Tuesday, September 23, 2008

Pergi tak kembali lagi...


Semalam kak Fatimah masih menghubungi aku dari Bintulu.... dia macam biasalah menceritakan perihalnya adik kesayangannya....telah tiada...aku dah redai kepergiannya. Memang aku tak ade jodoh bersama Ajie....walaupun kak Fatimah mengatakan kerana Ajie teraniaya semasa kemalangan itu di Tasmania namun aku mengatakan kepergian nya masih dalam mistri...walaupun kepergian nya telah 5 tahun berlalu namun ingatan masih kukuh lagi. Aku masih menziarahi kuburnya sebagaimana dia semasa hayatnya sentiasa mengatakan andainya I pergi ke langit U tinggal lah dibumi ini untuk mendoakan kepergian I atas nama kasih sayang yang abadi.... Ya Langit dan bumi jauh nya beza.... kau pergi tak kembali lagi yang kadang-kadang aku sering bertanya dimana kau sekarang... aku mencari-cari.....semua barang pemberian mu masih lagi kaku dan sayu setiap kali aku menyimpan pakaian ku...aku dapat melihat pakaian selam mu di dalam almari... setiap kali aku menulis sesuatu dimeja mu aku terbayang lagi keinginan mu untuk aku belajar kembali...setiap kali aku duduk di roking chair mu aku akan teringat kata-kata mu buat diri U di kala duduk membaca buku sampil mengoyang2 kan kerusi ini...Lagi yang sering menjadi segar ingatan beberapa pemberian mu yang juga kesayangan mu tersimpan rapi di penjuru almari buku yang juga pemberian mu......betul kata emak..aku bukan menerima pemberian nya....tapi aku menerima harta pusaka nya....Kenapa lahh emak cakap cam tuu..kan dah jadi....Al Fatiha untuk Ajie... semalam aku melewati pejabat mu aku masih ingat dimana kau menanti aku untuk memberi apa jua masakan ibu mu untuk aku..... sentiasa memesan pada aku jangan gemok tau..tapi makan lahh emak kirim.....esok minggu jumaat aku akan sekali menziarahi pusara mu untuk ziarah menjelang aidl fitri....
Ajie kau masih lagi dihati aku...............

No comments:

Post a Comment