITUS NA'AA 'AINI" ,maksudnya...dan aku campakkan/limpahkan kasihsayangku... maka jadilah engkau sentiasa dalam pengawasanKu".... tiupkan perlahan2 ke wajah suami dan ke hatinya....(bersama hajat anda....jamin..mujarab!!

4.Berilah senyuman paling manis... tatkala dia memandang anda... kalau pun dia tidak mambalasnya...tak apa... memang dia suka sebenarnya...cuma mungkin egonya yang menggunung....

5. Di setiap kesempatan yang ada...peluklah dia.... baca ayat diatas tadi...dan kalau hafal...tambah dgn ayat 200 surah Ali-Imran dan hembuskan ke dadanya perlahan... setkan niat dan hajat...


6. Bila suami nak keluar...nak out station atau gi kerja, peluk dia erat2 seolah2 anda tak ingin berjauhan dengannya....iringi dia ke pintu...dan baca..."SALAMUN QAULAN MIN RABIRRAHIM"(dlm surah yasin) 16X, tiupkan padanya bayangkan seolah2 dia berada dlm lingkungan kesejahtaraan (mcm dlm belon), dan doakan agar dipelihara suami dari godaan samada p'puan...hasutan nafsu syaitan....

7. Hantarlah sms rindu dan cinta anda padanya....kalau dia tak balas..tak apa... memang..dia juga merindui anda sebenarnya….


8.Jaga penampilan diri... di rumah...tau ditempat kerja...lebih2 lagi depan suami. Ramai para isteri....dengan sibuk didapurnya... dengan muka pucat lesinya.... kurang memberi perhatian pada diri sendiri. Dulu....saya berjubah dan bertudung labuh... sekarang... saya masih jaga diri sudut tu... cuma..tukar ke mini jubah dengan kain corak bunga dan dengan tudung turki yang lawa2 tu....


9.Bermanja dengan suami....tapi jangan sampai mengada2.Orang lelaki suka p'puan yg manja.... Disetiap kesempatan yang ada... bacalah ayat2 tadi... dan tiupkan pdnya…


10.Masih bab layan suami....tentang hubungan intim...(maaf terpaksa sebut...tp dgn bahasa yang sopan...) Ramai para isteri....dek kerana penat kerja....penat layan anak...penat di dapur... tidak berapa ambil berat hal ini! Para suami....terutama yg banyak relax drp tolong isteri kat rumah tu....dia tak ada pikir lain dah!....Wahai para isteri... usahakanlah.... dlm bilik...hanya anda berdua.....paakaian tu...biar terbeliak mata suami anda pandang....godaan anda... harus mengancam.... kerana yang di luar sana...godaannya...tak kurang hebatnya!! Makanlah vits atau herba2 yang boleh mengekalkan stamina anda... biar segar dan bertenaga sentiasa....!! kalau muka letih lesu...pucat lesi.... suami pandang pun tak selera...!! Berdandanlah..Kalau suami minta.... jangan tolak....walaupun setiap malam..!!


11.Selalunya... orang lelaki/suami sangat senang jika isterinya dapat urutnya.... belainya....Maklumlah...penat kerja...! (kita pun apa kurangnya ya...!!!) Bab ni...saya belajar... jangan main sental aje..silap urut...lain pula jadinya...Bila masanya.... sambil tengok tv.... picit kakinya.... sebelum tidur....urut belakangnya....masa ni lah... nak jampi pun!! paling mujarab.... Al fatihah, ayat 4 surah yusuf... ayat 39 surah Taha...ayat 200 surah Ali Imran.


12.Bila tidur.... biar dia tidur atas lengan kita....macam kita tidurkan anak kecil kita tu....sambil2 usap rambutnya....cium dahinya... seluruh mukanya...... wow...manja habis!! Bacalah segala ayat pengasih yang saya sebut tadi...tiup pelan2 tanpa dia sedari..sesekali.. tukar posisi...biar kita tidur atas lengannya pulak....masa ni tentunya kita pulak nak bermanja dengannya...!!!


13.Masak sendiri makanan.Jadilah chef yang hebat. Kalau tak berapa pandai...belajar... kalau dah pandai...pelbagaikan resepi... Masa masak nasi....alirkan air yang terakhir melalui jari manis...sambil baca selawat 3x, surah al kausar 3x, niat agar suami............. Bila nak makan , baca ayat 200 surah Ali Imran 7x, tiup pada nasi untuknya... air minumnya.... macamtu juga...Kalau anda tak nak makan.... temankan suami makan... jangan biarkan suami makan seorang diri.Masa ni...Pandanglah wajahnya... dengan penuh kasih... baca sekali lagi ayat WA ALQAITU 'ALAIKA MAHABBATAN MINNI, WA LITUSN'A 'ALAA 'AINI... DAN AYAT 4 SURAH YUSUF...tiupkan perlahan2... dengan penuh kasih sayang dan penuh harapan.

14.Untuk Suami/isteri yang bermasalah.... buatlah air Yasin rujuk buku Dr Amran Kasimin YASSIN UNTUK RAEWATAN DAN DOA, M/S 80 DAM M/S 11.. Kalau perlu...minta juga air tawar dgn tok2 guru, atau org alim....

15.Jika sekiranya berlaku perselisihan faham... atau suami memarahi anda....JANGAN JAWAB!! Dengar saja.... saya tahu anda terasa hati.. terluka...nak marah... lebih2 lagi kalau itu bukan kesilapan anda... istighfar banyak2... mohon Allah kuatkan hati anda.... baca juga doa nabi Ibrahim... QULNAA YAA NAARU KUUNI BARDAN WA SALAAMAN 'ALAA IBRAAHIM'…mohon Allah sejukan hatinya...sebagaimana Allah sejukkan api untuk Nabi Ibrahim, ketika baginda dicampakkan oleh kaumnya ke dlm api. Bila dia dah habis berleter...,(saya tahu anda sedih, so..tabahkan hati.....), salam dengannya ,cium tangannya, mohon maaf atas segala kelemahan anda.., buatkan air untuknya... kalau tak hilang juga rasa hati anda tu...pegilah siram pokok bunga ke..., basuh pinggan ke... buatlah apa yang patut. DI SINILAH KEMENANGAN ANDA, mungkin dia tak pujuk anda...tapi saya yakin.. dia tahu anda terasa hati dengan nya, oleh kerana egonya yg melangit... dia tak tunjuk...tapi...mungkin dia cuba berbaik dgn anda... mungkin dia ajak anda minum sekali.... masa tu...janganlah pulak anda jual mahal... dia sedar kesilapan dia tu pun...kira dah ok...!Dan.. inilah yang selalu saya alami... saya tak pernah jawab...walaumacamana perkataan yg terhambur dari mulutnya...!! Selalunya...kalau kecik hati...saya masuk bilik dan duduk diam2 dlam bilik...zikir banyak2.. baca buku... or whatever yang boleh menenangkan hati... tang ni... biasanya bila isteri tak melawan.... suami biasanya mati kutu!!

16.Jangan di ungkit kisah lama... terutama ketika moodnya...baik.


17.Jika dpt tahu suami curang...., cari bukti kukuh, siasat betul2 tanpa pengetahuannya..., JANGAN MELENTING DAN MENGAMUK. Memang kita marah..., kecewa...,dan macam2 lagi... SABAR...TABAHKAN HATI...KUATKAN SEMANGAT, BINA KEKUATAN DIRI..... cari puncanya..., cari jalan penyelesaiannya...minta bantuan rakan yg boleh di percayai.., minta bantuan keluarga..., TANPA PENGETAHUANNYA!!. Selalunya... sisuami... bila rahsianya pecah...ada 2 kemungkinan... samada dia tersedar akan kesilapannya...atau dia akan bertindak lebih dari itu lagi...!

18. Untuk kekuatan dalaman diri... cuba buat meditasi...perlukan latihan. Duduk bersila...macam buat yoga tu... pejamkan mata...kosongkan fikiran dari sebarang masalah.... tarik nafas dalam2,sambil tarik... baca LAAILAAHA ILLALAH...bayangkan kalimah ini masuk kedalam diri...keseluruh urat nadi...bagai aliran darah... tahan nafas 5-10 saat, hembuskan melalui mulut... dengan iringan kalimah tadi...dan bayangkan bersama hembusan nafas...segala energi -ve... segala yang tak baik dlm diri...keluar bersama hembusan nafas tadi.... Ulang 5 x.... kalau ada masa buat setiap hari....

19.Berlatih menggunakan MIND POWER anda... perlu latihan...(dah panjang sgt ni...lain kali cerita...) Mungkin anda juga pernah dengar tentang GERAK HATI.... DAN PERNAH ALAMINYA...TAPI...ANDA SERING ABAIKANNYA...! Sebenarnya... anda harus berlatih menggunakan gerak hati anda... banyak manfaatnya... itu sebenarnya adalah PETUNJUK DARI NYA.... Ramai orang tak perasan akan hal ini... kerana ia datang dlm bentuk LINTASAN HATI..., bila ada sesuatu berlaku... kita pun kata..." saya pun dah terasa dah... sebenarnya... terlintas juga di hati macam tu....." tapi sayang, kadang2 dah terlambat!!! Jadi.. belajarlah membaca dan menggunakan gerak hati kita...

Sunday, February 1, 2009

Cinta KU



Ada Apa Dengan Cinta merupakan kata yang bisa kita ekspresikan pada hari valentine. Cinta merupakan sesuatu yang gak dapat diungkapkan dengan More Than Words. dia gak bisa dilihat, diraba ataupun disentuh. dia hanya dapat dirasakan dan setiap orang pasti pernah merasakannya Karena itulah Cinta Adalah Mistery dan merupakan Misteri Illahi. Ketika orang menemukan First Love dan merasakan cinta mungkin dia akan bilang Nothing Gonna Change My Love For You atau Everything I do I do it For You dan kata pamungkasnya dia akan katakan Loving You Untuk kekasih yang dia kasihi. Dan kalo sudah kenal ama kekasihnya maka dia akan sering bilang Hello dan My Love atau My Heart sehingga I Do Anything For Love akan dilakukan apabila sudah terkena yang dinamakan dengan Virus cinta. Memang cinta dapat merubah hidup seseorang, bahkan dapat pula merubah tingkah laku seseorang berputar arah menjadi 180 derajat. dari orang yang malas menjadi rajin, dari seorang lemah menjadi seseorang yang kuat, dari seorang pengecut menjadi pemberani. bahkan cinta jugalah yang dapat menjadikan musuh menjadi seorang teman!!! Mungkin itulah yang dinamakan dengan Power Of Love. Sebagian orang mengatakan Cinta Suci dan sering kali mengatakan I Knew I Loved You before I Meet You untuk menunjukkan bahwa You and I sedang sama-sama menyukai (cewek atau cowok idamannya). Jika keduanya sedang berjauhan sering kali keduanya akan mengatakan Miss You Love lewat SMS dan You’ll Be In My Heart dalam surat atau melalui telepon. Disamping itu apabila jaraknya memang terlalu jauh sering kali dia mengucapkan Salam Untuk Dia pada teman dekat atau sahabat dari kekasihnya. Dan apabila keduanya sedang marahan maka Please Forgive Me bisa dijadikan sebagai obat penenang. Sering kali apabila Dua Sejoli sedang dimabuk asmara maka serasa dunia ini seperti Surga Cinta dan berharap If Tomorrow Never Comes. Karena memang dalam memahami Apa Artinya Cinta seseorang bisa disebut juga dengan seorang Pujangga dan Always mengatakan You’re Still The One dan akan selalu menjadi Kenangan Terindah dalam hidupku. Memang ungkapan Nothing To Lose untuk mendapatkan cinta atau kasih sayang dari seseorang yang dikasihi menjadikan dia tetap Tegar dalam menjalani hidup. Sehingga dia akan mengatakan I Will Survive untuk mendapatkan apa yang dinamakan Cinta Yang Sempurna sehingga pepatah Love Will Keep Us A Life sering kali terbukti kebenarannya. Sehingga seseorang yang demikian sering disebut juga dengan Penjaga Hati karena Ruang Rindu dalam hatinya akan selalu mengatakan kau Tercipta Untukku.Tetapi di samping segala keindahan yang dapat diberikan oleh cinta kadang-kadang Love Hurts jika seseorang ditinggalkan oleh kekasihnya apabila diibaratkan seperti burung yang Broken Wings. Sehingga dia akan mencoba Right Here Waiting dan akan terus berusaha untuk Waiting For Your Love dari kekasihnya. Jika dia terhanyut dengan perasaannya mungkin dia akan membayangkan How Do I Live Without You dan sering mengatakan pada dirinya sendiri, Wherever You Will Go dia akan berusaha Save Our Love dan Berharap Kau Kembali.Tetapi When Love & Hate Collide maka sering kali seseorang merasakan apa yang dinamakan Cinta Gila dan menjadikan Love Is Blind. Sehingga tidak dapat membedakan mana yang benar dan salah sehingga orang tersebut disebut sebagai Manusia Bodoh. Dia hanya berdiri Like a Stone tanpa bisa menyelesaikan permasalahannya. Memang kadang-kadang seseorang dalam meraih impiannya sering mengatakan Aku Tak Bisa Memiliki sehingga orang-orang seperti ini dinamakan orang yang kalah sebelum perang dan jika dalam bahasa indonesia Pecundang Sejati memang pantas ditujukan untuknya. Jadi jangan sampai kita mendapat julukan seperti ini .Bagi anda yang berjuang dengan Atas Nama Cinta maka dapatkanlah Tempat Yang Paling Indah dengan perasaan Tulus dan Jujur sehingga anda dapat mengatakan pada pasangan anda Aku Ada Karena Kau Ada.Cinta merupakan salah satu cara untuk menyatukan Perbedaan antara dua insan yang berbeda. Karena cinta merupakan Anugrah Terindah yang diberikan oleh sang pencipta dan akan selalu Viva Forever . Dan setiap orang yang pernah merasakannya akan menjadikan cinta In Loving Memory , Love Of a Life Time, serta Kenangan Terindah dalam perjalanan hidupnya.

Saturday, January 31, 2009

Beza lelaki & perempuan





(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.

(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya. (L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.

(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.
(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.

(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.
(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.

(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.
(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.

(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.
(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.

(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
(L) Bersikap pemurah atau boros.

(P) Bersifat kedekut atau berjimat.
(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.

(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara

(P) Fokus kepada sesuatu perkara.
(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.

(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.
(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat

(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.
(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.

(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.

(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan
(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.

(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.
(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.

(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya

(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran
(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

Friday, January 30, 2009

Kekasih Standard VS Kekasih Sejati

Kekasih Standard vs Kekasih Sejati

Kekasih standard selalu ingat senyum di wajahmu
Kekasih sejati juga mengingat wajahmu waktu sedih

Kekasih standard akan membawamu makan makanan yang enak-enak
Kekasih sejati akan mempersiapkan makanan yang kamu suka

Kekasih standard setiap detik selalu menunggu telpon dari kamu
Kekasih sejati setiap detik selalu teringat ingin menelponmu

Kekasih standart selalu mendoakan mu kebahagiaan
Kekasih sejati selalu berusaha memberimu kebahagiaan

Kekasih standard mengharapkan kamu berubah demi dia
Kekasih sejati mengharapkan dia bisa berubah untuk kamu

Kekasih standard paling sebal kamu menelpon waktu dia tidur
Kekasih sejati akan menanyakan kenapa sekarang kamu baru telpon?

Kekasih standard akan mencarimu untuk membahas kesulitanmu
Kekasih sejati akan mencarimu untuk memecahkan kesulitanmu

Kekasih standard selalu bertanya mengapa kamu selalu membuatnya sedih?
Kekasih sejati akan selalu mananyakan diri sendiri mengapa membuat kamusedih?

Kekasih standard selalu memikirkan penyebab perpisahan
Kekasih sejati memecahkan penyebab perpisahan

Kekasih standard bisa melihat semua yang telah dia korbankan untukmu
Kekasih sejati bisa melihat semua yang telah kamu korbankan untuknya

Kekasih standard berpikir bahwa pertengkaran adalah akhir dari segalanya
Kekasih sejati berpikir, jika tidak pernah bertengkar tidak bisa disebutcinta sejati

Kekasih standard selalu ingin kamu disampingnya menemaninya selamanya
Kekasih sejati selalu berharap selamanya bisa disampingmu menemanimu

Ada Apa Dengan Kasih Sayang



Setiap manusia memang memerlukan kasih sayang dari seseorang individu yang lain dari keluarganya, memang perkara ini tidak dapat dinafikan sehinggakan alam ini telah menetapkan peraturannya setiap manusia mempunyai pasangan masing-masing. Kasih sayang memang tidak boleh dipaksa tetapi ianya boleh dipupuk dengan hati yang ikhlas untuk menerima pasangan dengan seadanya. Kasih sayang juga terlalu subjektif untuk ditafsirkan dan ianya juga sukar untuk dibahagikan kerana kebahgiaan itu juga terlalu subjektif.

Ada sesetengah manusia inginkan kasih sayang dari sudut berbeza, sebagai contoh tidak salah jika kita menyayangi seseorang yang tidak menyayangi kita, kerana kita cukup bahagia jika seseorang itu memberi tindak balas yang positif kepada kita, biarlah itu hanya angan kosong tetapi cukup bermakna jika kita perolehinya. Ada juga sesetengah manusia yang inginkan kasih sayang cukup sekadar “kawan” “adik” “abang” “kakak” ataupun sebagainya, tetapi awas!, anda janganlah salah untuk berterus terang niat anda sebenar. Ada juga sesetengah manusia inginkan kasih sayang hingga ke jinjang pelamin dan tentunya ke akhir hayat usia manusia. Jadi kasih sayang yang anda inginkan?.

Jadi sememangnya kasih sayang dari pandangan manusia memang berlainan dan sememangnya tidak dapat ditafsirkan jika kita terdengar cerita seseorang yang masih berahsia!. Pernahkah kita terfikir manusia yang tidak sempurna lebih menderita daripada seseorang insan yang putus cinta, kehilangan orang tersayang ataupun sebagainya. Setiap manusia inginkan kasih sayang, tetapi bagaimana kepada orang yang tidak sempurna yang inginkan kasih sayang atau lebih dari itu terhadap orang yang sememangnya sempurna seluruhnya, fizikalnya, amalannya, serta tingkah lakunya.

Dan malam ini memberi pengajaran dan fikiran yang paling sempurna sehinggakan aku sendiri tidak pernah memikirkan penderitaan orang lain, kenapa aku sering menangis serta memikiran penderitaan sendiri sedangkan aku tak pernah terfikir penderitaan orang yang kurang sempurna yang inginkan kasih sayang lebih dari aku. Dan pengajaran itu jugalah membuatkan aku terpanggil untuk menulis betapa pentingnya kasih sayang setiap insan. Tepuk dada tanya selera…